KJ
bagaikan tidak percaya berita yang terpapar di dalam akhbar itu. Konsert Faith
hura-hara dan menjadi konsert yang paling teruk untuk penyanyi popular itu.
Faith cukup-cukup dimalukan di atas pentas. KJ pecah ketawa jua melihat wajah
Faith dan Jena tu di dada akhbar. Di belakang baju Faith ada kertas dilekatkan.
Perkataan yang ditulis adalah ‘PENIPU! PENCURI LAGU!’. Siapalah yang empunya
angkara ya?
Pihak
media sedang kecoh dengan isu Faith yang menyanyi bukan lagu ciptaannya
sendiri. Faith menyanyi lagu ciptaan orang lain. Faith dikatakan tidak layak
mendapat gelaran artis serba boleh. Hairan? Bagaimana perkara ini menjadi
kecoh?
April?
Nama itu yang terkeluar dari bibir KJ. April sahaja yang tahu tentang perkara
tesebut. Ini mesti angkara April. Tidak syak lagi! Aptil punya kerja. Diakan
hantu. Ops! April masih belum jadi hantu. Dia masih hidup lagi. Malam ini KJ
akan soal siasat April.
“KJ…”
Lydia memanggilnya separuh berbisik.
Kening
KJ bercantum. Apa hal pula dengan Lydia ni? Kafe masih belum dibuka.
“Cepatlah…”
Desis Lydia perlahan.
KJ
bingkas mendekati Lydia yang sedang terintai-intai di balik pintu ruang dapur
itu.
Jerry!
Jerry sedang bersemuka dengan Micheal. Bagaimana pula Jerry boleh bertemu dengan
Micheal? Banyak perkara tidak dijangka telah terjadi.
“Mana
Glen?”
“Glen
pergi belum sampai lagi. Dia kata dia lewat sedikit.”
“Oo…”
“Nicholas…”
Jerry merenung wajah Micheal tajam. Puas dia mencari Nicholas. Lelaki itu
bersembunyi di sini.
“Aku
Micheal. Di sini aku dikenali sebagai Micheal.” Micheal juga memberikan riak
wajah yang cukup serius.
Suasana
di dalam kafe itu menjadi hening.
“Nick...aku
betul-betul minta maaf. Aku telah menyebabkan April jadi begitu.”
Micheal
menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
“Kau
perlu beritahu apa yang berlaku pada April kepada keluarganya.”
Jerry
menggeleng.
“Aku
rasa mereka tidak perlu tahu.”
Lydia
mengalih pandang pada KJ.
“Siapa
April?”
KJ
jongket bahu.
“Kenapa
lelaki itu panggil Micheal dengan nama Nicholas?” Soalnya lagi.
“Kalau
awak nahu awak tanyalah pada Micheal.” Balas KJ.
“Tak
beranilah mahu tanya dia. Awak pun tahu Micheal tu dingin macam ais sikit.”
KJ
tersenyum.
Mereka
berdua memasang telinga lagi.
“Apa
yang kau buat itu salah. Keluarga April berhak tahu!” Keras nada suara Micheal.
“Keluarga?
Mereka mengabaikan April selama ini. Malah ayah April menyimpan rahsia itu
bertahun-tahun lamanya.”
“Rahsia
apa?”
“April
itu anak kandung Tuan Lincoln.”
Muka
Micheal berubah. April sedarah sedaging dengan Tuan Lincoln? Kenapa Tuan
Lincoln merahsiakan identiti April yang sebenar? April bukannya budak kecil
lagi. Dis sudah dewasa.
“Kau
tidak akan dapat sorokkan April selamanya. Tuan Lincoln akan tahu juga di mana
April berada.”
“Aku
tidak akan benarkan!”
“Jerry…Kenapa
kau masih berdegil.”
“Aku
bertanggungjawab ke atas April. Aku punca April terlantar koma di hospital.”
April
koma? Jadi roh April itu…KJ mengusap dagu.
“Ya.
Kau perlu bertanggungjawab dan menjawab pada ayah April. Kau nak April mati
bersama kau tapi sebaliknya lain yang berlaku.” Micheal menarik kolar baju
Jerry.
Jerry
terdiam.
KJ
tersentak. Jerry mahu April mati bersamanya?
“Maafkan
aku Nick. Aku fikir kau ada perhubungan dengan April. Aku takut April akan
meninggalkan aku jadi aku..aku…” Kata-kata Jerry terhenti di situ.
“Kau
memang bodoh!”
“Aku
tahu aku salah.”
“Kau
tak layak buat April!”
Micheal
melepaskan pautan pada kolar baju Jerry.
“Kau
tak patut berada di sini.”
“Ya…aku
tahu. Aku mahu bawa April pergi bersama aku.”
Terbeliak
mata KJ. Gila Jerry ni!
“Kau
fikir April akan rela ikut kau bila dia sedar dan dia tahu kemalangan itu telah
dirancang oleh kau.”
Micheal
mula berang.
“April
pasti akan bersama aku. Dia pun ingin lari dari keluarganya bukan? Hanya aku
yang layak bersama dia.”
Satu
penumbuk hinggap di pipi Jerry. Bucu bibirnya berdarah.
“Kau
sesekali cuba di luar kewarasan akal kau, Jerry!” Marah Micheal.
Jerry
memengang pipinya yang perit.
“Keluar
dari sini! Sebelum aku pecahkan muka kau!” Arah Micheal. Jarinya sudah
menunding ke muka pintu.
Jerry
berpaling dan meluru keluar.
KJ
segera mendapatkan Micheal sebaik kelibat Jerry tidak kelihatan lagi.
“Micheal…”
Bahu
KJ ditepuk.
