Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, February 13, 2013

Midnight - Part 4




SIAPA Jerry? Wajah April suram setelah melihat lelaki itu berpegangan tangan bersama gadis lain. KJ ingin bertanya pada April namun dia tidak sampai hati pula. April tampak sugul. Agaknya Jerry itu seorang yang istimewa pada April. Itu hanya anggapan KJ sahaja.

“KJ…”
April menongkat dagu memandang KJ.
“Awak ada ingat sesuatu ke?”
“Emmm…lelaki tadi tu Jerry. Dia…” Kata-kata April mati di situ.
“Dia seorang yang istimewa pada awak ye?”
April menggeleng laju.
“Dulu dia istimewa tapi…tapi sekarang awak yang istimewa di mata saya.” Akui April.

KJ tersenyum. Dia hanya mengenali April dalam sehari dua namun dia menyenangi hantu yang cantik ini.

“Gadis yang bersama Jerry itu?”
“Nikkie. Itulah Nikkie…” Cebik April.
“Macam mana? Awak mahu saya bertemu dengan Nikkie tak?”
“Hmmm…biar saya fikir sekejap.”
“Okay. Lepas awak sudah habis berfikir nanti awak baru kacau saya. Saya mahu mendengar muzik sekejap.”
“Okay.” April membalas.

KJ lekapkan fon kepala di kedua-dua belah telinga. Dia mula memasang lagu di laptopnya itu. Kepala KJ terangguk-angguk sedikit. April pula sibuk memikirkan tentang Jerry dan Nikkie. Otaknya seakan mengingati sesuatu.

Jerry, April dan Nikkie berkawan baik. April mengenali Jerry melalui Nikkie. Nikkie yang memperkenalkan bidang modeling kepada April. April tidak pernah ambil serius tentang kerjaya sebagai model. Dia sebenarnya lebih suka melancong dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak.

Nikkie pernah memberitahu April tentang perasaannya terhadap Jerry. April hanya memberikan sokongan kepada Nikkie dari belakang. Siapa menduga yang Jerry menolak cinta Nikkie dan meluahkan perasaan terhadap April. Haru biru jadinya. April menerima Jerry dalam terpaksa setelah didesak oleh Nikkie. Nikkie mahu Jerry bahagia. Tapi apa yang dia lihat tadi…Mungkin sebab dia sudah mati maka Nikkie sudah tiada masalah untuk berpasangan dengan Jerry.

“KJ…” April mendekati KJ yang sedang asyik melayan lagunya. “KJ…” Panggilnya lembut.
KJ tidak menyahut.
April bulatkan biji matanya sebesar anak ikan. Dia bercekak pinggang. April naikkan volume
muzik lagu KJ sampai ke tahap maksima. KJ kelam-kabut membuka fon kepalanya. KJ mengetap bibir dan menjeling April. Dia tahu itu kerja April. April tersengih.

“Kacau daun betullah.” Desis KJ.
“Esok malam kita sama-sama hendap ke rumah Nikkie.”
“Hah!”
Terlopong mulut KJ. Ini sudah kerja gila namanya. KJ sanggup mencari Nikkie ke angensi model itu dari pergi ke rumah Nikkie. Dia tidak mahu dilabelkan sebagai ‘kaki hendap’.

“Tolonglah KJ.” Terkedip-kedip mata April
“Tak mahu. Saya bukan lelaki jenis menghendap anak gadis.”
“Bolehlah…Kalau awak tolong saya…saya akan tolong awak pula.” April mula tawar-menawar.

KJ mengonyang-gonyang jari telunjuknya tanda tidak. Kalau dia ditangkap oleh polis peronda tidak ke naya namanya. Nama dia akan tercemar.

“KJ…” April mula mengikut langkah kaki KJ.
“Tak nak!” KJ menguatkan suaranya.

Ding dong! Ding Dong!

Bunyi loceng pintu  bilik apartmen KJ, mematikan perbualan antara mereka. Siapa pula yang bertandang di rumah KJ malam-malam begini. Penyibuk betullah! April muncung panjang.

KJ menarik tombol pintunya. Tetamunya adalah Glen dan Lyida. Glen dan Lydia tersenyum-senyum macam orang sakit jiwa itu menunjukkan bekalan makanan yang mereka bawakan untuk KJ.

“Masuklah…” Jemput KJ.
“Terima kasih.” Jawab mereka serentak.

Glen dan Lydia saling berbisik ketika KJ membuat air di ruang dapur kecil itu. Mata Lydia meliar melihat sekeliling bilik apartmen KJ. Tiada sesiapa di sini. KJ bercakap dengan siapa tadi? Bulu roma Glen dan Lydia mula meremang. Agkanya bilik apartmen KJ ini berhantu? Kawasan tempat tinggal KJ juga sunyi dan menakutkan.

KJ menuangkan jus buah-buahan ke dalam gelas. Dia hulurkan kepada Glen dan Lydia. April pula duduk di atas sofa buruk itu sambil berpeluk tubuh.

“Errrr…Kau tinggal seorang kan?”
“Ya. Saya seorang saja dan tiada teman penyewa.”
“Kau tak takut ke?” Seram sejuk badan ini. Lydia menggosok-gosok tangannya.
“Kenapa pula perlu rasa takut?”
“Apartmen kau sewa ni tak berhantu kan?”
Glen dan Lydia saling bersoal jawab dengan KJ.
“Korang ada nampak hantu ke?”
Kedua-duanya menggeleng laju.

April menekup mulut menahan geli hati. KJ mengerling ke arah April. Dia buat isyarat tangan pada April agar tidak mengusik kedua-dua temannya itu.

April tidak peduli. Dia akan buat kacau selagi KJ tidak setuju dengan permintaannya tadi. April tekan volume lagu di laptop KJ hingga bergegar satu bilik apartmen itu. Hampir terlepas gelas minuman Glen dan Lydia. Mereka saling berpandangan. Kedua-duanya sudah berpeluh dingin di dahi. KJ bingkas bangun menutup lagu di laptopnya.

“Masalah teknikal.” Ujarnya selamba.
“Ohhhh…okay.”

April merengus geram. Dia ambil bingkai gambar palastik pada dinding itu lalu di lemparkan pada kepala Glen. Glen mengaduh kesakitan. Dia tidak tentu arah memandang kiri dan kanan. Begitu jua dengan Lydia. Kali ini perilaku April sudah melampau. Terburai ketawa April.

“Hahahaha…”

Bunyi tawa April mengejutkan Glen dan Lydia. Wajah mereka pucat lesu.

“April!!!” KJ sudah naik bengang.
Siapa pula April? Tiada sesiapa pun di sini.

April menghampiri Lydia. Gelas minuman Lydia masih ada air jus itu diangkat. Dia tuangkan air jus tersebut pada rambut Lydia. Habis lencun rambut dan baju Lydia.

“Hannn…hantuuuu!” Lydia bingkas bangun dan terus meluru keluar diikuti oleh Glen.

April ketawa keseronokkan. KJ naik angin. Dia mengunci pintu dan terus ke dalam bilik tidurnya. KJ hempas tubuhnya atas katil. Bantalnya ditekupkan pada muka.


JERRY meletakkan semula gambar tersebut di atas meja. Rumah agam ini memang luas dan besar sekali. Di sinikah April tinggal dahulu? Dia turut memandang beberapa gambar lain yang tersusun di ruang tamu itu. Dia kenal gadis yang bersama ayah April itu. Itu mendiang Pearl, kakak tiri April. Jerry tidak tahu punca keretakkan hubungan April dan keluarganya. Terutama hubungan April dengan Pearl. April tidak begitu suka menceritakan perihal peribadinya.

“Kau Jerry…” Suara garau itu menyapa.
Jerry memusingkan tubuhnya.

“Ya, saya…”
“Kau tahu mana anak aku, April berada?”
“Tak..tak tahu?” Jerry menafikan.
Jerry tahu lelaki tua di hadapannya itu adalah ayah tiri kepada April. Tuan Lincoln adalah salah seorang lelaki berdarjat tinggi.

Tuan Lincoln menghela nafas kecil. Dia sudah puas mencari April namun anak tirinya itu masih tidak ditemui. Hilangnya tanpa berita. Pearl sudah tiada. Kini dia hanya mempunyai April sahaja. April seorang yang degil dan sukar untuk duduk diam. Acapkali anak tirinya itu melarikan diri dari rumah. 


“Aku sayangkan April sama seperti aku sayangkan Pearl. Aku ambil berat tentang April tapi…” Lincoln memandang pada gambar April. Jari-jemari digenggamkan.
“Ibu Pearl tidak boleh menerima kehadiran April kan?”

Tuan Lincoln mengangguk lemah.
 


“April itu perlukan perhatian tetapi dia tidak mahu bercakap. Dia lebih suka makan hati.” Jerry cuba berbual dengan Tuan Lincoln. Dia pun agak kaku untuk berbicara. Tambahan pula Tuan Lincoln itu berwajah serius.

“Ya…April lebih suka mengalah dalam segala hal.” 
Tuan Lincoln kecewa kerana selalu mengabaikan perasaan April. Perhatiannya lebih tertumpu kepada Pearl dan ibunya.

“Emmm…”

“Aku mencinta ibu April. Dan April bukan tiada ikatan darah dengan aku. Dia anak kandung aku juga. Aku tinggalkan ibu April kerana aku tamat pada harta dan kekayaan. Aku mahu menebus dosa aku pada ibu April dan kembali mengahwininya.”

Jerry tersentak.

“Jadi…April tidak tahu dia anak kandung tuan?”
“Dia tidak tahu…dia lahir selepas Pearl berumur setahun.”

22 tahun Tuan Lincoln menyimpan rahsia itu dengan kemas. Dia tidak mahu sesiapa tahu April adalah anak yang sedarah sedagingnya.

24 comments:

  1. Meremang bace midnight ni, tpi memang besttt.. suke sgt ngan watak KJ tuu.. hehe.. best entryy

    ReplyDelete
  2. Hehehe....klakar plak prngai c april ni sakat org len,kak...best n3 kali ni,nnt sambung lg tau..

    ReplyDelete
  3. sangat menarik.saya suka watak kj dan april <3

    ReplyDelete
  4. kak ya...nurul suka dgn cite ni..mula2 ingat seram tapi rasa nak gelak je baca cite ni teringat2 cerita cina yang ada antu cantik ganggu orang tu masa kecik2 dulu..rasa nak tunggu sambil habis untuk kesudahan cerita ni..mcm mana april boleh koma dan hubungan dorang tu..tapi heroin dia sape kak ya..april yer...thumb up berganda2....hihihihi

    ReplyDelete
  5. best..hahaha..cian kat lydia..abis basah lencun baju n rambut dia..jahat betoi la april nie..hehehe..

    ReplyDelete
  6. uish! april npe lak tak suke kt nikkie?? pelik die da tau ke?

    ReplyDelete
  7. lawak la masa april buat kacau kt kwn2 KJ..hahhaa

    ReplyDelete
  8. best tpkan kak ilya nape pendek sgt!! x puas baca..btw saya dah dpt tau :)

    ReplyDelete
  9. april ni mkin naughty la......
    best sgt.....
    cpat2 smbg akak n truskan usaha... :-D

    ReplyDelete
  10. Nmpknya April dh suka Kj...cmne lah nti bila dia n Kj couple kn...ish..melalut lak akak ni.....hehehe

    ReplyDelete
  11. Makin best la cerita nie...xsbr lak tunggu entry seterusnya...

    ReplyDelete
  12. April yg notty haha.. bermacam2 misteri dalam hidupnya.. cerita ni besttt smbung n3 strusnya k.ilya :)
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  13. senyum macam orang sakit jiwa <--- ayat awesome ah. Haha. Gelak je baca.

    Pa'ah Mohd Isdris

    ReplyDelete
  14. amboi april, kemain lagi ya, hahaha! bestlah kak

    ReplyDelete
  15. x sangke april tu anak kandung
    kesian kwan2 kj kene kacau dngan april..

    ReplyDelete
  16. Kak ilya..best cgt2 cite nie..suke3x..xsbar nk tunggu yg strusnye..lg xsbar nk tunggu cetakkn dr akak..hehe..♥♥♥

    ReplyDelete
  17. best3x citer ni mmg mantap dan menarik... >_< <3 <3
    nakal betul april tu ye hehe...
    ~Rabiatul Adawiyah~

    ReplyDelete