Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Wednesday, December 8, 2010

Gadis Merah Jambu_Bab 1



 Gadis Merah Jambu...

KETIKA aku berusia 10 tahun, mama membawa aku ke sebuah kedai bunga. Katanya kedai tersebut milik adik kepada teman lamanya. Aku terpesona melihat keindahan bunga-bunga yang terhias di dalam kedai terbabit. Malah aku turut terpikat dengan tuan yang empunya kedai. Dia seorang lelaki yang tampan dan segak. Dia juga seorang lelaki yang peramah dan pandai mengambil hatiku. Hari itu dia menghadiahkan aku sekuntum bunga Ros berwrna merah jambu. Warna kesukaan aku.

Sejak itu aku kerap singgah ke kedai bunga miliknya apabila aku punya masa lapang. Aku akan membantu dia menjual bunga. Aku rasa amat gembira berada di samping dia. Tapi wajarkah gadis sekecil aku suka pada lelaki dewasa seperti dia. Kadang-kala aku terfikirkan masalah tersebut dan ia membuatkan hati aku merasa gundah. Kalau begitu aku kena cepat membesar dan meluahkan perasaan aku pada dia. Aku cemburu apabila melihat gadis-gadis seusianya merapati dia.

Suatu hari, aku bertanyakan pada dia maksud-maksud di sebalik bunga yang dia jual kepada pelanggannya. Pertanyaan aku itu buat dia ketawa kecil. Aku mencebikkan bibir. Dia mengusap-usap lembut kepalaku. 

“Sebelum menghadiahkan bunga sebagai pemberian, kita perlu mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang ‘closest to the message’ yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah orang yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna.” Dia menerangkan kepadaku.

Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta

Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai
pelbagai warna-warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran.

Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda.

Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’ yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi.

Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang.

Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang.

Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland.

Wah! Dia memang hebat. Penerangan yang dia berikan buat aku semakin kagum dengan dia. 

“Abang Im…boleh Reen tahu apa maksud di sebalik bunga Ros?” Mukaku merona
merah ketika aku mengutarakan soalan itu. Aku mahu tahu maksud bunga yang sering dia berikan kepadaku itu. Ros merah jambu…Dia tersenyum lagi. 

“Bunga Ros Merah bermaksud si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama dengan kamu selamanya. Bunga Ros Kuning bermaksud si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu. Bunga Ros Putih bermaksud rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu dan Bunga Ros Merah Jambu bermaksud kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.”

Aku terkedu. Jadi aku adalah cinta pertamanya. Aku adalah gadis idamannya. Aku tidak dapat membayangkan yang aku akan bersama dia. Alangkah bahagianya. 

“Merahnya muka Reen. Reen demam ke?” Dia menyentuh dahiku.

“Errr…taklah. Reen panaslah Abang Im.” Aku tersengih-sengih menahan malu. Lantas aku menyandang beg sekolahku. “Abang Im…Reen pulang dulu. Mama Reen sudah sampai.” sambungku lagi. Aku berlari-lari anak mendapat mama yang sudah menanti di luar. 

Aku tidak lupa melambaikan tangan ke arah dia. Dan lambaian itu pasti akan berbalas dengan senyuman manis di bibirnya. Itulah kali terakhir aku melihat dia. Hari-hari berikutnya kedai bunga itu tidak lagi dibuka seperti kebiasaannya.

ADREENA menamatkan ceritanya. Dia menarik nafas panjang. Matanya masih terpaku pada sebuah kedai usang yang berada di seberang jalan itu. Hampir 13 tahun kedai itu sudah terbiar tanpa penghuninya. Tiada lagi keindahan bunga-bunga yang mekar menarik perhatian pengunjung-pengunjung di kaki lima itu. Semuanya tinggal kenangan.

“Kau tahu ke mana dia menghilang?” soal Ana, teman sekerjanya itu. Adreena gelangkan kepala.

“Aku tidak tahu. Dia hilang bagaikan angin. Mama hanya memberitahu aku yang dia punya urusan peribadi yang perlu dia selesaikan.” balas Adreena. Dia menghirup perlahan teh karamelnya.

“So…dialah cinta pertama kau.” Ana mencuit hidung comel Adreena. Adreena anggukkan kepalanya. 

“Sweet!” Ana tersenyum. “Pastinya dia sudah seusia lebih kurang dengan ibu kau sekarang. Rambut sudah mula beruban. Kau masih sukakan dia lagi ke?” 

“Ermmm….aku takkan jawab soalan kau itu.” 

“Berapa usia dia semasa kau kenal dengan dia?”

“27 tahun.”

Ana mula membuat pengiraan. 

“Ouch! 40 tahun umur dia. Kalau akulah…aku tak suka lelaki tua-tua ni.” Ana mengerdipkan matanya. 

Dia picit hidung Adreena. Adreena menjerit kecil. Hantu punya kawan. Sakit tau! 

“Dia pasti sudah melupakan aku.” keluh Adreena. Dia mengerling pada jam di tangannya. 
“Alamak! Waktu rehat aku dah nak habislah. Aku kena balik ke pejabat.” Adreena bingkas bangun mencapai beg tangannya. Bergegas dia berlari keluar dari kafe tersebut.

“Sampaikan salam aku pada boss kau yang comel tu!” laung Ana. 

SEORANG lelaki bertubuh agak kecil melangkah masuk bersama seorang lelaki di sampingnya. klien barangkali. Adreena melemparkan segaris senyuman di bibir comelnya.

“Selamat petang Encik Aliff.” ucap Adreena lembut kepada Pengarah Urusan tempat dia bekerja itu. 

