Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, January 7, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 14


FIRDAYU menyuapkan hirisan steak itu ke dalam mulutnya. Lagak itu buat Harry yang sedang makan bersamanya itu terpegun. Wanita itu cukup elegant di depan mata Harry. Kenapa wanita sejelita ini tidak menjadi seorang model sepertinya. Tidak pun menjadi artis pujaan ramai. Dia memiliki semua pakej itu. Namun wanita ini memilih kerjaya sebagai pereka fesyen. Harry merasakan kerjaya itu tidak begitu sesuai dengan Firdayu.
            “Bagaimana?”

            Harry tersentak.

            “You mengelamun.” Bibir basah itu melirik senyuman.

            “Sorry…”

            “Bagaimana dengan tawaran I. You mahu jadi model syarikat I? I akan bayar tiga kali ganda dari apa you terima sekarang.”

            Harry terkesima. Firdayu meletakkan garfunya di atas pinggan. Dia mencapai gelas jus oren itu lalu menghirupnya perlahan.

            “I mahu hirup udara segar di tepi pantai. Temankan I.” Firdayu bingkas bangun. Harry tersenyum.

            Mereka berjalan beriringan di persisiran pantai. Desiran angin menyebabkan rambut Firdayu berterbangan. Dia memandang bintang di langit. Harry sekadar memerhati. Dia tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran wanita itu.

            “Menjadi bintang tidak akan sentiasa berkelipan. Bintang akan malap bila tiba masanya.” suara Firdayu tiba-tiba.

            “Apa maksud you?” Harry kian tidak mengerti.

            “Bintang you akan malap jika you punya perhubungan dengan I. Kalau you terlibat dengan skandal maka kerjaya you akan musnah. Apa akan jadi pada ibu yang berada di hospital. You bekerja keras untuk menampung kos perubatan ibu you. Itu sebab I menawarkan you menjadi model syarikat I.” Firdayu menjelaskan maksud yang tersirat. Dia telah menyelidik latar belakang Harry. Dan tidak berbaloi dia mempergunakan lelaki ini untuk mencapai hasratnya.

            Harry tergamam. Dia bagaikan tidak percaya dengan kata-kata Firdayu itu. Apakah dia tidak layak menjadi calon pasangan wanita ini.

            “Cik Firdayu…”

            “Jangan salah faham. I bukan kesian pada you. I tidak berminat dengan lelaki yang tidak punya apa-apa seperti you. You cuma ada seorang ibu yang sakit. I tidak mahu letihkan badan I menjaga orang tua.” Firdayu memandang tepat pada wajah Harry. Lelaki itu tersenyum.

            Firdayu menarik nafas panjang. Dia sudah suruh Kid menyelidik dahulu latar belakang calon-calon tersebut.  Apa yang Kid telah buat? Kid mahu kenakan dia kah? Harry memang kacak tetapi lelaki itu tiada harta benda sesen pun. Apa yang lelaki ini boleh berikan pada dia?

Itu yang berlaku pada malam tersebut. Firdayu naik angin dengan Kid. Dia terpaksa keluarkan wang untuk makan malam tersebut. Kalau ada yang tahu pasti dia akan diketawakan. Nama Harry telah ditandakan pangkah. Kid berlagak bersahaja.

“Bukan ke Cik Firdayu sukakan lelaki yang kacak?”

“Kacak dan kaya! I ulang sekali lagi. Kacak dan kaya!”  Firdayu menjerit pada telinga Kid. Agaknya berapa tahu Kid ttidak mengorak telinganya.

“Oh! Saya salah dengar ke?” Tampak sangat keselambaan Kid. Firdayu mendengus. Dia mengalih pandang pada kalender atas mejanya itu. Sudah ada beberapa tanda pangkah pada tarikh-tarikh tersebut.

“Calon seterusnya…”

Kid menghulurkan failnya kepada Firdayu. Berkerut dahi wanita itu. Bibirnya mengulum senyuman menakutkan. Dia buangkan fail ke arah Kid. Kid mengelak. Hatinya kian panas. Calon-calon yang Kid senaraikan tidak memuaskan hati Firdayu. Dia menekup wajahnya. Pening kepala!

            “Cik Firdayu! Don’t be play-play. Saya ingin mengingatkan cik yang perjanjian cik dengan nenek cik masih berjalan. Sebulan sudah berlalu. Dalam senarai panjang hanya dua calon saja yang sudah dipangkah.” suara Kid. Dia bongkok mengutip semula fail yang dilemparkan oleh Firdayu.

            “Iyalah…Iyalah. I tahulah. Sudah berpuluh-puluh kali you remind pada I. Boleh tak you jangan asyik bising dekat telinga I. Rimaslah I.” gerutu Firdayu. Tapi kalau Kid tiada di samping rasa bosan pulak. Mungkin dia sudah terbiasa dengan Kid di sisinya.

            “Baiklah Cik Firdayu. Seronok tak cik balik kampung kelmarin?” Kid bertanya.

            “Ermmmm…macam you tak tahu yang I bukan boleh lama-lama duduk dalam vila keramat tu. Rimaslah. Panas dan banyak nyamuk. Paling I menyampah semua musuh ketat I dijemput bersama.” bebel Firdayu.

            “Awak yang kumpul musuh-musuh awak Cik Firdayu.”

            “Mereka yang dengki dengan I sebab I punya kelebihan.”

            “Tapi kalau cik gagal dalam perjanjian cik akan kehilangan segala-galanya. Jadi lebih baik cik fikirkan masa yang cik tengah ada sekarang. Cik kena ingat kita yang perlu mengejar masa bukan masa yang mengejar kita. Cinta yang dicari mestilah cinta sejati.” Kid meletakkan pula cawan kopi di atas meja Firdayu. Kopi merupakan minum pagi Firdayu. Tidak boleh ada minum lain selain kopi. Tiada kopi Firdayu akan melenting. Dan orang yang mesti buat kopi Firdayu adalah Kid.

            “Kenapa I yang perlu nak mengejar masa Kid? 566 hari adalah masa yang masih panjang. You jangan takutlah. I akan jumpa dengan cinta hati I. Lelaki yang layak menjadi teman hidup I.” Risau betul si Kid kalau dia gagal mencari cinta dalam masa yang ditetapkan. Mungkin Kid takut kehilangan pekerjaannya.

            Firdayu merenung mata coklat Kid yang jernih itu dengan teliti. Dari resume yang Kid berikan, Kid tidak menulis langsung mengenai perihal keluarganya. Kid sebatang kara agaknya. Anak yatim piatu. Itu yang timbul dalam pemikiran Firdayu. Kid kan orang yang babah carikan untuknya. Kalau Kid berniat jahat tiga tahun lepas Kid dah menjatuhkan dia. Tidak nampak apa-apa pun yang mencurigakan pada Kid. Cara Kid bekerja pun memang begitu teliti dan sukar mencari kesilapan padanya. Kid muda tiga tahun dari Firdayu namun Kid tampak lebih matang dari usianya.

            “Kid…”

            “Ya Cik Firdayu.”

            “Kid…you tak pernah sentuh perihal parents you selama I kenal you. You anak yatim ke? Tidak pun you merajuk dengan family you sampai you lari dari rumah.” Firdayu buat spekulasi sendiri.

            Kid ketawa kecil. Tawanya hanya seketika kemudia wajahnya kembali serius. Dia tidak menduga wanita itu bertanyakan latar belakangnya.

            “Cik Firdayu jangan risau. Saya bukan orang jahat. Tiada apa yang menarik dengan perihal diri saya.”

            “Kid…you ada masalah family ke sampai you tak mahu menyebut tentang mereka. You sering mendengar keluh kesah I. Apa salahnya pula I dengar keluh kesah you.” Firdayu tetap merasakan yang Kid merahsiakan sesuatu darinya. Bukan apa dia cuma tahu nama penuh Kid sahaja. Keyrill Benjamin…nama pun sudah cukup menarik. Namun Firdayu lebih suka memanggilnya KID! Tidakkah Kid lelaki yang penuh misteri.

