APRIL
menyusup masuk ke bilik apartmen Nikkie. Tiada yang berubah keadaan di bilik
apartmen itu. Semuanya masih tersusun kemas. April memandang gambar yang
tergantung di dinding bilik apartmen itu. Gambar dia bersama Jerry dan Nikkie.
April tersenyum sendiri.
April
menembusi bilik tidur Nikkie. Sunyi. Nampaknya Nikkie tiada di bilik apartmennya.
Mata April tertacap pada sebuah diari yang terbuka di atas meja tulis Nikkie.
April menyelak muka surat diari Nikkie satu persatu.
Aku tak sanggup
membiarkan April memiliki Jerry sebab aku cintakan Jerry. Aku menyesal
memperkenalkan Jerry kepada April. Kenapa Jerry mesti tolak aku dan memilih
April. Aku tidak berpuas hati! Aku terpakasa berlakon menjadi seorang teman
yang baik. Teman yang berkorban hati dan perasaan sedangkan aku terluka dan
tidak rela semua ini terjadi.
April
selak lagi.
Hati aku sakit melihat
kemesraan April bersama Jerry. Sepatutnya aku berada di sisi Jerry dan bukannya
April April patut mati. Aku mahu April mati agar aku bersama Jerry!
Selama
ini Nikkie menipu. Nikkie hanya bermuka-muka di hadapannya. Helaian seterusnya
diselak lagi.
Aku amat suka mendengar
berita April kemalangan….
April
tidak sanggup meneruskan pembacaannya lagi. Dia mati kerana kemalangan. Adakah
Nikkie punca dia menerima kemalangan itu? Adakah Nikkie yang membunuhnya? Di
mana tubuhnya? Kenapa dia tidak tahu di mana tubuhnya berada? Mungkin Nikkie
yang menyorokkan tubuhnya? Tubuhnya perlu di cari.
Kesian
pada ayah kerana kehilangan kedua-dua anak gadisnya sekali. Ayah mesti
bersedih. Ingatan April menerjah pada ayahnya. Pertengkaran dengan ayah dan dia
melarikan diri dari rumah untuk hidup berdikari.
“Ayah
tidak pernah adil pada ibu dan April.”
“April…”
“Ayah
lebih sayangkan Pearl dari April. Ayah tak pernah ingin ambil tahu tentang
April. Apa April buat? Apa April suka? Apa April tak suka? Semua ayah tak tahu
tentang April.” April sudah lama bersabar dengan kerenah ibu tiri dan Pearl.
“April…Pearl
ada sakit.”
“Oh.
Ayah abaikan April sebab Pearl sakit. Masa ibu sakit pun ayah tidak ambil
kisah.” April sudah biasa meninggikan suara pada ayahnya.
“Ayah
akui ayah banyak abaikan April dan ibu April.”
“Sampai
ibu tiada pun ayah masih buat April begini. April sudah merajuk.
“April…”
“April
kecewa dengan ayah!”
April
tersentak dari lamunan silam. Ayah…April teringin mahu jumpa ayah untuk kali
terakhir sebelum roh April hilang.
Apa
yang dibuat oleh April di dalam. Bukan main lamanya. KJ mengerling jam di
tangan. Jarum pendek sudah tepat menunjukkan pukul 2.00 pagi. Dia takut
terserempak dengan Nikkie sahaja. KJ sudah mundar-mandir di luar pintu bilik apartmen
itu. Dia rasa mahu cabut lari. Dia tidak perlu risaukan tentang April. April
hantu dan bukannya ada yang nampak dia.
“KJ…”
April
sudah berada di sebelah.
KJ
menarik nafas. Hantu ni memang suka mengejutkan dia.
“Kenapa
lambat?”
April
membisu. Wajah April sayu. Bukan sayu yang dibuat-buat.
“Marilah
kita beredar.”
“Emm…”
KJ tidak terus pulang ke bilik apartmen
buruknya. April pinta temankan dia di taman berdekatan. Taman yang KJ nyanyikan
lagu buat April.
“KJ…awak
comellah.”
“Lelaki
mana ada comel.”
“Muka
awak macam muka lelaki korea itu yang nampak comelnya. Tengok pipi awak dah
merah.”
Hantu
pun pandai usik-usik dan puji-puji.
“KJ…”
April sandarkan kepala pada bahu KJ.
“Ya.”
“Awak
seorang yang baik. Beruntung Pearl sebab memiliki cinta awak kan?”
Pearl?
Sejak kehadiran hantu April ini KJ sudah lupa Pearl di dalam ingatannya. KJ
pula jadi sayu. Kenapa Pearl tidak jadi hantu seperti April?
“Jangan
buka cerita sedih.”
“Kalau
saya hidup, awak mahu jadikan saya kekasih awak tak?”
KJ
kerut dahi. April mengarut pula.
“Awak
ada dapat apa-apa maklumat di apartmen Nikkie.”
