Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, February 15, 2013

Midnight - Part 5




22 tahun Tuan Lincoln menyimpan rahsia tentang status sebenar April. Satu tempoh yang sungguh lama. Jerry tidak menduga sama sekali yang April adalah anak kandung Tuan Lincoln. Sayang Tuan Lincoln tidka berlaku adil pada April dan ibunya.

Jerry mengusap-usap rambut April. Doktor kata April tidak lagi berada di tahap kritikal. Namun April masih di awasi oleh jururawat yang bertugas. Jerry mencapai jemari halus April lalu dikucup lembut. Tingkah-lakunya diperhatikan oleh Nikkie dengan penuh kebencian. Dia tahu Jerry sukar untuk melepaskan April.

Nikkie cuba memaniskan mukanya. Dia tidak mahu Jerry mengesyaki apa-apa terhadap dia. Nikkie memulas tombol pintu wad terbabit. Dia melangkah masuk.

“Jerry…”
Jerry menoleh.
“Nikkie.” Bibirnya mengulum senyuman.
“Puas saya cari awak di pejabat awak tadi.” Nikkie mengeluh.
“Awak ke pejabat saya?”

Nikkie angguk laju.
“Jerry….saya penat tengok awak begitu tau. Saya ambil berat pasal awak. Saya sayangkan awak dan sayang kan April.”

Perasaan suka pada Jerry masih ada di hati Nikkie. Nikkie seperti merelakan hubungan Jerry bersama April namun hatinya masih tidak boleh melupakan Jerry. Cintanya buat Jerry semakin utuh.

Nikkie menyesal kerana melepaskan Jerry pada April dulu. Dia nekad untuk mendapatkan jerry semula walau dia terpaksa menamatkan nyawa April. benar kata orang. Cinta itu boleh buat manusia jadi buta, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Hati saya sakit tengok awak begini. Awak sudah tidak macam Jerry yang kenali dulu?”

Kepala Jerry terduduk. jerry tahu dia mengabaikan diri sendiri. Hidupnya agak tidak terurus. Lihat saja pada rambut-rambut kecil yang sudah tumbuh meliar di bawah dagunya itu.

April…tahukah kau, aku sedang merindui mu? Bilakah mata cantikmu akan terbuka melihat aku kembali?

Jerry masih tidak mahu melepaskan jemari halus April.

“Jerry….” Nikkie memanggil lembut. Dipeluknya bahu Jerry.
“Saya..” Jerry tidak mampu untuk meneruskan bicaranya. Dia tidak menduga Nikkie masih
berharap pada cintanya.

“Lepaskan April.”
“Saya tak boleh lepaskan April.”
“Bagaimana jika April tidak sedar untuk selamanya.”
“Saya setia menunggu.”
“Jangan jadi bodoh!”

Jawapan Jerry membuatkan hati Nikkie bertambah sakit.

“Tiada guna kesetiaan untuk April yang umpama seperti mayat hidup ini.” Gerutu Nikkie.
“Jangan serabutkan fikiran saya lagi.”
“Fikirkan tentang mereka di sekeliling awak. Jangan ikutkan perasaan cinta yang terlalu ekstrem itu.”

Jerry membisu. Kerap Nikkie berkata sedemikian dengannya.

“Awak masih mengharapkan balasan cinta dari saya?” Soal Jerry.
Nikkie terkedu seketika.

“Saya memang cintakan awak!” Akui Nikkie berani. Sampai bila dia mahu makan hati. Sampai bila dia mahu melihat April yang memperolehi kebahgian bersama April.

“Nikkie…”
“Bagi saya peluang…” Pintas Nikkie.
Pergolakkan cinta tiga segi.

“April tak cintakan awak sepenuhnya…” Sambung Nikkie.

Ya, Jerry tahu. Dia boleh lihat dari pandangan mata April. April masih cuba untuk mencintainya.

Pandangan mata Jery dialihkan kepada April. April masih dalam keadaan yang sama sebulan ini. Tiada perubahan atau tindak balas dari April.

Tidak! Dia tidak boleh meninggalkan April sendirian tanpa peneman. Dia sudah berjanji untuk melindungi April. April telah bergadai nyawa untuk dia. Jika April tidak cintakan dia, April tidak akan sanggup berbuat sedemikian rupa.Mungkin cinta telah tumbuh di hati April untuknya.

“Maaf Nikkie…”
Jawapan yang cukup buat Nikkie kecewa. Air mata Nikkie mengalir deras. Dia meluru keluar dengan tangisan.

“Aprill…saya lukai hati Nikkie lagi.”
Jerry keluh kesah.


KJ buat muka. Dia malas mahu melayan April. Dia masih marahkan April. April yang menimbulkan masalah.

April sudah susun sepuluh jari pun KJ masih bermasam muka. Kuat rajuk juga KJ ini.

“KJ!” April buat mulut muncungnya.
KJ tak mahu melayan April. Dia tidak bekerja di kafe hari ini. Masanya sengaja dihabiskan untuk menulis lirik lagu. Fon kepala sudah dilekapkan pada kedua-kedua telinganya.

April duduk bersimpul kaki di depan KJ. KJ masih buat tidak peduli. Sepatutnya KJ sudah menghendap di rumah Nikkie. Rancangan tidak berjalan dengan lancarlah.

April….ada suara suara berbisik di gegendang telinga. Suara lelaki menyeru namanya. April bingkas bangun. Dia kenal dengan suara itu. itu suara Jerry.