“Cepat
cari April. Maklumkan keadaannya pada keluarga April. Jangan pedulikan perkara
lain.” Micheal separuh berbisik.
Lydia
yang tidak tahu-menahu kisah sebenar memberikan reaksi yang keliru. Banyak
persoalan timbul di kepala Lydia.
“Tolong…tolong
ceritakan hal yang sebenarnya Micheal.” Pinta KJ.
“Kau
betul-betul nak tahu?”
KJ
angguk.
“KISAH
cinta tiga antara April, Jerry dan Nikkie tidaklah serumit mana jika April
awal-awal menolak Jerry terus. Kau tahu Nikkie juga memendam perasaan? Jerry obses
dengan cinta dan tidak mahu melepaskan April. Dia mahu April mati bersamanya
dalam kemalangan tersebut. Dia rosakkan brek kereta itu. Dia tidak mahu April
menjadi milik sesiapa.” Micheal memulakan
bicara sebaik mereka tinggal berdua sahaja di kafe tersebut.
Betullah
Jerry itu gila. Manusia sanggup jadi gila dan buta hati kerana CINTA! April
menjadi mangsa Jerry.
“Mengapa
keluarga April langsung tidak tahu kemalangan yang menimpa April?”
“Semuanya
di bawah kawalan Jerry. Jerry tahu latar belakang April. Kisah hidup April. Dia
selidik semuanya. Tambahan pula kemalangan tersebut berlaku pada hari kematian
Pearl.”Jelas Micheal.
“Kenapa
perlu tukar nama? Kenapa tidak maklumkan kemalangan tersebut kepada keluarga
April?”
KJ
memakukan matanya pada wajah Micheal yang sentiasa tampak tenang itu.
“Saya
ada sebab saya sendiri. Dan saya berpegang pada janji. Janji bodoh yang saya
buat pada Jerry.”
Rokok
di tangan sudah tidak sedut lagi. Micheal biarkan ia terus menyala hingga ke
penghujungnya.
Kemalangan
yang menimpa April tiada kena-mengena dengan Nikkie.
“Saya
perlu tahu di mana hospital yang menempatkan April segera?”
Micheal
mengeluarkan sekeping kertas dari kocek seluarnya.
“Ini
pertolongan akhir dari saya.”
“Adakah
Jerry juga tahu tentang saya?”
“Ya,
dia tahu tentang kamu juga. Berhati-hati dengan Jerry.”
Ayat
Micheal yang terakhir berbaur pesanan.
Selamatkan April…Selamatkan
April, KJ.
Ada
bisikan halus pada telinga KJ. Suara itu?
PEARL!
TUAN
Lincoln memandang potret wajah Pearl dan April. Tangan yang sudah dimamah usia itu
mengusap-usap potret wajah kedua-dua anak perempuannya itu. Hati Tuan Lincoln
dipaut rasa kekesalan. Dia mengharapkan April kembali ke sisinya semula. Tapi
di mana April berada kini?
“April…maafkan
ayah. Angela…maafkan aku.” Air matanya menitis.
“Abang…”
Puan Rebecca memaut bahu suaminya. Dia wanita angkuh yang tamakkan kasih sayang
suaminya seorang.
“Kau
sudah puas hatikan?”
Puan
Rebecca menundukkan kepalanya. Apa yang berlaku pada April dan ibunya adalah
berpunca dari sikap iri hatinya.
“Maafkan
Becca…”
“Ikhlaskah
kau mengucapkan kata maaf itu?”
Puan
Rebecca tidak membalas.
“Kenapa
kau diam?”
Tuan
Lincoln menepis jemari halus Puan Rebecca yang mula menyentuh wajah tuanya itu.
“Cukuplah
kau buat hidup aku menderita. Aku kehilangan Angela. Aku kehilangan Pearl dan
aku bakal kehilangan April. Semua orang yang menyayangi aku meninggalkan aku
satu-persatu.”
“Aku
tidak akan meninggalkan abang.” Puan Rebecca memeluk Tuan Lincoln.
“Aku
mahukan anak aku kembali.”
“Kita
akan cari April.”
“Kau
sanggup terima April…”
“Aku
sudah cukup derita setelah kehilangan Pearl. Aku sudah menyesal. Percayalah
pada aku.” Rintih Puan Rebecca.
Rasa
kesal itu akan terubat setelah April kembali.
best nak lagi...x sbr nak tahu ending
ReplyDeleteApril..KJ... rupanya smua angkara jerry!! Menarikkk :) kerna cnta mnusia sggup mlakukan apa sja
ReplyDelete>>huda93<<
Erm..bestnye..xsbr nk tunggu versi cetakkn dr akak..♡♥♡
ReplyDeletehuh... jerry pnya angkara rupanya.. ingatkan nikkie pnya angkara... huh... xdpt djangka btul apa yg akan brlaku seterusnya... semakin menarik.. cepat sambung akak...
ReplyDeleteeh2 ... suka- suka hati ja si jerry ni rancang kemalangan sampai koma anak orang ... x patut betol la ... KJ cepat2 selamat April erk ... u are my hero ... hehehe
ReplyDeleteSambungan yg best kak ya.-nak lagi3 :)..kj cepat bertindak!!!hahaha
ReplyDeletewah....sekarang baru tahu jerry tu jahat....
ReplyDeletedemi cinta sanggup wat ape jerk....teruk tol jerry tu la..ish.....
ReplyDelete~n0rlie~
xsangka rupanya jerry yg merancang acident tu...jerry mmg kejam...
ReplyDeletetak sangka jerry tu jahat rupanya....
ReplyDelete~Rabiatul Adawiyah ~~