Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Sunday, February 24, 2013

Midnight - Part 10



KJ bagaikan tidak percaya berita yang terpapar di dalam akhbar itu. Konsert Faith hura-hara dan menjadi konsert yang paling teruk untuk penyanyi popular itu. Faith cukup-cukup dimalukan di atas pentas. KJ pecah ketawa jua melihat wajah Faith dan Jena tu di dada akhbar. Di belakang baju Faith ada kertas dilekatkan. Perkataan yang ditulis adalah ‘PENIPU! PENCURI LAGU!’. Siapalah yang empunya angkara ya?

Pihak media sedang kecoh dengan isu Faith yang menyanyi bukan lagu ciptaannya sendiri. Faith menyanyi lagu ciptaan orang lain. Faith dikatakan tidak layak mendapat gelaran artis serba boleh. Hairan? Bagaimana perkara ini menjadi kecoh?

April? Nama itu yang terkeluar dari bibir KJ. April sahaja yang tahu tentang perkara tesebut. Ini mesti angkara April. Tidak syak lagi! Aptil punya kerja. Diakan hantu. Ops! April masih belum jadi hantu. Dia masih hidup lagi. Malam ini KJ akan soal siasat April.

“KJ…” Lydia memanggilnya separuh berbisik.
Kening KJ bercantum. Apa hal pula dengan Lydia ni? Kafe masih belum dibuka.
“Cepatlah…” Desis Lydia perlahan.
KJ bingkas mendekati Lydia yang sedang terintai-intai di balik pintu ruang dapur itu.

Jerry! Jerry sedang bersemuka dengan Micheal. Bagaimana pula Jerry boleh bertemu dengan Micheal? Banyak perkara tidak dijangka telah terjadi.

“Mana Glen?”
“Glen pergi belum sampai lagi. Dia kata dia lewat sedikit.”
“Oo…”

“Nicholas…” Jerry merenung wajah Micheal tajam. Puas dia mencari Nicholas. Lelaki itu bersembunyi di sini.
“Aku Micheal. Di sini aku dikenali sebagai Micheal.” Micheal juga memberikan riak wajah yang cukup serius.

Suasana di dalam kafe itu menjadi hening.

“Nick...aku betul-betul minta maaf. Aku telah menyebabkan April jadi begitu.”
Micheal menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
“Kau perlu beritahu apa yang berlaku pada April kepada keluarganya.”
Jerry menggeleng.
“Aku rasa mereka tidak perlu tahu.”

Lydia mengalih pandang pada KJ.
“Siapa April?”
KJ jongket bahu.
“Kenapa lelaki itu panggil Micheal dengan nama Nicholas?” Soalnya lagi.
“Kalau awak nahu awak tanyalah pada Micheal.” Balas KJ.
“Tak beranilah mahu tanya dia. Awak pun tahu Micheal tu dingin macam ais sikit.”
KJ tersenyum.

Mereka berdua memasang telinga lagi.

“Apa yang kau buat itu salah. Keluarga April berhak tahu!” Keras nada suara Micheal.
“Keluarga? Mereka mengabaikan April selama ini. Malah ayah April menyimpan rahsia itu bertahun-tahun lamanya.”
“Rahsia apa?”
“April itu anak kandung Tuan Lincoln.”

Muka Micheal berubah. April sedarah sedaging dengan Tuan Lincoln? Kenapa Tuan Lincoln merahsiakan identiti April yang sebenar? April bukannya budak kecil lagi. Dis sudah dewasa.

“Kau tidak akan dapat sorokkan April selamanya. Tuan Lincoln akan tahu juga di mana April berada.”
“Aku tidak akan benarkan!”
“Jerry…Kenapa kau masih berdegil.”
“Aku bertanggungjawab ke atas April. Aku punca April terlantar koma di hospital.”

April koma? Jadi roh April itu…KJ mengusap dagu.

“Ya. Kau perlu bertanggungjawab dan menjawab pada ayah April. Kau nak April mati bersama kau tapi sebaliknya lain yang berlaku.” Micheal menarik kolar baju Jerry.

Jerry terdiam.

KJ tersentak. Jerry mahu April mati bersamanya?

“Maafkan aku Nick. Aku fikir kau ada perhubungan dengan April. Aku takut April akan meninggalkan aku jadi aku..aku…” Kata-kata Jerry terhenti di situ.
“Kau memang bodoh!”
“Aku tahu aku salah.”
“Kau tak layak buat April!”

Micheal melepaskan pautan pada kolar baju Jerry.

“Kau tak patut berada di sini.”
“Ya…aku tahu. Aku mahu bawa April pergi bersama aku.”

Terbeliak mata KJ. Gila Jerry ni!
“Kau fikir April akan rela ikut kau bila dia sedar dan dia tahu kemalangan itu telah dirancang oleh kau.”
Micheal mula berang.
“April pasti akan bersama aku. Dia pun ingin lari dari keluarganya bukan? Hanya aku yang layak bersama dia.”

Satu penumbuk hinggap di pipi Jerry. Bucu bibirnya berdarah.

“Kau sesekali cuba di luar kewarasan akal kau, Jerry!” Marah Micheal.
Jerry memengang pipinya yang perit.
“Keluar dari sini! Sebelum aku pecahkan muka kau!” Arah Micheal. Jarinya sudah menunding ke muka pintu.

Jerry berpaling dan meluru keluar.

KJ segera mendapatkan Micheal sebaik kelibat Jerry tidak kelihatan lagi.