April menarik fon kepala KJ.
“Kalau awak tak mahu tolong saya tak apa tapi saya akan buat kacau di seluruh apartmen ini.” Ugut April.
Hantu pun pandai main ugut-ugut juga.
“Buatlah apa yang awak suka.”
“KJ! Jangan bagi saya marah.” April menarik kedua-dua belah pipi KJ.
“Sakitlah.” KJ menepis.
“Tolong KJ.” April merayu. Dia buat mata bersinar-sinar. Mukanya sayu habis. Dia mahukan simpati dari KJ. Harap lakonannya berjaya.

KJ pandang muka April lama. Bukan main manjanya April ini. 

“Tolong KJ….Tolonglah…” April merayu dengan penuh perasaan. Keras juga hati KJ ni. Apa boleh buat, hanya KJ harapan yang ada untuk membantunya.

“Boleh…dengan syarat awak kemas rumah saya ini sampai bersih. Saya mahu berkilat dan tiada sebarang habuk.”

Tertelan air liur April. KJ bagi syarat pula.

“Baiklah Tuan KJ.” April menurut perintah.

KJ senyum. Ada juga gunanya hantu ni.


April menjalankan operasi membersihkan bilik apartmen KJ. Hantu pun kena suruh buat
kerja. KJ buat dia macam orang gaji saja.

April hela nafas panjang melihat kilauan-kilauan cahaya di bilik apartmen KJ. Fuhhh! Akhirnya siap juga. Tangannya mengesat dahi jika ada peluh yang menitis. Lupa…dia hantu mana ada peluh.

KJ memeriksa hasil kerja dari April. April memang jenis gadis yang berdikari. KJ lihat April bekerja tadi pun dia sudah tahu. Bagus juga simpan hantu cantik ni. 


“Nak minum?” KJ hulurkan jus kepada April.

“Kalau saya minum, saya dapat rasa tak jus ni?”
“Cuba sajalah. Saya ada tengok filem Casper, hantu dalam filem itu bukan setakat buat kacau, mereka pun makan dan minum.”
“Betul ke cerita awak ni?”
“Cubalah minum.”

Baru April hendak mencapai gelas jus tersebut, KJ sudah menariknya semula.
“Hantu tak hauskan?”
April menyeringai. Dia makan pula KJ ni!


KJ mengikut alamat yang diberikan oleh April. Dia mula menjejaki tempat tinggal Nikkie. Nikkie duduk di apartmen yang cukup mewah.


“Saya juga pernah tinggal di sini.” Bisik April di telinga KJ.
Mereka sudah berada di dalam lif. 

“Awak duduk serumah dengan Nikkie?”
April angguk.
“Bukan percuma. Saya bayar sewa sekali.”
“Oh..”

Gelagat KJ diperhatikan oleh pasangan tua yang turut berada di dalam lif tersebut. Si suami sudah menjeling si isteri. Agaknya orang muda ini ada masalah mental sebab bercakap sendirian.

Pasangan tua itu menggelengkan kepala. Muda-muda lagi sudah tidak betul. Pasangan itu keluar di tingkat 10.

April ketawa geli hati. Dia sengaja main bisik-bisik dengan KJ untuk mengenakan lelaki itu. KJ sahaja yang tidak tahu.



KJ melangkah keluar sebaik pintu lif terbuka di tingkah 12 itu. KJ mula mencari-cari nombor bilik apartmen Nikkie.

“1202.” Nombor yang tertera di pintu kayu itu. KJ memandang April
“Betul. Ini bilik apartmen Nikkie.”
“Jadi…apa langkah seterusnya?”
April usap dagu.


“Kita ceroboh masuk.” Usul April
“Saya bukan pencuri nak masuk rumah orang.” rengus KJ. “Awaklah yang masuk sebab awak boleh tembus pintu ni. Saya tak boleh sebab saya manusia.”
“Betul juga.”


19 comments:

  1. jahatlah nikki nieyy
    agak2 nnti april plih sape ye
    KJ ke Jerry

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Betul tu...akak pilih KJ hehehehe

      Delete
    2. sy pun msti akn pilih KJ. sb nmpk gaya cm Jerry tu curang aje satgy. hehehe.

      Delete
  3. Semakin menarikkkkkk..... Waaa cepat2 jdkan mini novel....suka sgt

    ReplyDelete
  4. best sgat... lain dari yg lain...
    xsbar nk tngu smbgnnya..
    truskan usaha akak....

    ReplyDelete
  5. alahai , sweet pulak KJ denga April.. Okey Pa'ah komen lagi. Harap kak Ilya tak jemu tengok komen saya ni .

    ReplyDelete
  6. waaa bez huhu baru tahu april tu hantu ea ?

    ReplyDelete
  7. Cinta jerry mcm setia ujung nyawa versi heroin koma menarikkk sya suka
    >>huda93<<

    ReplyDelete
  8. kak yaaa..nak lagi...nak april sedar cepat2 dapat jumpa KJ nak nikki n jerry together2..hihihihi..

    ReplyDelete
  9. Hantu pun blh jd org gaji...sweet laaa...heee

    ReplyDelete
  10. Setia sungguh jerry nie,sanggup tunggu April.bila April nak sedar nie..
    -NS-

    ReplyDelete
  11. Nikkie jahat...KJ merajuk..sweet sgt..hahahaa..wahh,hantu pn pndai kemas umh yer..
    -hasliya yaya-

    ReplyDelete
  12. jahatnya Nikkie tu... >.<
    hope April akan bersama dgn KJ nanti, taknaklah april dgn jerry...
    apa2 pun citer ni semakin menarik...
    ~Rabiatul Adawiyah~~

    ReplyDelete