Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, January 6, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 5


Bertemu Mr Perfect

HILTON HOTEL. Alunan muzik rancak bergema di ruang utama dewan hotel itu. Model-model jelita naik ke pentas silih berganti. Pakaian yang diragakan turut bertukar-tukar fesyen. Di belakang pentas para pereka dan perunding imej sibuk menyiapkan model-model yang bakal naik ke atas pentas. Di satu sudut seorang wanita tinggi lampai sedang bersandar sambil memerhati gelagat-gelagat mereka dengan renungan tajam. Di sebelahnya berdiri seorang lelaki bermuka serius tanpa secalit senyuman di bibir. Tangannya tidak lepas dari memeluk fail.
Pertunjukkan fesyen yang berlangsung berjaya dengan meriah sekali. Para jemputan bangun memberikan tepukkan gemuruh. Rata-rata tetamu yang hadir dari golongan yang berkelas atasan. Kilauan cahaya dari lansa kamera terpacar sana sini. Pengacara majlis menjemput penganjur pertunjukkan fesyen pada malam itu naik ke atas pentas. Bunyi tapak kasut setinggi satu inci itu cukup dikenali. Lenggok jalannya seperti gaya seorang model. Bertubuh kurus dan tinggi lampai. Rambut yang panjang itu disanggul rapi menunjukkan dia wanita yang anggun. Make-up yang dikenakan tipis namun sedikit pun tidak mencacatkan kejelitaan yang dimilikinya. Pakaian yang dikenakan cukup menyerlahkan keanggunan seorang wanita bekerjaya. Senyuman sinis sering terukir di bibir yang merah merekah itu. Siapa lagi kalau bukan Firdayu Fahrin pereka fesyen bertaraf professional hingga mampu membuka empayar rekaannya  sendiri. Nama ‘Rosette Fashion Designer’ cukup gah di persada dunia fesyen. Dalam usia yang begitu muda Firdayu sudah berjaya menaikkan namanya dalam dunia rekaan fesyen. Keangkuhan jelas terpamer pada raut wajah jelita itu. Berpuas hatikah dia dengan pencapaiannya selama ini?
            Seorang model lelaki menghulurkan tangan kanannya kepada Firdayu dan seorang lagi model perempuan memengang tangan kirinya. Model lelaki dan perempuan itu mengiringi Firdayu naik ke pentas. Terpegun mata-mata tetamu yang hadir melihat kejelitaan Firdayu. Benarlah seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini. Bukan sekadar indah khabar dari rupa. Wanita itu memang jelita. Lelaki mana yang tidak sanggup menahan debaran di hati.
            “Tuan-tuan dan puan-puan…. Biarlah saya perkenalkan kepada anda sekali lagi pemilik ‘Rosette Fashion Designer’, Cik Firdayu Fahrin.” Pengacara majlis menghulurkan tangan kepada Firdayu. Firdayu menyambut huluran itu dengan senyuman. Tepukkan gemuruh bergema lagi dari para tetamu. Senyuman angkuh masih terpalit di bibir Firdayu. Firdayu masih belum cukup berpuas hati dengan apa yang dia kecapi sekarang. Masih ada kemewahan yang dikejarnya. Harta Nenek! Dia mahukan harta Nenek yang melimpah-ruah itu.
Kejelitaan yang terpamer telah menarik perhatian seorang lelaki segak berkot serba hitam yang berdiri bertentangan mata dengannya. Tidak berkelip-kelip lelaki itu melihat keindahan makhluk ciptaan TUHAN yang dibpanggil Hawa. Firdayu melemparkan senyuman namun bukan ke arah lelaki itu tetapi lelaki di sebelahnya. Firdayu tidak ambil endah akan renungan tajam lelaki tersebut. Ruzair salah seorang usahawan muda terkaya di kota metropolitan ini. Lelaki yang cukup sempurna serba serbi di pandangan mata kaum wanita. Erti kata lain perfect! Lelaki yang bakal melutut di bawah telujukk jarinya. Firdayu ketawa dalam hati.
            Seorang pemuda muncul bersama jambangan bunga menghampiri Ruzair dan temannya, Fahmy. Pemuda itu berbisik ke telinga Fahmy. Fahmy tersenyum. Jambangan bunga bertukar tangan. Fahmy naik ke atas pentas.
            “Congratulations…" Dia menghulurkan jambangan bunga kepada Firdayu. “I tahu you sukakan haruman lavender.”
