Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Saturday, February 16, 2013

Midnight - Part 6




APRIL menyusup masuk ke bilik apartmen Nikkie. Tiada yang berubah keadaan di bilik apartmen itu. Semuanya masih tersusun kemas. April memandang gambar yang tergantung di dinding bilik apartmen itu. Gambar dia bersama Jerry dan Nikkie. April tersenyum sendiri.

April menembusi bilik tidur Nikkie. Sunyi. Nampaknya Nikkie tiada di bilik apartmennya. Mata April tertacap pada sebuah diari yang terbuka di atas meja tulis Nikkie. April menyelak muka surat diari Nikkie satu persatu.

Aku tak sanggup membiarkan April memiliki Jerry sebab aku cintakan Jerry. Aku menyesal memperkenalkan Jerry kepada April. Kenapa Jerry mesti tolak aku dan memilih April. Aku tidak berpuas hati! Aku terpakasa berlakon menjadi seorang teman yang baik. Teman yang berkorban hati dan perasaan sedangkan aku terluka dan tidak rela semua ini terjadi.

April selak lagi.

Hati aku sakit melihat kemesraan April bersama Jerry. Sepatutnya aku berada di sisi Jerry dan bukannya April April patut mati. Aku mahu April mati agar aku bersama Jerry!

Selama ini Nikkie menipu. Nikkie hanya bermuka-muka di hadapannya. Helaian seterusnya diselak lagi.

Aku amat suka mendengar berita April kemalangan….

April tidak sanggup meneruskan pembacaannya lagi. Dia mati kerana kemalangan. Adakah Nikkie punca dia menerima kemalangan itu? Adakah Nikkie yang membunuhnya? Di mana tubuhnya? Kenapa dia tidak tahu di mana tubuhnya berada? Mungkin Nikkie yang menyorokkan tubuhnya? Tubuhnya perlu di cari.

Kesian pada ayah kerana kehilangan kedua-dua anak gadisnya sekali. Ayah mesti bersedih. Ingatan April menerjah pada ayahnya. Pertengkaran dengan ayah dan dia melarikan diri dari rumah untuk hidup berdikari.

“Ayah tidak pernah adil pada ibu dan April.”
“April…”
“Ayah lebih sayangkan Pearl dari April. Ayah tak pernah ingin ambil tahu tentang April. Apa April buat? Apa April suka? Apa April tak suka? Semua ayah tak tahu tentang April.” April sudah lama bersabar dengan kerenah ibu tiri dan Pearl.
“April…Pearl ada sakit.”
“Oh. Ayah abaikan April sebab Pearl sakit. Masa ibu sakit pun ayah tidak ambil kisah.” April sudah biasa meninggikan suara pada ayahnya.
“Ayah akui ayah banyak abaikan April dan ibu April.”
“Sampai ibu tiada pun ayah masih buat April begini. April sudah merajuk.
“April…”
“April kecewa dengan ayah!”

April tersentak dari lamunan silam. Ayah…April teringin mahu jumpa ayah untuk kali terakhir sebelum roh April hilang.

Apa yang dibuat oleh April di dalam. Bukan main lamanya. KJ mengerling jam di tangan. Jarum pendek sudah tepat menunjukkan pukul 2.00 pagi. Dia takut terserempak dengan Nikkie sahaja. KJ sudah mundar-mandir di luar pintu bilik apartmen itu. Dia rasa mahu cabut lari. Dia tidak perlu risaukan tentang April. April hantu dan bukannya ada yang nampak dia.

“KJ…”
April sudah berada di sebelah.
KJ menarik nafas. Hantu ni memang suka mengejutkan dia.
“Kenapa lambat?”
April membisu. Wajah April sayu. Bukan sayu yang dibuat-buat.
“Marilah kita beredar.”
“Emm…”
 KJ tidak terus pulang ke bilik apartmen buruknya. April pinta temankan dia di taman berdekatan. Taman yang KJ nyanyikan lagu buat April.

“KJ…awak comellah.”
“Lelaki mana ada comel.”
“Muka awak macam muka lelaki korea itu yang nampak comelnya. Tengok pipi awak dah merah.”
Hantu pun pandai usik-usik dan puji-puji.

“KJ…” April sandarkan kepala pada bahu KJ.
“Ya.”
“Awak seorang yang baik. Beruntung Pearl sebab memiliki cinta awak kan?”
Pearl? Sejak kehadiran hantu April ini KJ sudah lupa Pearl di dalam ingatannya. KJ pula jadi sayu. Kenapa Pearl tidak jadi hantu seperti April?
“Jangan buka cerita sedih.”
“Kalau saya hidup, awak mahu jadikan saya kekasih awak tak?”
KJ kerut dahi. April mengarut pula.
“Awak ada dapat apa-apa maklumat di apartmen Nikkie.”
“Saya rasa dikhianti. Saya mati kerana kemalangan. Mungkin Nikkie yang bunuh saya dan sorok mayat saya.”
“Ada bukti?”
April geleng. April buat andaian sendiri.