            “Saya tiada apa-apa masalah berkaitan dengan family. So tiada apa yang perlu saya ceritakan pada cik.” Muka Kid yang tidak punya sebarang reaksi itu yang sukar untuk Firdayu memerangkapnya. Cakap muka tegang. Senyum pun muka begitu dan ketawa pun muka begitu. Payah jadi orang bermuka tak berperasaan ini.

            “You memang perahsia orangnya Encik Keyrill Benjamin.”

            “Suatu hari nanti Cik Firdayu akan tahu segala-galanya tentang saya. Sekarang belum tiba masanya lagi cik. Apa yang penting di sini saya menjalankan tugas saya sebaik mungkin di sisi cik.”

            Firdayu tarik nafas yang panjang. Tiada gunanya dia memaksa Kid lagi. Kid tidak akan mungkin membuka mulut lagi.

            “Baik. I akan tunggu saat itu. Bagaimana dengan penyiasatan you tentang Ruzair. Apa yang you dapat?”

            “Ini maklumat tentang Ruzair Tan Sri Hamzah yang cik mahukan.” Kid menyerahkan sebuah lagi fail kepada Firdyau. Fail itu bertukar tangan. Firdayu tersenyum manis ketika membelek fail tersebut. Nyata dia amat berpuas hati dengan hasil kerja Kid.

            “Bagus!”

            “Cik…kenapa cik berminat sangat dengan dia?”

            Firdayu bingkas bangun dari kerusinya. Dia menghadap wajah ke arah jendela. Wajahnya tampak agak sayu meskipun dia membelakangi Kid.

            “Kebencian dan dendam!” Keras Firdayu menekan suaranya.

            “Ada berkaitan dengan Rusky? Rusky adalah adik kepada Ruzair Tan Sri Hamzah bukan?”

            “Hahahahahaha! I dah agak you pasti akan tahu.”

            “Saya tidak akan campur urusan peribadi awak. Berhati-hati ketika bermain dengan api Cik Firdayu.” Kid melangkah keluar.

            “Berhati-hati ketika bermain dengan api. I lah api itu Kid. Mereka yang perlu berhati-hati bermain dengan I.” suara Firdayu perlahan.


DATIN Sam menolak pintu kaca ‘Rosette Fashion Designer’. Meliar mata si mak datin mencari seseorang di situ. Rosimah yang sedang sibuk menyiapkan rekaan itu mengerut dahi. Siapa pula wanita bergaya sakan mengalahkan orang muda ini? Rosimah beri isyarat mata pada Andy dan Linda. Dua teman itu bangun menghampiri Datin Sam.

            “Puan cari siapa?” soal Linda sembut.


            Datin Sam menjuihkan bibir memandang Linda.

            “I cari Kid.” jawabnya ringkas.

            Linda dan Andy ternganga. Cari Kid? Biar betul mak datin ni. Ada apa-apa ke? Mulalah dok fikir yang bukan-bukan dalam kepala otak. Kebetulan Kid keluar dari bilik Firdayu membawa cawan kopi yang kosong. Semua mata terarah kepadanya.

            “Kid!” Sebaik saja melihat kelibat Kid, Datin Sam menyerbu ke arah anak muda itu. Hari ini dia akan memujuk Kid menerima tawaran yang dia berikan pada Kid di majlis hari lahir di banglo mewah Datuk Wasef.

            “Selamat pagi Datin.”

            “Kid…don’t call me Datin. Just call me Sam.” renggek Datin Sam. “Tak perlu formal di depan I, okay.” sambungnya lagi.

            Linda dan yang lain hampir nak terburai ketawa kecuali Andy. Andy merengus kecil. Benci dengan gelagat Datin Sam mengedik dengan buah hati pujaan hatinya. Ini yang Andy tak nak tengok. Mulalah main hentak-hentak kaki. Seorang lagi si gedik yang tak sedar diri awak tu lelaki ada hati nak jadi perempuan.

“Ada yang di depan mata kau langsung tidak mahu pandang.” desis Linda dalam hati.

            “Datin…maaf saya tak dapat nak terima tawaran datin tu. Saya ada banyak kerja yang perlu saya lakukan.” Kid menolak sopan.