            "Thanks Fahmy." Firdayu menyambut jambangan bunga tersebut. Dia sempat sekilas lalu bertaut mata dengan pemuda di bawah pentas itu. Pemuda itu tampak berpakaian simple tapi seorang yang terurus dan tampan. Rambutnya panjang mencecah bahu namun pemuda itu memiliki senyuman yang cukup menawan. Sayang dia tidak tersenarai dalam kategori lelaki pilihan Firdayu. Apa class bermain cinta dengan mamat penghantar bunga.
Pelbagai jenis jambangan bunga diterima oleh Firdayu terutama dari lelaki-lelaki yang menggilainya. Tidak menang tangan Firdayu dibuatnya. Kid turut membantu membawa bunga-bunga tersebut ke belakang pentas. Firdayu duduk melepaskan keluhan. Jelas terpamer keletihan pada wajahnya namun dia lega kerana pertunjukkan fesyen rekaannya berjalan dengan lancar. Dia tersentak apabila ada tangan menghulurkan segelas minuman kepadanya. Firdayu mengangkatkan kepala. Wajah Ruzair berada di ruang mata. Ruzair melemparkan senyuman. Kid melirik mata ke arah Ruzair. Rasanya dia kenal dengan lelaki ini. Segera Kid mengalih pandangan.
"Boleh I temankan you." Ruzair meminta keizinan. Sejak bertemu dua mata dengan Firdayu entah kenapa hati Ruzair tidak tenteram. Wajah jelita Firdayu tidak lari dari tatapan matanya. Sebelum ini dia menindakkan kejelitaan Firdayu. Tuan yang empunya ‘Rosette Fashion Designer’.
"Mmmmmm…" Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Gelas minuman di tangan Ruzair juga tidak bersambut.
            "Maaf kerana kurang bersopan dengan you. I patut perkenalkan diri I dulukan. I Ruzair Tan Sri Hamzah. Pemilik Teraju Utama Corporation." Ruzair memperkenalkan dirinya. Tangan dihulurkan. Firdayu senyum sinis. Saja buat jual mahal. Kata orang makin mahal makin berharga barang itu.
            "I rasa you sudah tahu nama I. Tidak perlu I introduce diri I lagi." balas Firdayu bersahaja. Huluran tangan Ruzair  tidak bersambut. Ada riak tidak puas hati di raut wajah Ruzair. Firdayu tampak tidak sudi menerima salam perkenalan dari dia. Dia tarik balik huluran tangannya.
Fahmy yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu dalam jamuan itu beralih pandang. Bibirnya mengukir senyuman kelat melihat gelagat Ruzair yang sedang cuba menarik perhatian Firdayu. Memang Ruzair sengaja mencari nahas. Tidakkah dia dengar akan khabar-khabar angin mengenai wanita itu. Mana-mana lelaki yang mendampinginya tidak akan tahan lama dalam perhubungan. Mereka sendiri dengan rela hati akan memutuskan perhubungan dengan Firdayu. Firdayu tidak akan serius menjalinkan perhubungan.
            “Excuse me. I nak jumpa kawan I sekejap.” Fahmy meminta diri untuk dari kelompok itu. Dia perlu menyelamatkan Ruzair dari menjadi mangsa poison ivy itu. Firdayu, wanita yang bijak mengatur langkah dalam menjerat lelaki.
            “Okay. We talk later Mr. Fahmy.” Salah seorang rakannya berbangsa cina bersuara.
            “Thanks.” Fahmy membuka langkah.
            Ruzair masih terpacak di depan mata Firdayu. Kid yang berada di sebelah Firdayu
mengerling Ruzair dengan ekor mata. Dia akan bertindak sekiranya Ruzair cuba mengapa-apakan Firdayu.
            Sikap tidak layan Firdayu membakar hati Ruzair. Wanita itu langsung tidak memandang dia. Apakah kekurangnya pada dirinya. Tidak layakkah dia memberikan salam perkenalan pada wanita itu.
Sayang Ruzair tidak tahu apa yang bermain di dalam minda Firdayu. Firdayu sebenarnya sedang bermain-main tarik tali dengan Ruzair. Ini yang buat Fahmy tidak senang hati. Dia tidak mahu Ruzair dipermainkan oleh Firdayu. Lelaki lain tidak mengapa tapi bukan Ruzair.
"You tidak patut layan kawan I begini Yue." sapa Fahmy. Dia pandang wajah Firdayu yang tersenyum sinis.
"You memang wanita yang angkuh. Tapi I like it. Tiada wanita yang pernah memberikan penghinaan begini pada I. " suara Ruzair dengan nada sindiran. Ruzair mengerling Firdayu. Firdayu sekadar mengangkatkan kening. Bibirnya mengorak senyuman. Firdayu sama sekali tidak terasa dengan kata-kata Ruzair.
