22
tahun Tuan Lincoln menyimpan rahsia tentang status sebenar April. Satu tempoh
yang sungguh lama. Jerry tidak menduga sama sekali yang April adalah anak
kandung Tuan Lincoln. Sayang Tuan Lincoln tidka berlaku adil pada April dan
ibunya.
Jerry
mengusap-usap rambut April. Doktor kata April tidak lagi berada di tahap
kritikal. Namun April masih di awasi oleh jururawat yang bertugas. Jerry
mencapai jemari halus April lalu dikucup lembut. Tingkah-lakunya diperhatikan
oleh Nikkie dengan penuh kebencian. Dia tahu Jerry sukar untuk melepaskan
April.
Nikkie
cuba memaniskan mukanya. Dia tidak mahu Jerry mengesyaki apa-apa terhadap dia.
Nikkie memulas tombol pintu wad terbabit. Dia melangkah masuk.
“Jerry…”
Jerry
menoleh.
“Nikkie.”
Bibirnya mengulum senyuman.
“Puas
saya cari awak di pejabat awak tadi.” Nikkie mengeluh.
“Awak
ke pejabat saya?”
Nikkie
angguk laju.
“Jerry….saya
penat tengok awak begitu tau. Saya ambil berat pasal awak. Saya sayangkan awak
dan sayang kan April.”
Perasaan
suka pada Jerry masih ada di hati Nikkie. Nikkie seperti merelakan hubungan
Jerry bersama April namun hatinya masih tidak boleh melupakan Jerry. Cintanya
buat Jerry semakin utuh.
Nikkie
menyesal kerana melepaskan Jerry pada April dulu. Dia nekad untuk mendapatkan
jerry semula walau dia terpaksa menamatkan nyawa April. benar kata orang. Cinta
itu boleh buat manusia jadi buta, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Hati
saya sakit tengok awak begini. Awak sudah tidak macam Jerry yang kenali dulu?”
Kepala
Jerry terduduk. jerry tahu dia mengabaikan diri sendiri. Hidupnya agak tidak
terurus. Lihat saja pada rambut-rambut kecil yang sudah tumbuh meliar di bawah
dagunya itu.
April…tahukah
kau, aku sedang merindui mu? Bilakah mata cantikmu akan terbuka melihat aku
kembali?
Jerry
masih tidak mahu melepaskan jemari halus April.
“Jerry….”
Nikkie memanggil lembut. Dipeluknya bahu Jerry.
“Saya..”
Jerry tidak mampu untuk meneruskan bicaranya. Dia tidak menduga Nikkie masih
berharap
pada cintanya.
“Lepaskan
April.”
“Saya
tak boleh lepaskan April.”
“Bagaimana
jika April tidak sedar untuk selamanya.”
“Saya
setia menunggu.”
“Jangan
jadi bodoh!”
Jawapan
Jerry membuatkan hati Nikkie bertambah sakit.
“Tiada
guna kesetiaan untuk April yang umpama seperti mayat hidup ini.” Gerutu Nikkie.
“Jangan
serabutkan fikiran saya lagi.”
“Fikirkan
tentang mereka di sekeliling awak. Jangan ikutkan perasaan cinta yang terlalu
ekstrem itu.”
Jerry
membisu. Kerap Nikkie berkata sedemikian dengannya.
“Awak
masih mengharapkan balasan cinta dari saya?” Soal Jerry.
Nikkie
terkedu seketika.
“Saya
memang cintakan awak!” Akui Nikkie berani. Sampai bila dia mahu makan hati.
Sampai bila dia mahu melihat April yang memperolehi kebahgian bersama April.
“Nikkie…”
“Bagi
saya peluang…” Pintas Nikkie.
Pergolakkan
cinta tiga segi.
“April
tak cintakan awak sepenuhnya…” Sambung Nikkie.
Ya,
Jerry tahu. Dia boleh lihat dari pandangan mata April. April masih cuba untuk
mencintainya.
Pandangan
mata Jery dialihkan kepada April. April masih dalam keadaan yang sama sebulan
ini. Tiada perubahan atau tindak balas dari April.
Tidak!
Dia tidak boleh meninggalkan April sendirian tanpa peneman. Dia sudah berjanji
untuk melindungi April. April telah bergadai nyawa untuk dia. Jika April tidak
cintakan dia, April tidak akan sanggup berbuat sedemikian rupa.Mungkin
cinta telah tumbuh di hati April untuknya.
“Maaf
Nikkie…”
Jawapan
yang cukup buat Nikkie kecewa. Air mata Nikkie mengalir deras. Dia meluru keluar
dengan tangisan.
“Aprill…saya
lukai hati Nikkie lagi.”
Jerry
keluh kesah.
KJ
buat muka. Dia malas mahu melayan April. Dia masih marahkan April. April yang
menimbulkan masalah.
April
sudah susun sepuluh jari pun KJ masih bermasam muka. Kuat rajuk juga KJ ini.
“KJ!”
April buat mulut muncungnya.
KJ
tak mahu melayan April. Dia tidak bekerja di kafe hari ini. Masanya sengaja
dihabiskan untuk menulis lirik lagu. Fon kepala sudah dilekapkan pada
kedua-kedua telinganya.
April
duduk bersimpul kaki di depan KJ. KJ masih buat tidak peduli. Sepatutnya KJ
sudah menghendap di rumah Nikkie. Rancangan tidak berjalan dengan lancarlah.
April….ada
suara suara berbisik di gegendang telinga. Suara lelaki menyeru namanya. April
bingkas bangun. Dia kenal dengan suara itu. itu suara Jerry.
April
menarik fon kepala KJ.
“Kalau
awak tak mahu tolong saya tak apa tapi saya akan buat kacau di seluruh apartmen
ini.” Ugut April.
