Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, January 7, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 10

KID bergegas ke hospital sebaik saja menjejakkan kaki di lapangan terbang Shanghai. Dia mengikut alamat yang Firdayu berikan. Teman yang di bawa bersamanya adalah Andy. Itu pun setelah puas Andy mendesak mahu mengikutnya. Anday kata dia lebih amat diperlukan untuk pertunjukkan fesyen itu dari staf-staf yang lain. Setelah diteliti dan difikirkan berulang-kali Kid bersetuju Andy ikut serta. Dia tidak memaklumkan kepada Firdayu tentang Andy. Apa yang dia fikirkan terbaik, Kid akan terus melakukannya tanpa persetujuan Firdayu. Jika wanita mengamuk dia akan tutup telinga sahaja.

Satu tingkat ke satu tingkat mereka mencari bilik Firdayu di tempatkan. Ingin bertanya Andy bukannya fasih berbahasa mandarin. Kid? Lelaki itu dilihat sudah mendekati seorang jururawat di hospital berkenaan. Kid berbicara dengan jururawat yang bertugas itu. Andy memasang telinga. Dengar seperti Kid berbahasa mandarin dengan jururawat terbabit. Biar betul?

“Thank you.” ucap Kid kepada jururawat itu.

Andy mengikut saja langkah Kid. Mereka tiba di sebuah wad persenndirian yang agak eklusif. Lantas Kid menolak pintu bilik tersebut. Wajah Firdayu terdampar di depan matanya. Firdayu melirik senyuman tetapi senyuman itu mati sebaik saja melihat Andy di belakang Kid. Bila pula dia suruh Kid membawa mamat ‘sotong’ ini bersamanya.

“Wah! Berbalut macam mumia kaki you, Cik Firdayu!” lantang sekali Andy bersuara.

“Jaga-jaga mulut you!” getus Firdayu. Andy menekup mulut. 

Kid sekadar membisu. Matanya tidak lari dari menatap wajah Firdayu. Tidak nampak apa-apa kecederaan serius pada wanita itu. Hanya sekadar kakinya yang berbalut. Kid menarik nafas lega.
“Apa yang terjadi?” suara Kid.

Firdayu mengangkatkan kepalanya memandang Kid. “I terjatuh dari tangga lif sebab I mahu berpatah balik kerana gelang tangan I tercicir.”

“Gelang tangan?” Berkerut muka Kid.

Firdayu anggukkan kepala. Ala gelang murah. Tidak mengapalah kalau gelang itu hilang sekalipun. Dia boleh dapatkan gelang yang lain.

“Lain kali sila berhati-hati sedikit Cik Firdayu ketika saya tiada di sisi cik.” pesan Kid. Wajahnya menjadi makin serius.

“Apa you ingat I perlukan perlindungan you dua puluh empat jam ke?” Firdayu mencebik. Dia perlukan perlindungan Kid dalam masa-masa tertentu sahaja. Terutamanya bila dia rasa keselamatan dirinya agak terancam. Biasalah dia ramai musuh-musuh di kalangan kaumnya ini.

Firdayu yang suka mencari pasal. Dia tidak pernah serik diserang atau dimaki hamun. Malah kenakalan Firdayu kian menjadi-jadi. Pantang nampak lelaki kacak yang memenuhi kriteria yang diidamkan dia akan mengusik dan menggoda. Bila bosan dia akan mencari pengganti yang baru. Tiada perhubungan yang terjalin dengan serius pada wanita jelita ini.

Masalah yang Firdayu timbul adakalanya menyusahkan Kid. Kid menjadi orang tengahnya untuk dia melepaskan diri. Kalau orang pasti sudah muak dan jelak dengan perangai boss seperti dia.

“I mahu keluar hari ini.” ujar Firdayu. Rimaslah duduk dalam hospital. Dia ke Shanghai bukan untuk terlantar di sini.

“Kaki cik sudah boleh bergerak ke?” Kid terus memeriksa kaki Firdayu yang berbalut itu tanpa dipinta. Dia memicit sedikit. Firdayu menjerit kecil.

“Sakitlah bodoh!” jeritnya. Dia balingkan bantal pada muka Kid.

“Jadi…Cik Firdayu tidak boleh keluar dari hospital lagi.”

Firdayu menjegilkan biji matanya.

“I dah kata yang I mahu keluar hari ini. Understand!” Firdayu meninggikan suaranya. Andy sudah menekup telinga. Firdayu kalau sudah menjerit boleh bagi gengendang telinga pecah. Kalau dia melayan lelaki bukan main lemah-lembut lagi tutur katanya.

SETELAH membayar bil-bil hospital, Kid merapati Firdayu yang sedang menunggu di bangku hospital dengan tongkat di sisinya. Andy terlebih dahulu bergerak ke tempat pertunjukkan itu berlangsung. Terjongket-jongket Firdayu berjalan menggunakan tongkat. Sukar untuk dia bergerak. Tiada cara selain dia terpaksa memimpin wanita itu menuju ke pintu utama.

Mereka tiba di Les Suites Orient, hotel penginapan Firdayu. Hotel tersebut menawarkan bilik-bilik yang mewah dengan Wi-Fi percuma dan pemandangan menakjubkan Sungai Huangpu. Memiliki reka bentuk yang artistik dan gaya Oriental, hotel ini terletak di sepanjang kawasan bersejarah Bund. Ia juga menawarkan gaya Eropah moden, bilik-bilik di Les Suites Orient dilengkapi lantai kayu dan bilik mandi marmar. TV satelit, pemain DVD dan kemudahan membuat teh dan kopi juga disediakan.
Pusat kecergasan yang serba lengkap memastikan para tetamu dapat menikmati senaman yang bertenaga. Selain perkhidmatan dobi dan cucian kering, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan kesetiausahaan.

Restoran di Les Suites Orient menyajikan sarapan bufet dan pelbagai jenis hidangan Asia. Les Suites Orient terletak kurang dari 1km dari Taman Yuyuan. Muzium Shanghai terletak kira-kira 1.8km dari hotel ini. Firdayu memang punya citarasa yang tinggi. Firdayu mengambil briefcase dan beberapa buah fail. Semuanya dia serahkan kepada Kid. Kemudia mereka bertolak ke tempat pertunnjukkan itu berlangsung.

Dewan pertunjukkan telah mula dipenuhi oleh para tetamu. Firdyau duduk di kerusi hadapan pementasan. Wanita itu tidak boleh bergerak ke sana dan ke sini seperti selalu. Itu yang merimaskan Firdayu. Kid beredar untuk melihat Andy di belakang pentas. Dia akan ambil alih tampat ketuanya itu memantau keadaan.

“Kid!” Andy terus menyerbu. Berpeluh sakan wajah temannya itu. “I tidak cukup tangan mahu uruskan semua.” adunya manja.

Kid memandang keadaan sekeliling. Suasana yang riuh-rendah dan membingitkan telinga. Pereka-pereka sibuk menguruskan model mereka. Dunia fesyen tidak seindah yang dikata. Ada ketikanya rekaan tidak mampu memuaskan hati pelanggan. Ada ketikanya rekaan mendapat kritikkan hebat dari mulut si professional. Model-model sekadar mengayakan di atas pentas. Lihat saja pada pereka yang sedang dimarahi oleh ketuanya itu. Rekaannya seperti tidak memenuhi cita rasanya ketuanya itu atau ada kritikkan dari para jemputan di pertunjukkan tersebut.

“Kita bertemu lagi.” Dato’ Aminuddin terpacak di hadapan Firdayu. Lelaki itu cukup bergaya dengan pakaian kasualnya. Tanpa dijemput dia duduk bersebelahan dengan wanita itu.

“I ingat you tidak datang tadi.”