"I gerak dulu Fahmy." ujar Firdayu.
"You nak tinggalkan party you."
"You pun tahu sikap I, Fahmy. I tidak sukakan party. Well…membosankan." Firdayu bingkas bangun menyandang beg tangannya. Dia sekilas pandang ke arah Ruzair. Ruzair mengangkat keningnya. "I hope you tidak berkecil hati dengan I Mr. Ruzair and I hope you will be enjoy with the party." Firdayu beredar bersama Kid. Sempat dia melambai-lambai tangannya kepada Fahmy dan Ruzair. Ruzair merengus kecil.
"Dia wanita yang menarik.” ujar Ruzair.
"You kata menarik…I rasa lebih you jauhkan diri you dari dia. Dia adalah perempuan yang tidak patut you kenali dengan lebih rapat. Poison ivy.”
"Poison ivy?” Ruzair mengerutkan dahi seribu.
“I yang berikan Firdayu dengan gelaran itu ketika I dengan sama-sama belajar dahulu. Dia wanita yang mampu menarik lelaki di sekelilingnya. Ada aura yang menakutkan. I tidak mahu you juga menjadi mangsa dia, Ruz.” Fahmy menunjukkan kebimbangannya. Tidakkah Ruzair pernah menonton watak Poison Ivy dalam filem Batman tu. Semua lelaki tunduk pada wanita yang jelita itu dengan hanya menghembuskan racunnya. Dia tidak mahu Ruzair terkena hembusan racun cinta Firdayu. Bahaya!
“Apa yang you mengarut ni Mie. Masakan I akan mengkhianati Fatin. I hanya ingin berkenalan dengan dia tidak lebih dari itu.” Ruzair ketawa kecil. Kejelitaan Firdayu masih tidak mampu menggugat cinta dia pada Fatin.
“I hanya beri peringatan pada you Ruz. Orang yang berkahwin boleh bercerai-berai apatah lagi yang baru nak mengikat tali pertunangan macam you. Forget it! Lebih baik you buang niat baik di hati you itu jauh-jauh Ruz.” Fahmy menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Ruzair menjungkit bahu.

“CUN siot perempuan tu! Kalau aku dapat dia gerenti aku tak pandang orang lain dah.” Dali memeluk bahu pemuda yang berada di sisinya itu. Alfi hanya tersenyum. Dali terdongak-dongak untuk melihat wajah jelita Firdayu. Para wartawan tempatan mula mengerumuni wanita terbabit. Pelbagai soalan dipersoalkan. Dari isu kerjaya Firdayu hinggalah ke isu peribadinya. Namun bukan Firdayu yang menjawab tapi pembantu peribadi yang berada di sebelahnya.
            “Dia ramai peminatlah.” getus Alfi. Dali anggukkan kepala anda bersetuju. Lelaki seperti mereka tidak sepadan wanita sejelita Firdayu yang punya kedudukkan. Mereka tak ubah seperti pipit yang impikan merak kayangan. Hehehehe…apa salahnya pasang angan-angankan.
            “Tapi kalau kau digandingkan dengan dia memang padan. Dia jelita kau cute. Usia bukan faktor utama beb.” Dali mengusik.
Alfi menayangkan buku limanya. Gadis-gadis di hotel itu amat suka mendekati dia kerana wajahnya. Cute macam hero kedua Korean dalam drama bersiri My Girl itu. Siapa namanya, Lee Joon Ki. Mentang-mentanglah drama Korean kian panas menular Malaysia kini. Dia merengus kecil. Mungkin juga kerana sikap ramahnya dan ringan tulang untuk membantu menyebabkan dia disenangi ramai.
            “Aku tidak mimpikan seorang permaisuri secantik dia. Aku lebih sukakan perempuan yang terima aku seadanya. Aku ada dengar budak-budak hotel ini bercerita. Perempuan itu seorang yang berbahaya. Kalau tak silap dia orang panggil dia poison ivy. Benarkah dia sedahsyat itu?”
            “Ha! Ha! Ha! Cepat betul cerita tersebar satu hotel. Ini mesti dari mulut dari si Ita murai tu. Apa yang kau dengar itu memang betul. Betul-betul bukan cerita olok-olok. Adalah satu staf hotel kita pergi service bilik dia. Secara tak sengaja staf kita tu kemaskan pakaian-pakaian dia yang berselerak atas tilam. Bukan takat itu semua barangnya yang terkontang-kanting itu disusun kembali. Bila dia masuk biliknya sudah berkemas bersih. Mengamuk gila poison ivy tu. Bergegar hotel kita. Nasib baiklah staf tu tidak dibuang kerja tahu.” Dali bercerita. Alfi menelan air liur. Perempuan yang menakutkan.
