SIAPA
Jerry? Wajah April suram setelah melihat lelaki itu berpegangan tangan bersama
gadis lain. KJ ingin bertanya pada April namun dia tidak sampai hati pula.
April tampak sugul. Agaknya Jerry itu seorang yang istimewa pada April. Itu
hanya anggapan KJ sahaja.
“KJ…”
April
menongkat dagu memandang KJ.
“Awak
ada ingat sesuatu ke?”
“Emmm…lelaki
tadi tu Jerry. Dia…” Kata-kata April mati di situ.
“Dia
seorang yang istimewa pada awak ye?”
April
menggeleng laju.
“Dulu
dia istimewa tapi…tapi sekarang awak yang istimewa di mata saya.” Akui April.
KJ
tersenyum. Dia hanya mengenali April dalam sehari dua namun dia menyenangi
hantu yang cantik ini.
“Gadis
yang bersama Jerry itu?”
“Nikkie.
Itulah Nikkie…” Cebik April.
“Macam
mana? Awak mahu saya bertemu dengan Nikkie tak?”
“Hmmm…biar
saya fikir sekejap.”
“Okay.
Lepas awak sudah habis berfikir nanti awak baru kacau saya. Saya mahu mendengar
muzik sekejap.”
“Okay.”
April membalas.
KJ
lekapkan fon kepala di kedua-dua belah telinga. Dia mula memasang lagu di
laptopnya itu. Kepala KJ terangguk-angguk sedikit. April pula sibuk memikirkan
tentang Jerry dan Nikkie. Otaknya seakan mengingati sesuatu.
Jerry,
April dan Nikkie berkawan baik. April mengenali Jerry melalui Nikkie. Nikkie
yang memperkenalkan bidang modeling kepada April. April tidak pernah ambil
serius tentang kerjaya sebagai model. Dia sebenarnya lebih suka melancong dan melakukan
aktiviti-aktiviti lasak.
Nikkie
pernah memberitahu April tentang perasaannya terhadap Jerry. April hanya
memberikan sokongan kepada Nikkie dari belakang. Siapa menduga yang Jerry
menolak cinta Nikkie dan meluahkan perasaan terhadap April. Haru biru jadinya.
April menerima Jerry dalam terpaksa setelah didesak oleh Nikkie. Nikkie mahu
Jerry bahagia. Tapi apa yang dia lihat tadi…Mungkin sebab dia sudah mati maka
Nikkie sudah tiada masalah untuk berpasangan dengan Jerry.
“KJ…”
April mendekati KJ yang sedang asyik melayan lagunya. “KJ…” Panggilnya lembut.
KJ
tidak menyahut.
April
bulatkan biji matanya sebesar anak ikan. Dia bercekak pinggang. April naikkan
volume
muzik
lagu KJ sampai ke tahap maksima. KJ kelam-kabut membuka fon kepalanya. KJ
mengetap bibir dan menjeling April. Dia tahu itu kerja April. April tersengih.
“Kacau
daun betullah.” Desis KJ.
“Esok
malam kita sama-sama hendap ke rumah Nikkie.”
“Hah!”
Terlopong
mulut KJ. Ini sudah kerja gila namanya. KJ sanggup mencari Nikkie ke angensi
model itu dari pergi ke rumah Nikkie. Dia tidak mahu dilabelkan sebagai ‘kaki
hendap’.
“Tolonglah
KJ.” Terkedip-kedip mata April
“Tak
mahu. Saya bukan lelaki jenis menghendap anak gadis.”
“Bolehlah…Kalau
awak tolong saya…saya akan tolong awak pula.” April mula tawar-menawar.
KJ
mengonyang-gonyang jari telunjuknya tanda tidak. Kalau dia ditangkap oleh polis
peronda tidak ke naya namanya. Nama dia akan tercemar.
“KJ…”
April mula mengikut langkah kaki KJ.
“Tak
nak!” KJ menguatkan suaranya.
Ding
dong! Ding Dong!
Bunyi
loceng pintu bilik apartmen KJ,
mematikan perbualan antara mereka. Siapa pula yang bertandang di rumah KJ
malam-malam begini. Penyibuk betullah! April muncung panjang.
KJ
menarik tombol pintunya. Tetamunya adalah Glen dan Lyida. Glen dan Lydia tersenyum-senyum
macam orang sakit jiwa itu menunjukkan bekalan makanan yang mereka bawakan
untuk KJ.
