Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Sunday, February 10, 2013

Midnight - Part I



*Assalamualaikum...^^
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog tak seberapa ini. E-novel yang dihidangkan pun simple2 je. Kisah Midnight kisah romantik misteri sikit. Ada terkurang mohon dimaafkan. InsyaAllah mahu cetak e-novel dengan print-out sendiri jika ada yang berkenan...tapi print biasa je tak macam print novel tu ^^

Selamat membaca!!!


"PEARL!!!" KJ terus mendakap tubuh Pearl yang sudah tidak bernyawa itu.

"KJ...saya cintakan awak...."
"KJ...saya mahu menjadi seorang pereka kasut yang terkenal."
"KJ...terima kasih kerana melamar saya. Saya ingin hidup bersama awak untuk selamanya..."

Wajah sayu Pearl menerjah ke kotak fikiran KJ. Itu kali terakhir dia melihat wajah Pearl sebelum dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu.

"Kenapa awak tinggalkan saya, Pearl? Kenapa?"

Jika dia tidak meninggalkan Pearl sendirian Pearl tidak akan terbaring kaku begini. Dia terlalu mengikut amarah tanpa memikirkan keadaan Pearl yang sakit. KJ meraung...


UCAPAN selamat tinggal buat kekasihku - Pearl

Sekuntum bunga ros putih diletakkan pada keranda itu. KJ mengaturkan langkahnya. Hidup perlu diteruskan. Namun semangatnya sudah melayang entah ke mana. Sungguh dia menyalahkan dirinya atas kematian pearl.

"Kau lelaki tak berguna!" Mama Pearl merentap leher kot yang dipakai oleh KJ.
"Maafkan saya..." KJ menunduk.
"Aku tak patut benarkan Pearl berkawan dengan kau"
KJ membisu. Ya...Pearl sepatutnya tidak mendekati lelaki tidak berguna dan panas baran sepertinya. Pearl sudah banyak bersusah kerananya.
"Maafkan saya..." Ucapan maaf itu sahaja yang terungkap di bibir KJ.

Namun bukan mudah untuk keluarga Pearl memaafkan dirinya.

Beberapa bulan kemudian...

"KJ! ada seorang gadis cari kau." Lelaki berambut panjang separas bahu itu melaung namanya.

KJ yang sibuk mengelap meja itu mengangkat wajahnya. Ada seorang gadis mencari dia? Siapa agaknya? Dia tidak berkenalan mana-mana gadis selepas pemergian Pearl. Apron pada tubuhnya ditanggalkan. KJ mengaturkan langkah menuju ke ruang utama kafe itu.

Seorang gadis berambut panjang melepasi bahu membelakanginya.

"Er...Cik cari saya?" KJ menegur

Gadis itu berpaling. Terbit senyuman manis di bibirnya.

"Awak Kyle Joon?" Soalnya.

KJ anggukkan kepala. Bagaimana gadis itu mengetahui nama penuhnya. Dia memang tidak mengenali gadis manis di hadapan matanya itu.

Gadis itu merapatinya. Dia renung KJ atas dan bawah. Boleh tahan hensem mamat di hadapannya itu.

"Hi! Saya April adik Pearl. Saya baharu lari dari rumah."

Adik Pearl? KJ terlopong. Dia tidak tahu Pearl mempunyai seorang adik.

"Lupa pula...adik yang lain ibu dan lain bapa." Sambung April lagi.

KJ  keliru seketika? Betulkah apa yang gadis bernama April katakan? Mengapa Pearl tidak pernah bercerita tentang April kepadanya selama ini?  Entah-entah gadis itu berbohong? Siapa tahu?

"Saya ada banyak kerja. Awak bukan ada kena-mengena dengan saya." KJ berlalu.

April ketap bibir.

KJ memicit-micit leher. Waktu bekerja sudah tamat.  Dia mahu pulang dan berehat. Hari sudah larut malam. KJ mencapai topi keledarnya. Saat itu matanya terpaku pada tubuh yang sedang duduk di atas motosikal besarnya itu. Gadis tadi!!!! Dia mengetap bibir. Sangkaannya gadis itu sudah pulang.

"Kyle..." Gadis melambai tangannya dan menyapa.
"Hi KJ!" April melambaikan tangan pada KJ.
"Saya sudah cakap saya tidak kenal awak." KJ  meninggikan suaranya.