            “Aku ada juga dengar yang dia jugak mengikis duit lelaki sampai kering. Malah ada yang tinggal sehelai sepinggang kerana dia.”
            “Betullah tu. Tapi target dia lelaki-lelaki kaya saja tau. Kau tak layak lagi jadi calon teman lelaki dia nampak gayanya sebab dia perempuan materialistik. Alamak! Perut aku meragam pula. Ini mesti kes makan mee goreng pedas tadi.” Dali menekan-nekan perutnya. Berkerut seribu dali Dahi. “Kau boleh tolong aku tak?” tanyanya kepada Alfi.
            “Tolong apa?” Dali menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan beberapa utas kunci. Dia hulurkan kepada Kid.
“Ini kunci kereta. Kau mahu aku….” Dali anggukkan kepala. Alfi itu mengetap bibir.
            “Tolonglah…perut aku sakit sangat ni.“
            “Tapi aku….” Belum sempat Alfi menghabiskan ayatnya, Dali sudah berlari ke pintu belakang. Tidak dapat menahan perut yang sedang memulas. Alfi mengeluh kecil. Bukankah Dali tahu dia tidak punya lesen kereta. Dia mula gelisah. Nak tak nak terpaksa jua dia mengatur langkah.
            Firdayu membuang jambangan bunga tersebut ke dalam tong sampah di ruang dapur hotel itu. Dia melirik senyuman sinis. Kid jadi pemerhati. Tadi bukan kemain Firdayu dengan senyuman plastiknya menerima jambangan bunga dari lelaki-lelaki korporat itu. Tiga tahun bersama Firdayu….Kid sudah memahami Firdayu. Firdayu memang wanita plastik!
            Huh! Ada hati lelaki-lelaki itu mahu memikat hati aku. Ingat layak sangatkah? Demand aku tinggi tau. Setakat Dato’ dan Tan Sri yang tua-tua bangka itu buat Firdayu geli-gelemen. Meloyakan anak tekak. Tapi kalau lelaki-lelaki tua itu untuk dia hilangkan rasa bosan tak kisahlah jika mereka jadi bahan permainannya. Lagipun bukan dia yang meminta. Mereka yang rela hati memberi.
            “Tak sayang ke Cik Firdayu buang bunga-bunga ni?” soal Kid.
            “Boleh tak you jangan menyibuk urusan I! You tu hanya perlu ikut apa saja yang I arahkan pada you. You hanya orang suruhan I jadi jangan nak mengajar I!” herdik Firdayu.
            “Tapi saya rasa tidak salah kalau saya nak mengajar cik. Terutamanya pada benda yang saya rasa tidak betul.” Kid membalas. Riak wajahnya kaku. Dia tidak peduli pada amarah Firdayu. Itu yang buat Firdayu makin menyampah bila beradu cakap dengan Kid.  
Gedegang! Bunyi kereta berlanggaran. Bergegas Firdayu dan Kid melangkah keluar. Bulat anak mata Firdayu melihat kereta mahalnya remuk melanggar tiang lampu. Berasap depan Porsche yang berwarna Silver itu. Alfi yang membawa keretanya tadi sedang duduk menggosok dahi yang terhantuk. Beberapa pekerja hotel itu mengerumuni Alfi. Mujur sahaja Alfi hanya mengalami luka ringan. Firdayu membuka langkah merapati mereka yang sedang berkerumun. Dia mengigit bibir. Dia tidak hiraukan keadaan pemuda itu. Apa yang meresahkan hatinya melihat Porsche kesayangannya yang sudah jahanam. Pemuda itu dikerling tajam. Kau memang sengaja mencari nahas dengan aku budak! Kau tahu tak berapa harganya sebiji Porsche itu?
“Sayang…” berlari-lari anak Firdayu mendapatkan Porschenya. Diusap Porsche kesayangan dia itu. Kid hanya memerhati saja gelagat Ciknya itu. Tiada sesiapa yang menghiraukan keadaan kereta Firdayu. Mereka sibuk mengerumuni Alfi.
            “I mahu jumpa you punya manager!” Firdayu melenting. Semua mata terarah kepada wanita jelita itu. Wajah mereka berubah dan kecut perut. Adakah Porsche Silver itu milik Firdayu? Habislah Alfi kali ini. Masing-masing menggigit jari.