“Masuklah…”
Jemput KJ.
“Terima
kasih.” Jawab mereka serentak.
Glen
dan Lydia saling berbisik ketika KJ membuat air di ruang dapur kecil itu. Mata
Lydia meliar melihat sekeliling bilik apartmen KJ. Tiada sesiapa di sini. KJ
bercakap dengan siapa tadi? Bulu roma Glen dan Lydia mula meremang. Agkanya
bilik apartmen KJ ini berhantu? Kawasan tempat tinggal KJ juga sunyi dan
menakutkan.
KJ
menuangkan jus buah-buahan ke dalam gelas. Dia hulurkan kepada Glen dan Lydia.
April pula duduk di atas sofa buruk itu sambil berpeluk tubuh.
“Errrr…Kau
tinggal seorang kan?”
“Ya.
Saya seorang saja dan tiada teman penyewa.”
“Kau
tak takut ke?” Seram sejuk badan ini. Lydia menggosok-gosok tangannya.
“Kenapa
pula perlu rasa takut?”
“Apartmen
kau sewa ni tak berhantu kan?”
Glen
dan Lydia saling bersoal jawab dengan KJ.
“Korang
ada nampak hantu ke?”
Kedua-duanya
menggeleng laju.
April
menekup mulut menahan geli hati. KJ mengerling ke arah April. Dia buat isyarat
tangan pada April agar tidak mengusik kedua-dua temannya itu.
April
tidak peduli. Dia akan buat kacau selagi KJ tidak setuju dengan permintaannya
tadi. April tekan volume lagu di laptop KJ hingga bergegar satu bilik apartmen
itu. Hampir terlepas gelas minuman Glen dan Lydia. Mereka saling berpandangan.
Kedua-duanya sudah berpeluh dingin di dahi. KJ bingkas bangun menutup lagu di
laptopnya.
“Masalah
teknikal.” Ujarnya selamba.
“Ohhhh…okay.”
April
merengus geram. Dia ambil bingkai gambar palastik pada dinding itu lalu di
lemparkan pada kepala Glen. Glen mengaduh kesakitan. Dia tidak tentu arah
memandang kiri dan kanan. Begitu jua dengan Lydia. Kali ini perilaku April
sudah melampau. Terburai ketawa April.
“Hahahaha…”
Bunyi
tawa April mengejutkan Glen dan Lydia. Wajah mereka pucat lesu.
“April!!!”
KJ sudah naik bengang.
Siapa
pula April? Tiada sesiapa pun di sini.
April
menghampiri Lydia. Gelas minuman Lydia masih ada air jus itu diangkat. Dia
tuangkan air jus tersebut pada rambut Lydia. Habis lencun rambut dan baju
Lydia.
“Hannn…hantuuuu!”
Lydia bingkas bangun dan terus meluru keluar diikuti oleh Glen.
April
ketawa keseronokkan. KJ naik angin. Dia mengunci pintu dan terus ke dalam bilik
tidurnya. KJ hempas tubuhnya atas katil. Bantalnya ditekupkan pada muka.
JERRY
meletakkan semula gambar tersebut di atas meja. Rumah agam ini memang luas dan
besar sekali. Di sinikah April tinggal dahulu? Dia turut memandang beberapa
gambar lain yang tersusun di ruang tamu itu. Dia kenal gadis yang bersama ayah
April itu. Itu mendiang Pearl, kakak tiri April. Jerry tidak tahu punca keretakkan
hubungan April dan keluarganya. Terutama hubungan April dengan Pearl. April
tidak begitu suka menceritakan perihal peribadinya.
“Kau
Jerry…” Suara garau itu menyapa.
Jerry
memusingkan tubuhnya.
“Ya,
saya…”
“Kau
tahu mana anak aku, April berada?”
“Tak..tak
tahu?” Jerry menafikan.
Jerry
tahu lelaki tua di hadapannya itu adalah ayah tiri kepada April. Tuan Lincoln
adalah salah seorang lelaki berdarjat tinggi.
Tuan
Lincoln menghela nafas kecil. Dia sudah puas mencari April namun anak tirinya
itu masih tidak ditemui. Hilangnya tanpa berita. Pearl sudah tiada. Kini dia
hanya mempunyai April sahaja. April seorang yang degil dan sukar untuk duduk
diam. Acapkali anak tirinya itu melarikan diri dari rumah.