“Selamat petang Adreena.” balasnya dengan senyuman.

Namun lelaki yang seorang lagi itu langsung tidak membalas senyumannya. Riak muka lelaki itu tampak tegang. Adreena menjungkitkan bahu. Tiada apa yang luak jika senyumannya tidak berbalas. Adreena mengemaskan meja penyambut tetamu itu. Rutin harian yang akan dia lakukan sebelum pulang. 

Adreena memakukan mata pada sekuntum ros merah jambu yang sentiasa menghiasi meja penjambut tetamu itu. Dia tidak pernah lupa menggantikan bunga ros di dalam pasu Kristal tersebut. Tiada warna ros lain yang diletakkan selain ros merah jambu kegemarannya. Janice pun tidak boleh berkata apa. 

“Reen!” Bahunya ditepuk dari belakang.

“Kus semangat! Kau Janice! Kau mengejutkan akulah.” desis Adreena. Nasib baik pasu bunga di tangannya tidak terlepas. Kalau pecah sudah semestinya dia yang kena ganti. Pasu itu bukannya murah. Harganya mencecah ribuan ringgit. 

“Sorryyy…kau dah nak pulang ke?” 

Adreena anggukkan kepalanya laju.

“Emmm…aku kena pulang awal untuk ambil adik aku di nursery. Mama aku ada shift malam hari ini. Dia pulang lewat.” Adreena sudah menyandang beg tangannya.

Sejak papa tiada mama begitu gila bekerja siang dan malam. Dia tidak menyalahkan mama, sebaliknya dia harus membantu meringankan beban mama. Mama bekerja kuat untuk mereka sekeluarga. Selepas pulang dari kerja dia perlu menjaga tiga orang adiknya, memasak dan mengemas rumah. Ianya memang memenatkan ditambah lagi dengan kerenah adik-adiknya yang nakal itu.

“Bye-bye.” Janice melambaikan tangan. Adreena seorang yang bekerja keras. Tapi gadis itu seorang tidak pernah merungut dan tidak loket dengan senyuman. Adakalanya pula Adreena terlalu lurus bendul dan baik hati. Sikap yang satu ini tidak disukai oleh Janice. Adreena mudah kena buli dengan teman sekerja yang lain.

“Bye…” 

Adreena menyusuri laluan di kaki lima itu. Dia berjalan tanpa memandang ke hadapan. Sibuk melihat jam pada pergelangan tangannya. Setiap kali bahunya berlanggar dengan orang yang lalu lalang di situ, dia akan memohon maaf. 

“Aduh!” Adreena menggosok kepalanya. Keras pula orang yang dia langgar kali ini. Dia angkat kepala. Wajahnya merona merah. Bukan orang dia langgar tapi tiang lampu jalan. Malu sungguh bila terdengar tawa-tawa halus disekelilingnya. 

Adreena tersenyum sendiri. Salah dia kerana tidak melihat jalan depan mata. Bau haruman seakan bunga ros menusuk ke dalam hidung Adreena. Haruman yang seakan dikenali. Bayangan belakang seorang lelaki menarik perhatian Adreena. Adreena yakin haruman itu datangnya dari lelaki tersebut. Dia aturkan langkah mengejar lelaki terbabit.
Tercunga-cungap Adreena mengatur penafasannya. Kelibat bayang lelaki itu sudah hilang dari pandangan matanya. Puas dia mencari tetapi tidak jua dia temui lelaki itu. Apakah lelaki itu tahu dirinya diekori? 

Adreena berdiri di tengah kelompok orang ramai itu memerhati keadaan sekelilingnya. Dia mengeluh kecil. Kenapa dia harus memikirkan orang yang sudah lupa pada dirinya ini. Dia tidak sepatutnya merindui lelaki itu lagi. Adreena menepuk-nepuk pipinya. Jangan bermimpi di siang hari lagi. Dia perlu bangun ke alam realiti. 

“Aku mesti lupakan dia!” jeritnya. Sekali lagi gelagat Adreena menjadi perhatian. Dia menekup mulut. Kali ini mukanya merah menyala. Adreena segera membuka langkah.

11 comments:

  1. sweetnyer la cite ni..tp hero die da tua ke...

    ReplyDelete
  2. Itu bukan heronya...heronya belum muncul lg ^^

    ReplyDelete
  3. fuhh . selamat . tak sangup nak terima kalau si heronya tu tua . !

    ReplyDelete
  4. part awal mmg sweet khusyuk sy bce mksud2 bunga yg dimentionkn :)

    ReplyDelete
  5. best jgak citer nie..so lpas nie confrm akan follow selalu la citer nie..tq akak sebab promo kan citer nie..saya suka sgt2..<3 <3 <3

    ReplyDelete
  6. hero ada kaitan tak dengan pak cik kedai bunga yang gadis merah jambu tu suka?

    ReplyDelete
  7. hahaaa cian adreena lggo tiang lmpu jln....

    ReplyDelete
  8. swweet lah diorang niyy

    ReplyDelete
  9. Izzati Aisyah Md Nor:

    hari ini dpat belajar mengenali maksud di sebalik bunga2an..sweetnya time kali pertama diorang bertemu..awal2 Im dapat bgitau Reen maksud sebenar die kasi bunga merah jambu...blushing jap Reen...hihihi...bahu siapa yg Reen terlanggar tu...mungkin Im kot...suspen2..permulaan yg menarik...;)

    ReplyDelete
  10. citer sweet sangat.... >_< lps baca citer ni baru saya tahu makna di sebalik bunga2... :)
    ~Rabiatul Adawiyah~

    ReplyDelete