Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Saturday, February 16, 2013

Gelap - Prolog





Prolog…

AKU Gibran. Aku budak liar yang suka mencari masalah. Aku bukan dilahirkan dalam golongan yang kaya-raya. Aku juga bukan dalam golongan keluarga yang papa kedana. Kiranya aku dalam keluarga yang sederhana. Aku ada dua orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Jadi korang boleh tahu aku adalah anak yang sulung.

Aku sudah mengenali rokok ketika aku berusia 12 tahun. Malah aku sudah lali dirotan oleh bapa.  Jahatkan aku? Aku juga tidak kisah apabila guru sekolah mengatakan masa depan aku gelap jika aku tak berubah. Aku tak mahu berubah. Aku tak mahu jadi hipokrit. Aku tak mahu jadi baik. Aku suka dengan diri aku begini.

Pada usia aku 13 tahun aku sudah pandai bermain kata dengan perempuan. Aku ada rupa paras yang boleh tahan kacak. Teman wanita aku silih berganti. Malah aku pernah ditangkap oleh guru displin kerana bercengkarama dengan awekku di tandas perempuan. Awek aku malu beb! Tapi aku selamba saja. Benda kecil.

Ibu-bapa aku sudah tidak hairan dengan aku. Mereka sudah tidak mahu ambil peduli pasal aku.  Aku anak jahat. Ala…adik perempuan aku yang seorang itu dua kali lima dengan aku. Bukan ada dara lagi. Sudah kena tembuk ditupai. Remaja zaman sekarang.

Habis SPM aku terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Kota raya idaman aku. Aku mahu hidup dengan cara aku. Kalau orang tanya apa impian aku? Aku tiada impian…

5 comments:

  1. Satu permulaan yg baik.. Lain dr pada yg lain..Mcm dh x sabar plak nk tau citer yg seterusnya..:-)

    ReplyDelete
  2. best..
    -haslina yaya-

    ReplyDelete
  3. permulaan yg menarik... tak sabar nk tahu citer seterusnya... >_<
    ~Rabiatul Adawiyah~

    ReplyDelete