“Aku
sayangkan April sama seperti aku sayangkan Pearl. Aku ambil berat tentang April
tapi…” Lincoln memandang pada gambar April. Jari-jemari digenggamkan.
“Ibu
Pearl tidak boleh menerima kehadiran April kan?”
Tuan
Lincoln mengangguk lemah.
“April
itu perlukan perhatian tetapi dia tidak mahu bercakap. Dia lebih suka makan
hati.” Jerry cuba berbual dengan Tuan Lincoln. Dia pun agak kaku untuk
berbicara. Tambahan pula Tuan Lincoln itu berwajah serius.
“Ya…April
lebih suka mengalah dalam segala hal.”
Tuan
Lincoln kecewa kerana selalu mengabaikan perasaan April. Perhatiannya lebih tertumpu
kepada Pearl dan ibunya.
“Emmm…”
“Aku
mencinta ibu April. Dan April bukan tiada ikatan darah dengan aku. Dia anak
kandung aku juga. Aku tinggalkan ibu April kerana aku tamat pada harta dan
kekayaan. Aku mahu menebus dosa aku pada ibu April dan kembali mengahwininya.”
Jerry
tersentak.
“Jadi…April
tidak tahu dia anak kandung tuan?”
“Dia
tidak tahu…dia lahir selepas Pearl berumur setahun.”
22
tahun Tuan Lincoln menyimpan rahsia itu dengan kemas. Dia tidak mahu sesiapa
tahu April adalah anak yang sedarah sedagingnya.
Meremang bace midnight ni, tpi memang besttt.. suke sgt ngan watak KJ tuu.. hehe.. best entryy
ReplyDeletemantap! best! hehehe.
ReplyDeleteHehehe....klakar plak prngai c april ni sakat org len,kak...best n3 kali ni,nnt sambung lg tau..
ReplyDeletesangat menarik.saya suka watak kj dan april <3
ReplyDeletekak ya...nurul suka dgn cite ni..mula2 ingat seram tapi rasa nak gelak je baca cite ni teringat2 cerita cina yang ada antu cantik ganggu orang tu masa kecik2 dulu..rasa nak tunggu sambil habis untuk kesudahan cerita ni..mcm mana april boleh koma dan hubungan dorang tu..tapi heroin dia sape kak ya..april yer...thumb up berganda2....hihihihi
ReplyDeletebest..hahaha..cian kat lydia..abis basah lencun baju n rambut dia..jahat betoi la april nie..hehehe..
ReplyDeleteuish! april npe lak tak suke kt nikkie?? pelik die da tau ke?
ReplyDeletelawak la masa april buat kacau kt kwn2 KJ..hahhaa
ReplyDeletebest tpkan kak ilya nape pendek sgt!! x puas baca..btw saya dah dpt tau :)
ReplyDeleteciter ni mkin menarik...ska sgt3
ReplyDeleteMcm2 april ny :)
ReplyDeletebest3
ReplyDeleteapril ni mkin naughty la......
ReplyDeletebest sgt.....
cpat2 smbg akak n truskan usaha... :-D
Nmpknya April dh suka Kj...cmne lah nti bila dia n Kj couple kn...ish..melalut lak akak ni.....hehehe
ReplyDeleteMakin best la cerita nie...xsbr lak tunggu entry seterusnya...
ReplyDeleteApril yg notty haha.. bermacam2 misteri dalam hidupnya.. cerita ni besttt smbung n3 strusnya k.ilya :)
ReplyDelete>>huda93<<
senyum macam orang sakit jiwa <--- ayat awesome ah. Haha. Gelak je baca.
ReplyDeletePa'ah Mohd Isdris
amboi april, kemain lagi ya, hahaha! bestlah kak
ReplyDeletex sangke april tu anak kandung
ReplyDeletekesian kwan2 kj kene kacau dngan april..
Kak ilya..best cgt2 cite nie..suke3x..xsbar nk tunggu yg strusnye..lg xsbar nk tunggu cetakkn dr akak..hehe..♥♥♥
ReplyDelete@Mamacu Ezzah Terima kasih atas komen yang diberikan
ReplyDelete@Afie Qaisarah Notty sikit2 je tu
ReplyDeleteBest
ReplyDeletebest3x citer ni mmg mantap dan menarik... >_< <3 <3
ReplyDeletenakal betul april tu ye hehe...
~Rabiatul Adawiyah~