“KJ…”
“Ya…”
“Di mana ibu dan ayah awak?”

KJ tunjuk ke langit.
“Maaf…”
“Tidak mengapa.”
“Ibu awak orang Korea kan?”
KJ angguk.
“Tempat kelahiran awak?”
“Korea.”
“Awak tidak teringin mahu pulang ke korea?”
“Belum masanya lagi.”

KJ ada impian yang belum terlaksana.

“KJ…nyanyi lagu untuk saya lagi.”
April macam bersedih.
“Mungkin lagu ciptaan saya ini sesuai untuk awak. Awak orang pertama yang mendengarnya.”
“Terima kasih KJ.” Air mata April mengalir.


APRIL hanya muncul di waktu malam dan hilang di waktu pagi. Malam itu KJ terasa April tidur bersandar di sebelahnya. Kepala April di atas bahunya. KJ sendiri tidak sedar yang dia turut tertidur di atas kerusi panjang itu.

Alamak! Dia perlu pergi kerja. Glen dan Lydia pasti akan menyoal siasatnya. Satu-persatu masalah timbul. KJ berlari pulang ke apartmennya.


GLEN dan Lydia pandang KJ semacam. KJ malas mahu melayan kedua teman sekerjanya itu. Dia sudah cukup penat dan masih rasa mengantuk. Tidurnya sering tidak cukup gara-gara hantu April itu.


KJ menguap kecil. Sebaik dapat rehat nanti dia mahu tidur sebentar. Dia perlu memulihkan sedikit tenaganya. Keadaan dia agak teruk. Rambutnya juga tidak disikat mengikut stailseperti biasa. Serabai dan berselerak. Muka pula memang muka tidak cukup tidur.

“Balik awal.” Micheal merapati.
KJ tersenyum tawar.
“Tak perlulah.”
“Boleh bertahan ke?” Soal Micheal.
KJ angguk perlahan.
“Saya okay.”
“Basuh muka awak dulu.”

KJ menuju ke bilik air. Air yang ditadah ke dalam telapak tangannya itu diraupkan pada wajahnya. Kemudian dia mengelap dengan tuala bersih.

“KJ…kau kena semangat sikit!” 

Seorang pelanggan lelaki pertengahan umur 60-an duduk menghirup kopi. Matanya tidak menatap akhbar di tangan sebaliknya melirik ke arah KJ. KJ tidak perasan dirinya diperhatikan. Wanita anggun yang duduk berhadapan dengan lelaki itu memandang ke luar jendela kafe tersebut.

“Dia bukan jenis yang boleh dipaksa.” Tuturnya lembut.
“Kalau tidak dipaksa dia tidak akan pulang.” Rengus lelaki tua itu.
“Terpulang pada tuan.”
“Budak mentah itu macam ibunya juga. Apalah impian yang dikejarkan sangat?”
“Dia ada seni. Darah seni dari mendiang ayahnya.”
“Paksa dia pulang!”
“Baiklah.”

11 comments:

  1. hehehe. comel aje KJ ngan April nie. hehehe.

    ReplyDelete
  2. ok dahh kak ilya...pendekk punn...dpt baca scene kj dgn april punn dahhh sweet sgt...

    ReplyDelete
  3. kesiaan april dkhianati oleh kwan sndri...
    walaupun pndek dapat gak bca ksah april dgn kj... best sgt.. hehe
    good luck akak...

    ReplyDelete
  4. sedih...tapi sape pulak laki tua..dah jadi complicated ni...tapi nak kj ngan april jugak..hihihi

    ReplyDelete
  5. Best..xsabar nk baca bab seterusnya..kesian kat April..knapa la jahat sgt si Nikkie nie.. Part yg paling saya suka part April puji n usik2 si Kj.. Lawak ar, antu pun leh puji ckap manusia comel.. Hehehe..

    ReplyDelete
  6. Best......sweet la april & kj nie....xsabar nk tunggu entry seterusnya...

    ReplyDelete
  7. Amboi,,manjanya hantu nie..haha,,best la kalau ada hantu cantik n baik...kak ilya siapa erk orang tua tu?x sabar nak tunggu entry yang seterusnya...nazhatul shima...

    ReplyDelete
  8. hantu pn pandai puji2 ek..hahhhaaa..best sgt2..xsabar nk baca part seterus nya..

    -haslina yaya-

    ReplyDelete
  9. sweetlah diorang niyy
    ksian april trase dikhianati oleh kwan baik sndiri
    sape llaki tu
    mcam mane die boleh tau pasal april

    ReplyDelete
  10. sweetlah april dgn kj... <3 <3
    siapa lelaki tu??
    tak sabar nk tggu entry seterusnya... >_<

    ReplyDelete