            “You takut dengan boss youkan? I boleh explain pada dia nanti. Please…” Datin

Sam merayu. Untuk produk komersial itu dia perlukan bantuan Kid menarik pelanggan-pelanggannya. Kid amat sesuai menjadi modelnya. Segala pakej ada pada Kid.

            “Saya tidak berminat datin. Saya tiada masa untuk itu semua.” jelas Kid.

            “Ala Kid. Tolonglah I. I sudah tiada masa nak cari orang lain dah.” Datin Sam masih mengharap. Kid tetap gelengkan kepalanya. Muncung sedepa mulut Datin Sam. Payah sungguh mahu memujuk Kid.

            “Datin Sam.” Firdayu tertonggok berdiri di depan pintu biliknya. Bibirnya melemparkan senyuman manis. Terkejut dia melihat mak datin datang ke ‘Rosette Fashion Designer’. Ingat tadi nak buat tempahan baju. Rupanya mahu menempah Kid. Banyak cantik muka mak datin kerepot. Ingat senang-senang ke dia nak melepaskan PA kesayangannya itu.

            “Cik Firdayu. I datang ni nak pinjam your PA untuk model iklan komersial I. I mahu pinjam sehari saja.”

            “Sorry…Kid PA I. So I tidak akan semudah itu akan pinjamkan dia kepada you. Dia hanya akan buat kerja untuk I.” Firdayu menjegilkan biji matanya kepada Datin Sam.

            “Kenapa you nak kedekut sangat Cik Firdayu. You takut I rampas PA you. Hey! I bukannya nak apa-apakan Kid. Kid dah I anggap macam anak bujang I. I pun tahu I dah tua. I ada laki dan ada anak-anak yang baya Kid.” gerutu Datin Sam.

            “Apa alasan you I tetap katakan tak boleh.” Jangan haraplah mak datin tu nak ambil Kid jadi model. Dia tidak akan bagi pelepasan.

            Sudah! Pasal Kid dua wanita bertekak. Kid pula hanya diam membisu. Buat tak endah sambil meneruskan kerjanya. Suara Firdayu dan Datin Sam tidak menjejaskan konsentrasi Kid. Pekerja-pekerja yang lain juga sudah duduk di tempat masing-masing. Kalau duduk menengok tak buat kerja alamaklah kena smash dengan Firdayu.

            “Kid! I boleh bayar dua kali ganda dari boss you ini berikan gaji pada you. Lagipun muka you lebih layak jadi Malaysians top model dari PA perempuan ni!”

            “Jangan haraplah Kid akan ikut you. I dah katakan tadi Kid hanya akan bekerja dengan I.” Firdayu menegaskan. Kid hanya akan mengikut arahannya.

            “Kid!” Datin Sam menoleh ke arah Kid. Kid sudah tidak berdiri di belakangnya. Lelaki itu sudah duduk melakukan kerja yang tertangguh. Malas dia melayan benda remeh-temeh ini. Firdayu ketawa kecil.

            “You fikir mat skema macam Kid layak jadi model you. Tolonglah….Dia hanya layak kerja di bawah I tahu. Lupakan saja impian you itu.” Firdayu menunjalkan jari pada dahi Datin Sam.

            “I tetap tidak akan putus asa pada Kid. I akan pastikan dia jadi model komersial I.” Lenggang lenggok Datin Sam bertubuh gempal itu berjalan menghampiri meja kerja Kid. Sekeping kad nama diletakkan atas meja itu. Datin Sam kenyitkan mata pada Kid. Kid gelengkan kepala. Dia tahan tawa dalam hati.

            “Jangan lupa contact I bila you dah ubah fikiran.” Datin Sam melambaikan tangan pada Kid. Siap bagi flying kiss lagi. Saja nak mendidihkan darah Firdayu. Pekerja-pekerjanya  sudah terburai ketawa. Mencuka muka Firdayu. Tidak senang dengan tingkah laku Datin Sam pada Kid. Menjengkel hatinya.

            “Kid! Masuk ke bilik I!” arahnya.

            Kid tidak membantah. Dia bingkas bangun menurut langkah Firdayu.

No comments:

Post a Comment