            Firdayu merengus. Kedua belah kakinya disilangkan. Kid berdiri tegak di sisinya. Berpeluh wajah Encik Amir, pengurus hotel tersebut. Firdayu mahu buat aduan ke pihak atasan. Tentu saja dia akan dipersalahkan kerana membenarkan pekerja yang tidak punya lesen memandu kereta. Dia akan dipecat atau diturunkan pangkat. Dia alihkan pandangan pada Alfi yang baru tiga minggu bekerja di hotel tersebut. Alfi menundukkan kepala. Langsung tidak berani mahu menatap wajah ketuanya itu. Sepatutnya dia menunggu Dali melepaskan hajat dulu.
            “I benar-benar minta maaf Cik Firdayu. Tolong jangan bawa perkara ini ke pihak atasan I. I akan bayar ganti rugi kepada you.” suara Encik Amir agak bergetar. Dia patutnya tahu dengan Firdayu sukar untuk dia berunding sama sekali.
Firdayu tersenyum sinis. Ingat kau mampu bayar Porsche aku! Kau tahu tak harga bukan mencecah puluhan ratus ribu tahu! Gaji kau pun tak cukup!
            “Mampukah you bayar ganti rugi Porsche Silver I. Gaji sekecil you tidak mampu menanggung kos kerosakkan kereta I ini.” desis Firdayu. Encik Amir itu terdiam. Dia menelan air liur berkali-kali.
            “Apa you mahu I lakukan?” soalnya.
            “I mahu you pecat dia 24 jam!” Jari telunjuknya diacukan pada wajah pemuda itu. “So I tidak akan ambil kira dengan masalah tersebut.”
            Berubah wajah Alfi. Jika dia dipecat bagaimana dia mahu menjelaskan hutang sewa rumahnya yang sudah sebulan lebih tertunggak. Dia amat perlukan pekerjaan tersebut. Perempuan itu banyak wang tentu sahaja boleh beli kereta baru. Kejam punya perempuan! Dia cuba raih simpati pengurusnya. Namun yang dia dengar hanya keluhan kecil dari mulut Encik Amir.
            “Baiklah.” Encik Amir memberikan persetujuan. Encik Amir sendiri telah kebuntuan. Tiada cara lain selain memecat Alfi bagi memauskan hati perempuan ini! Bagaikan ada batu besar menghempap tubuh Alfi ketika itu. Encik Amir menyebelahi Firdayu. Firdayu melirik senyuman puas. Kid gelengkan kepala. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya. Namun Kid menghalang laluan Firdayu. Firdayu kerut dahi.
            “Cik Firdayu…tidak wajar cik mahu dia dipecat sedangkan cik punya kereta lain yang cik sayang selain Porsche Silver itukan?”
            Firdayu membeliakkan biji matanya. Kid mahu membela budak mentah itu. Menyampah betul dengan Kid ni! Bencilah bila Kid sudah merenung tajam begitu. Dia seolah-olah dapat membaca pemikiran Kid. Macam ada telepati pulak.
            “Kid!” Firdayu tidak mahu mengaku kalah. “Saya tidak mungkin akan menarik balik kata-kata saya! No!” tegas Firdayu.
            “Yes!”
            “No!”
            “Yes!”
            “No!”
            Encik Amir dan Alfi saling berpandang melihat Firdayu dan PAnya bertekak. Hairan juga mereka.
            “Cik Firdayu….kalau begitu biar saya yang menangung kos kerosakkan kereta Cik. Mulai hari ini saya akan bekerja tanpa gaji dengan Cik Firdayu. Saya rasa syarat pertukaran ini adil.” Kid bersuara tenang. Namun panahan matanya cukup tajam. Setajam lembing agaknya kot! Itu yang buat Firdayu menyampah sesangat jika dipanah oleh mata jernih Kid.
            Firdayu membisu. Dia mengusapkan dagu seakan berfikirkan sesuatu. Agak lama sebelum sekuntum senyuman sinis terukir di bibirnya. Ada manafaatnya juga jika dia maafkan budak lelaki itu.
            “Baiklah! I maafkan dia kali ini.” keluh Firdayu. “Awak sungguh bernasib baik hari ini budak mentah!” Firdayu pantas berlalu keluar. Kid melirikkan mata pada Alfi. Bahu pemuda itu di tepuk lembut. Dia mengikut langkah Firdayu.
            Alfi angkat kepala. Bibirnya mengulum senyuman. Tidak sempat dia mahu mengucapkan terima kasih kepada Kid. Kid yang membantu dia dari dipecat. Dia seakan pernah melihat Kid. Tapi di mana ya?  Alfi mula mengarukan kepala yang tidak gatal. Nyata daya ingatannya tidak kuat. Tapi betul tau dia pernah melihat wajah lelaki itu.

1 comment: