*Assalamualaikum...^^
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog tak seberapa ini. E-novel yang dihidangkan pun simple2 je. Kisah Midnight kisah romantik misteri sikit. Ada terkurang mohon dimaafkan. InsyaAllah mahu cetak e-novel dengan print-out sendiri jika ada yang berkenan...tapi print biasa je tak macam print novel tu ^^
Selamat membaca!!!
"PEARL!!!"
KJ terus mendakap tubuh Pearl yang sudah tidak bernyawa itu.
"KJ...saya
cintakan awak...."
"KJ...saya
mahu menjadi seorang pereka kasut yang terkenal."
"KJ...terima
kasih kerana melamar saya. Saya ingin hidup bersama awak untuk
selamanya..."
Wajah
sayu Pearl menerjah ke kotak fikiran KJ. Itu kali terakhir dia melihat wajah
Pearl sebelum dia melangkah pergi meninggalkan gadis itu.
"Kenapa
awak tinggalkan saya, Pearl? Kenapa?"
Jika
dia tidak meninggalkan Pearl sendirian Pearl tidak akan terbaring kaku begini.
Dia terlalu mengikut amarah tanpa memikirkan keadaan Pearl yang sakit. KJ
meraung...
UCAPAN
selamat tinggal buat kekasihku - Pearl
Sekuntum
bunga ros putih diletakkan pada keranda itu. KJ mengaturkan langkahnya. Hidup
perlu diteruskan. Namun semangatnya sudah melayang entah ke mana. Sungguh dia
menyalahkan dirinya atas kematian pearl.
"Kau
lelaki tak berguna!" Mama Pearl merentap leher kot yang dipakai oleh KJ.
"Maafkan
saya..." KJ menunduk.
"Aku
tak patut benarkan Pearl berkawan dengan kau"
KJ
membisu. Ya...Pearl sepatutnya tidak mendekati lelaki tidak berguna dan panas
baran sepertinya. Pearl sudah banyak bersusah kerananya.
"Maafkan
saya..." Ucapan maaf itu sahaja yang terungkap di bibir KJ.
Namun
bukan mudah untuk keluarga Pearl memaafkan dirinya.
Beberapa
bulan kemudian...
"KJ!
ada seorang gadis cari kau." Lelaki berambut panjang separas bahu itu
melaung namanya.
KJ
yang sibuk mengelap meja itu mengangkat wajahnya. Ada seorang gadis mencari
dia? Siapa agaknya? Dia tidak berkenalan mana-mana gadis selepas pemergian
Pearl. Apron pada tubuhnya ditanggalkan. KJ mengaturkan langkah menuju ke ruang
utama kafe itu.
Seorang
gadis berambut panjang melepasi bahu membelakanginya.
"Er...Cik
cari saya?" KJ menegur
Gadis
itu berpaling. Terbit senyuman manis di bibirnya.
"Awak
Kyle Joon?" Soalnya.
KJ
anggukkan kepala. Bagaimana gadis itu mengetahui nama penuhnya. Dia memang
tidak mengenali gadis manis di hadapan matanya itu.
Gadis
itu merapatinya. Dia renung KJ atas dan bawah. Boleh tahan hensem mamat di
hadapannya itu.
"Hi!
Saya April adik Pearl. Saya baharu lari dari rumah."
Adik
Pearl? KJ terlopong. Dia tidak tahu Pearl mempunyai seorang adik.
"Lupa
pula...adik yang lain ibu dan lain bapa." Sambung April lagi.
KJ
keliru seketika? Betulkah apa yang gadis bernama April katakan? Mengapa Pearl
tidak pernah bercerita tentang April kepadanya selama ini? Entah-entah gadis itu berbohong? Siapa tahu?
"Saya
ada banyak kerja. Awak bukan ada kena-mengena dengan saya." KJ berlalu.
April
ketap bibir.
KJ
memicit-micit leher. Waktu bekerja sudah tamat. Dia mahu pulang dan
berehat. Hari sudah larut malam. KJ mencapai topi keledarnya. Saat itu matanya
terpaku pada tubuh yang sedang duduk di atas motosikal besarnya itu. Gadis
tadi!!!! Dia mengetap bibir. Sangkaannya gadis itu sudah pulang.
"Kyle..."
Gadis melambai tangannya dan menyapa.
"Hi
KJ!" April melambaikan tangan pada KJ.
"Saya
sudah cakap saya tidak kenal awak." KJ meninggikan suaranya.
April
meleret senyuman.
"Tapi
awak kenal Pearl."
"Bangun
dari motorsikal saya!" Arahnya.
"Kalau
saya tak mahu?" April membantah.
KJ
tidak banyak bicara. Dia angkat tubuh April lalu diturunkan dari motorsikalnya.
Topi keledar itu sudah menutup seluruh wajahnya. Dia menghidupkan
motorsikal. Kyle Joon terus memecut laju.
April
mengusap dagu. Tangannya disilangkan.
"Kita
akan bersua lagi KJ. Malam ini bukan penamat kisah antara kita."
GAMBAR
dia bersama Pearl yang terhias di dalam bingkai gambar itu di capai. KJ
letakkan gambar itu pada dadanya. Gambar itu yang menemani tidurnya saban
malam. Bukan mudah untuk melupakan Pearl dalam ingatan.
KJ
memenjamkan matanya rapat. Air matanya mengalir lagi. Dia mengimbas
pertengkaran bersama Pearl.
"Tolong
faham cita-cita Pearl. Lagipun Pearl ke sini bukan untuk suka-suka, KJ."
"Habis
siapa lelaki tadi?"
"Dia
hanya teman sekerja saya. Jangan fikir yang bukan-bukan."
"Tapi
kenapa perlu jalan berpegangan tangan?"
KJ
merenung tajam wajah Pearl.
"KJ..."
"Perempuan
semuanya sama!"
KJ...dengar
dulu penjelasan dari saya." Pearl menarik lengan KJ.
"Cukup!
Hubungan kita setakat ini sahaja!" KJ menarik lengannya dari pegangan
Pearl.
Pintu
apartmen itu dihempaskan dengan kasar.
Siapa
menduga itu adalah hari terakhir KJ melihat Pearl bernafas. Dia menerima
kejutan panggilan telefon dari teman Pearl yang pearl telah tiada. Dia sudah
sedia maklum dengan penyakit Pearl. Pearl menghidap asma. Selepas KJ
meninggalkan Pear waktu itu, Pearl diserang penyakitnya. Teman Pearl menemui
Pearl dalam keadaan yang kriktikal.
Mata
KJ terpenjam rapat. Dia mengharapkan bayangan wajah Pearl datang menjelma.
“KJ…”
Suara seorang gadis memanggil lembut.
KJ
masih memenjamkan matanya.
“KJ…”
Suara itu memanggil lagi. Suara itu bukan milik Pearl.
Siapa
yang memanggilnya. Adakah suara dalam mimpinya.
KJ
terasa tubuhnya digoyangkan. Lantas dia membuka mata.
“Selamat
malam KJ.” April mengangkatkan sebelah tangan.
Tubuh
April terapung-apung di atasnya. April ada belajar silap matakah?
KJ
menggosokkan mata berkali-kali. Benar apa yang dilihatnya. Tubuh April
terapung-apung. KJ menjerit lantang.
Arghhhhhh!!!!!
April
tutup telinga. Kuat juga jeritan lelaki ini. KJ terus bangun dan masuk ke dalam
bilik
tandas.
Dia mengunci pintu bilik tandas tersebut. Bagaimana April boleh masuk ke dalam
rumahnya.
“KJ…”
April
menembusi pintu bilik tandas tersebut sambil bercekak pinggang. Terbeliak biji
mata KJ.
Hantuuuu!!!!
Dia
menjerit dan terus jatuh pengsan. April mengeluh. Kenapa KJ jatuh pengsan pula.
KJ kata dia hantu. April menggaru kepala sendiri. Dia lihat pintu tandas yang
telah dikuncikan itu. Bagaimana dia menembusinya? April cuba sentuh muka pintu
tersebut dengan jari. Jarinya menembusi muka pintu itu. April menekup mulut.
Adakah
dia sudah mati?
April
menjerit sendiri!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteciter ni mcm citer anime I Loike~ XD
ReplyDelete~Nur Sabrina Auni~ <3
er... crita ni tntang ape ek...
ReplyDeleteutk first part best.. hehe. :)
Best cite ni....KJ ni bley bckp ngn hantu ek.
ReplyDeleteDia nampak April...:)
ReplyDeletecomelnya nama April dan Pearl hihihi nak baca part 2 pula hihihi
ReplyDeleteTq dear...
Delete