April meleret senyuman.
"Tapi awak kenal Pearl."
"Bangun dari motorsikal saya!" Arahnya.
"Kalau saya tak mahu?" April membantah.

KJ tidak banyak bicara. Dia angkat tubuh April lalu diturunkan dari motorsikalnya. Topi  keledar  itu sudah menutup seluruh wajahnya. Dia menghidupkan motorsikal. Kyle Joon terus memecut laju.

April mengusap dagu. Tangannya disilangkan.

"Kita akan bersua lagi KJ. Malam ini bukan penamat kisah antara kita."

GAMBAR dia bersama Pearl yang terhias di dalam bingkai gambar itu di capai. KJ letakkan gambar itu pada dadanya. Gambar itu yang menemani tidurnya saban malam. Bukan mudah untuk melupakan Pearl dalam ingatan.

KJ memenjamkan matanya rapat. Air matanya mengalir lagi. Dia mengimbas pertengkaran bersama Pearl.

"Tolong faham cita-cita Pearl. Lagipun Pearl ke sini bukan untuk suka-suka, KJ."
"Habis siapa lelaki tadi?"
"Dia hanya teman sekerja saya. Jangan fikir yang bukan-bukan."
"Tapi kenapa perlu jalan berpegangan tangan?"

KJ merenung tajam wajah Pearl.

"KJ..."
"Perempuan semuanya sama!"
KJ...dengar dulu penjelasan dari saya." Pearl menarik lengan KJ.
"Cukup! Hubungan kita setakat ini sahaja!" KJ menarik lengannya dari pegangan Pearl.

Pintu apartmen itu dihempaskan dengan kasar.

Siapa menduga itu adalah hari terakhir KJ melihat Pearl bernafas. Dia menerima kejutan panggilan telefon dari teman Pearl yang pearl telah tiada. Dia sudah sedia maklum dengan penyakit Pearl. Pearl menghidap asma. Selepas KJ meninggalkan Pear waktu itu, Pearl diserang penyakitnya. Teman Pearl menemui Pearl dalam keadaan yang kriktikal.

Mata KJ terpenjam rapat. Dia mengharapkan bayangan wajah Pearl datang menjelma.       

“KJ…” Suara seorang gadis memanggil lembut.
KJ masih memenjamkan matanya.
“KJ…” Suara itu memanggil lagi. Suara itu bukan milik Pearl.
Siapa yang memanggilnya. Adakah suara dalam mimpinya.
KJ terasa tubuhnya digoyangkan. Lantas dia membuka mata.

“Selamat malam KJ.” April mengangkatkan sebelah tangan.
Tubuh April terapung-apung di atasnya. April ada belajar silap matakah?
KJ menggosokkan mata berkali-kali. Benar apa yang dilihatnya. Tubuh April terapung-apung. KJ menjerit lantang.

Arghhhhhh!!!!!

April tutup telinga. Kuat juga jeritan lelaki ini. KJ terus bangun dan masuk ke dalam bilik
tandas. Dia mengunci pintu bilik tandas tersebut. Bagaimana April boleh masuk ke dalam rumahnya.
“KJ…”
April menembusi pintu bilik tandas tersebut sambil bercekak pinggang. Terbeliak biji mata KJ.

 Hantuuuu!!!!

Dia menjerit dan terus jatuh pengsan. April mengeluh. Kenapa KJ jatuh pengsan pula. KJ kata dia hantu. April menggaru kepala sendiri. Dia lihat pintu tandas yang telah dikuncikan itu. Bagaimana dia menembusinya? April cuba sentuh muka pintu tersebut dengan jari. Jarinya menembusi muka pintu itu. April menekup mulut.

Adakah dia sudah mati?

April menjerit sendiri!

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. citer ni mcm citer anime I Loike~ XD
    ~Nur Sabrina Auni~ <3

    ReplyDelete
  3. er... crita ni tntang ape ek...
    utk first part best.. hehe. :)

    ReplyDelete
  4. Best cite ni....KJ ni bley bckp ngn hantu ek.

    ReplyDelete
  5. comelnya nama April dan Pearl hihihi nak baca part 2 pula hihihi

    ReplyDelete