Prolog…
AKU Gibran. Aku budak liar yang suka mencari masalah. Aku bukan
dilahirkan dalam golongan yang kaya-raya. Aku juga bukan dalam golongan keluarga
yang papa kedana. Kiranya aku dalam keluarga yang sederhana. Aku ada dua orang
adik perempuan dan seorang adik lelaki. Jadi korang boleh tahu aku adalah anak
yang sulung.
Aku sudah mengenali rokok ketika aku berusia 12 tahun. Malah aku sudah
lali dirotan oleh bapa. Jahatkan aku?
Aku juga tidak kisah apabila guru sekolah mengatakan masa depan aku gelap jika
aku tak berubah. Aku tak mahu berubah. Aku tak mahu jadi hipokrit. Aku tak mahu
jadi baik. Aku suka dengan diri aku begini.
Pada usia aku 13 tahun aku sudah pandai bermain kata dengan perempuan.
Aku ada rupa paras yang boleh tahan kacak. Teman wanita aku silih berganti.
Malah aku pernah ditangkap oleh guru displin kerana bercengkarama dengan awekku
di tandas perempuan. Awek aku malu beb! Tapi aku selamba saja. Benda kecil.
Ibu-bapa aku sudah tidak hairan dengan aku. Mereka sudah tidak mahu
ambil peduli pasal aku. Aku anak jahat.
Ala…adik perempuan aku yang seorang itu dua kali lima dengan aku. Bukan ada
dara lagi. Sudah kena tembuk ditupai. Remaja zaman sekarang.
Habis SPM aku terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Kota raya idaman aku.
Aku mahu hidup dengan cara aku. Kalau orang tanya apa impian aku? Aku tiada
impian…
Satu permulaan yg baik.. Lain dr pada yg lain..Mcm dh x sabar plak nk tau citer yg seterusnya..:-)
ReplyDeleteTq Noraini ^^
Deletebest..
ReplyDelete-haslina yaya-
permulaan yg menarik... tak sabar nk tahu citer seterusnya... >_<
ReplyDelete~Rabiatul Adawiyah~
macam best jerk... (Y)
ReplyDelete