“Saya
rasa dikhianti. Saya mati kerana kemalangan. Mungkin Nikkie yang bunuh saya dan
sorok mayat saya.”
“Ada
bukti?”
April
geleng. April buat andaian sendiri.
“KJ…”
“Ya…”
“Di
mana ibu dan ayah awak?”
KJ
tunjuk ke langit.
“Maaf…”
“Tidak
mengapa.”
“Ibu
awak orang Korea kan?”
KJ
angguk.
“Tempat
kelahiran awak?”
“Korea.”
“Awak
tidak teringin mahu pulang ke korea?”
“Belum
masanya lagi.”
KJ
ada impian yang belum terlaksana.
“KJ…nyanyi
lagu untuk saya lagi.”
April
macam bersedih.
“Mungkin
lagu ciptaan saya ini sesuai untuk awak. Awak orang pertama yang mendengarnya.”
“Terima
kasih KJ.” Air mata April mengalir.
APRIL
hanya muncul di waktu malam dan hilang di waktu pagi. Malam itu KJ terasa April
tidur bersandar di sebelahnya. Kepala April di atas bahunya. KJ sendiri tidak
sedar yang dia turut tertidur di atas kerusi panjang itu.
Alamak!
Dia perlu pergi kerja. Glen dan Lydia pasti akan menyoal siasatnya.
Satu-persatu masalah timbul. KJ berlari pulang ke apartmennya.
GLEN
dan Lydia pandang KJ semacam. KJ malas mahu melayan kedua teman sekerjanya itu.
Dia sudah cukup penat dan masih rasa mengantuk. Tidurnya sering tidak cukup
gara-gara hantu April itu.
KJ
menguap kecil. Sebaik dapat rehat nanti dia mahu tidur sebentar. Dia perlu
memulihkan sedikit tenaganya. Keadaan dia agak teruk. Rambutnya juga tidak
disikat mengikut stailseperti biasa. Serabai dan berselerak. Muka pula memang muka
tidak cukup tidur.
“Balik
awal.” Micheal merapati.
KJ
tersenyum tawar.
“Tak
perlulah.”
“Boleh
bertahan ke?” Soal Micheal.
KJ
angguk perlahan.
“Saya
okay.”
“Basuh
muka awak dulu.”
KJ
menuju ke bilik air. Air yang ditadah ke dalam telapak tangannya itu diraupkan
pada wajahnya. Kemudian
dia mengelap dengan tuala bersih.
“KJ…kau
kena semangat sikit!”
Seorang
pelanggan lelaki pertengahan umur 60-an duduk menghirup kopi. Matanya tidak
menatap akhbar di tangan sebaliknya melirik ke arah KJ. KJ tidak perasan
dirinya diperhatikan. Wanita anggun yang duduk berhadapan dengan lelaki itu
memandang ke luar jendela kafe tersebut.
“Dia
bukan jenis yang boleh dipaksa.” Tuturnya lembut.
“Kalau
tidak dipaksa dia tidak akan pulang.” Rengus lelaki tua itu.
“Terpulang
pada tuan.”
“Budak
mentah itu macam ibunya juga. Apalah impian yang dikejarkan sangat?”
“Dia
ada seni. Darah seni dari mendiang ayahnya.”
“Paksa
dia pulang!”
“Baiklah.”
hehehe. comel aje KJ ngan April nie. hehehe.
ReplyDeleteok dahh kak ilya...pendekk punn...dpt baca scene kj dgn april punn dahhh sweet sgt...
ReplyDeletehope diorg dapat bersame :)
ReplyDeletekesiaan april dkhianati oleh kwan sndri...
ReplyDeletewalaupun pndek dapat gak bca ksah april dgn kj... best sgt.. hehe
good luck akak...
sedih...tapi sape pulak laki tua..dah jadi complicated ni...tapi nak kj ngan april jugak..hihihi
ReplyDeleteBest..xsabar nk baca bab seterusnya..kesian kat April..knapa la jahat sgt si Nikkie nie.. Part yg paling saya suka part April puji n usik2 si Kj.. Lawak ar, antu pun leh puji ckap manusia comel.. Hehehe..
ReplyDeleteBest......sweet la april & kj nie....xsabar nk tunggu entry seterusnya...
ReplyDeleteAmboi,,manjanya hantu nie..haha,,best la kalau ada hantu cantik n baik...kak ilya siapa erk orang tua tu?x sabar nak tunggu entry yang seterusnya...nazhatul shima...
ReplyDeletehantu pn pandai puji2 ek..hahhhaaa..best sgt2..xsabar nk baca part seterus nya..
ReplyDelete-haslina yaya-
sweetlah diorang niyy
ReplyDeleteksian april trase dikhianati oleh kwan baik sndiri
sape llaki tu
mcam mane die boleh tau pasal april
sweetlah april dgn kj... <3 <3
ReplyDeletesiapa lelaki tu??
tak sabar nk tggu entry seterusnya... >_<