Hantu
pun pandai main ugut-ugut juga.
“Buatlah
apa yang awak suka.”
“KJ!
Jangan bagi saya marah.” April menarik kedua-dua belah pipi KJ.
“Sakitlah.”
KJ menepis.
“Tolong
KJ.” April merayu. Dia buat mata bersinar-sinar. Mukanya sayu habis. Dia
mahukan simpati dari KJ. Harap lakonannya berjaya.
KJ
pandang muka April lama. Bukan main manjanya April ini.
“Tolong
KJ….Tolonglah…” April merayu dengan penuh perasaan. Keras juga hati KJ ni. Apa
boleh buat, hanya KJ harapan yang ada untuk membantunya.
“Boleh…dengan
syarat awak kemas rumah saya ini sampai bersih. Saya mahu berkilat dan tiada
sebarang habuk.”
Tertelan
air liur April. KJ bagi syarat pula.
“Baiklah
Tuan KJ.” April menurut perintah.
KJ
senyum. Ada juga gunanya hantu ni.
April
menjalankan operasi membersihkan bilik apartmen KJ. Hantu pun kena suruh buat
kerja.
KJ buat dia macam orang gaji saja.
April
hela nafas panjang melihat kilauan-kilauan cahaya di bilik apartmen KJ. Fuhhh!
Akhirnya siap juga. Tangannya mengesat dahi jika ada peluh yang menitis. Lupa…dia
hantu mana ada peluh.
KJ
memeriksa hasil kerja dari April. April memang jenis gadis yang berdikari. KJ
lihat April bekerja tadi pun dia sudah tahu. Bagus juga simpan hantu cantik ni.
“Nak
minum?” KJ hulurkan jus kepada April.
“Kalau
saya minum, saya dapat rasa tak jus ni?”
“Cuba
sajalah. Saya ada tengok filem Casper, hantu dalam filem itu bukan setakat buat
kacau, mereka pun makan dan minum.”
“Betul
ke cerita awak ni?”
“Cubalah
minum.”
Baru
April hendak mencapai gelas jus tersebut, KJ sudah menariknya semula.
“Hantu
tak hauskan?”
April
menyeringai. Dia makan pula KJ ni!
KJ
mengikut alamat yang diberikan oleh April. Dia mula menjejaki tempat tinggal
Nikkie. Nikkie duduk di apartmen yang cukup mewah.
“Saya
juga pernah tinggal di sini.” Bisik April di telinga KJ.
Mereka
sudah berada di dalam lif.
“Awak
duduk serumah dengan Nikkie?”
April
angguk.
“Bukan
percuma. Saya bayar sewa sekali.”
“Oh..”
Gelagat
KJ diperhatikan oleh pasangan tua yang turut berada di dalam lif tersebut. Si
suami sudah menjeling si isteri. Agaknya orang muda ini ada masalah mental
sebab bercakap sendirian.
Pasangan
tua itu menggelengkan kepala. Muda-muda lagi sudah tidak betul. Pasangan itu keluar di tingkat 10.
April
ketawa geli hati. Dia sengaja main bisik-bisik dengan KJ untuk mengenakan
lelaki itu. KJ sahaja yang tidak tahu.
KJ
melangkah keluar sebaik pintu lif terbuka di tingkah 12 itu. KJ mula
mencari-cari nombor bilik apartmen Nikkie.
“1202.”
Nombor yang tertera di pintu kayu itu. KJ memandang April
“Betul.
Ini bilik apartmen Nikkie.”
“Jadi…apa
langkah seterusnya?”
April
usap dagu.
“Kita
ceroboh masuk.” Usul April
“Saya
bukan pencuri nak masuk rumah orang.” rengus KJ. “Awaklah yang masuk sebab awak
boleh tembus pintu ni. Saya tak boleh sebab saya manusia.”
“Betul
juga.”
jahatlah nikki nieyy
ReplyDeleteagak2 nnti april plih sape ye
KJ ke Jerry
Agak2...jawapannya tungguuuuu...:)
Deleteaprilbt kptsn elok elok. heheheh.
ReplyDeleteBetul tu...akak pilih KJ hehehehe
Deletesy pun msti akn pilih KJ. sb nmpk gaya cm Jerry tu curang aje satgy. hehehe.
DeleteSemakin menarikkkkkk..... Waaa cepat2 jdkan mini novel....suka sgt
ReplyDeletehehehehe...
Deletebest sgat... lain dari yg lain...
ReplyDeletexsbar nk tngu smbgnnya..
truskan usaha akak....
Tq Hanna sebab sukakan Midnight ^^
Deletealahai , sweet pulak KJ denga April.. Okey Pa'ah komen lagi. Harap kak Ilya tak jemu tengok komen saya ni .
ReplyDeleteAkak tak jemulah dear...^^
Deletewaaa bez huhu baru tahu april tu hantu ea ?
ReplyDelete^^ hantu cantik
DeleteCinta jerry mcm setia ujung nyawa versi heroin koma menarikkk sya suka
ReplyDelete>>huda93<<
kak yaaa..nak lagi...nak april sedar cepat2 dapat jumpa KJ nak nikki n jerry together2..hihihihi..
ReplyDeleteHantu pun blh jd org gaji...sweet laaa...heee
ReplyDeleteSetia sungguh jerry nie,sanggup tunggu April.bila April nak sedar nie..
ReplyDelete-NS-
Nikkie jahat...KJ merajuk..sweet sgt..hahahaa..wahh,hantu pn pndai kemas umh yer..
ReplyDelete-hasliya yaya-
jahatnya Nikkie tu... >.<
ReplyDeletehope April akan bersama dgn KJ nanti, taknaklah april dgn jerry...
apa2 pun citer ni semakin menarik...
~Rabiatul Adawiyah~~