“Micheal…”
Bahu KJ ditepuk.
“Cepat cari April. Maklumkan keadaannya pada keluarga April. Jangan pedulikan perkara lain.” Micheal separuh berbisik.

Lydia yang tidak tahu-menahu kisah sebenar memberikan reaksi yang keliru. Banyak persoalan timbul di kepala Lydia.

“Tolong…tolong ceritakan hal yang sebenarnya Micheal.” Pinta KJ.
“Kau betul-betul nak tahu?”
KJ angguk.


“KISAH cinta tiga antara April, Jerry dan Nikkie tidaklah serumit mana jika April awal-awal menolak Jerry terus. Kau tahu Nikkie juga memendam perasaan? Jerry obses dengan cinta dan tidak mahu melepaskan April. Dia mahu April mati bersamanya dalam kemalangan tersebut. Dia rosakkan brek kereta itu. Dia tidak mahu April menjadi milik sesiapa.”  Micheal memulakan bicara sebaik mereka tinggal berdua sahaja di kafe tersebut.

Betullah Jerry itu gila. Manusia sanggup jadi gila dan buta hati kerana CINTA! April menjadi mangsa Jerry.

“Mengapa keluarga April langsung tidak tahu kemalangan yang menimpa April?”
“Semuanya di bawah kawalan Jerry. Jerry tahu latar belakang April. Kisah hidup April. Dia selidik semuanya. Tambahan pula kemalangan tersebut berlaku pada hari kematian Pearl.”Jelas Micheal.

“Kenapa perlu tukar nama? Kenapa tidak maklumkan kemalangan tersebut kepada keluarga April?”
KJ memakukan matanya pada wajah Micheal yang sentiasa tampak tenang itu.
“Saya ada sebab saya sendiri. Dan saya berpegang pada janji. Janji bodoh yang saya buat pada Jerry.”
Rokok di tangan sudah tidak sedut lagi. Micheal biarkan ia terus menyala hingga ke penghujungnya.

Kemalangan yang menimpa April tiada kena-mengena dengan Nikkie.

“Saya perlu tahu di mana hospital yang menempatkan April segera?”
Micheal mengeluarkan sekeping kertas dari kocek seluarnya.
“Ini pertolongan akhir dari saya.”

“Adakah Jerry juga tahu tentang saya?”
“Ya, dia tahu tentang kamu juga. Berhati-hati dengan Jerry.”
Ayat Micheal yang terakhir berbaur pesanan.

Selamatkan April…Selamatkan April, KJ.
Ada bisikan halus pada telinga KJ. Suara itu?
PEARL!

TUAN Lincoln memandang potret wajah Pearl dan April. Tangan yang sudah dimamah usia itu mengusap-usap potret wajah kedua-dua anak perempuannya itu. Hati Tuan Lincoln dipaut rasa kekesalan. Dia mengharapkan April kembali ke sisinya semula. Tapi di mana April berada kini?

“April…maafkan ayah. Angela…maafkan aku.” Air matanya menitis.
“Abang…” Puan Rebecca memaut bahu suaminya. Dia wanita angkuh yang tamakkan kasih sayang suaminya seorang.

“Kau sudah puas hatikan?”

Puan Rebecca menundukkan kepalanya. Apa yang berlaku pada April dan ibunya adalah berpunca dari sikap iri hatinya.
“Maafkan Becca…”
“Ikhlaskah kau mengucapkan kata maaf itu?”

Puan Rebecca tidak membalas.

“Kenapa kau diam?”
Tuan Lincoln menepis jemari halus Puan Rebecca yang mula menyentuh wajah tuanya itu.
“Cukuplah kau buat hidup aku menderita. Aku kehilangan Angela. Aku kehilangan Pearl dan aku bakal kehilangan April. Semua orang yang menyayangi aku meninggalkan aku satu-persatu.”
“Aku tidak akan meninggalkan abang.” Puan Rebecca memeluk Tuan Lincoln.

“Aku mahukan anak aku kembali.”
“Kita akan cari April.”
“Kau sanggup terima April…”
“Aku sudah cukup derita setelah kehilangan Pearl. Aku sudah menyesal. Percayalah pada aku.” Rintih Puan Rebecca.

Rasa kesal itu akan terubat setelah April kembali.

10 comments:

  1. best nak lagi...x sbr nak tahu ending

    ReplyDelete
  2. April..KJ... rupanya smua angkara jerry!! Menarikkk :) kerna cnta mnusia sggup mlakukan apa sja
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  3. Erm..bestnye..xsbr nk tunggu versi cetakkn dr akak..♡♥♡

    ReplyDelete
  4. huh... jerry pnya angkara rupanya.. ingatkan nikkie pnya angkara... huh... xdpt djangka btul apa yg akan brlaku seterusnya... semakin menarik.. cepat sambung akak...

    ReplyDelete
  5. eh2 ... suka- suka hati ja si jerry ni rancang kemalangan sampai koma anak orang ... x patut betol la ... KJ cepat2 selamat April erk ... u are my hero ... hehehe

    ReplyDelete
  6. Sambungan yg best kak ya.-nak lagi3 :)..kj cepat bertindak!!!hahaha

    ReplyDelete
  7. wah....sekarang baru tahu jerry tu jahat....

    ReplyDelete
  8. demi cinta sanggup wat ape jerk....teruk tol jerry tu la..ish.....
    ~n0rlie~

    ReplyDelete
  9. xsangka rupanya jerry yg merancang acident tu...jerry mmg kejam...

    ReplyDelete
  10. tak sangka jerry tu jahat rupanya....
    ~Rabiatul Adawiyah ~~

    ReplyDelete