“I tidak akan lepaskan peluang untuk bertemu dengan gadis sejelita you untuk kali kedua. Lagipun I sudah berjanji untuk bawa you berjalan-jalan menikmati keindah kota Shanghai ini.” Dato’ Aminuddin melirik senyuman nipis. Tidur malamnya tida lena kerana wanita ini. Pertemuan pertama telah membibitkan getaran di hati lelakinya.

Firdayu ketawa kecil. 

“Lelaki tidak akan melupakan I dalam pertemuan pertama dengan I.”

“Ya. I tidak nafikan semua itu. Dan I salah seorang darinya.” 

“You seperti sudah tahu tentang I?” Firdayu menyoal. 

“Rumor tentang you sering mendapat tempat di media-media terkini. You lebih popular dari seorang artis. Berapa orang lelaki telah menangis kerana you?”

Firdayu tertawa lagi. Lelaki kecewa kerana cintanya? Itu bukan masalah dia. Itu masalah mereka. Mereka yang bodoh! Untuk apa mereka mendekati dia sekiranya mereka sudah tahu siapa dia. Mereka yang tidak mampu menahan godaan dan kata-kata manisnya. Mereka sendiri meninggalkan isteri dan kekasih mereka. 

“I tidak dapat mengira bilangan lelaki yang menangis kerana I.” Firdayu merenung ke dalam anak mata Dato’ Aminuddin. 

“Wanita-wanita di luar sana mengatakan you perempuan yang menakutkan tapi I lihat you tidak menakutkan I langsung. You jelita dan penuh karisma yang diidamkan lelaki tapi you beracun.” Lelaki ini cukup berterus-terang. 

“You tidak takut dengan racun I?” 

Dato’ Aminuddin ketawa. “Racun you boleh membunuh I ke?”

“Racun I buat lelaki seperti you sakit jiwa.”

“Ya. I sudah mula sakit jiwa dengan you.” 

Mata mereka bersatu. Kid memandang di balik tabir pentas. Lelaki yang berada di sisi Firdayu itu tidak dikenalinya. Mungkin kenalan baru Firdayu. Wanita itu pantang nampak lelaki kacak yang kaya raya. Kid gelengkan kepala. Lepas satu…satu masalah yang akan ditimbulkan oleh Firdayu. Patutlah Encik Fahrin pening kepala dengan sikap anak tunggalnya itu. 

Tamat saja pertunjukkan atas pentas, Firdayu sudah lesap dengan lelaki yang bersama tadi. Mujur Kid membawa Andy bersamanya. Tidaklah teruk dia menguruskan kerja di belakang tanpa Firdayu. Firdayu lepas tangan jika sudah berada di sini. Kalau sudah dapat menjerat lelaki, dia mana ingat benda lain. Cinta umpama alat permainan bagi Firdayu.

Firdayu…wanita itu penuh kepura-puraan. Dia seorang pelakon hebat di atas pentas realiti ini. Bibirnya manis mengeluarkan kata tetapi hatinya berbisik dengan kepalsuan. Dia tidak tegar pada kekalahan dan kerana dia ingin menang dalam apa jua pertaruhan dalam hidupnya. Kemewahan menjadi tunggak utama kehidupan Firdayu. Erti kata lain ‘no money no talk’ Kejamnya Firdayu pada percintaan. Apakah dia tidak punya secebis perasaan cinta di hati? Apakah dia pernah punya kisah silam yang menyakitkan? Siapa yang tahu?

Dato Aminuddin memimpin Firdayu berjalan di sisinya. Firdayu senang hati dengan keprihatinan Dato’ Aminuddin terhadap dirinya. Mereka berhenti di sebuah kafĂ© milik seorang peniaga Muslim untuk melepaskan kepenatan. Mereka duduk sambil berbual mengenai perihal diri masing-masing. Dato’ Aminuddin melancong ke Shanghai untuk melarikan diri dari kisah cintanya yang rumit. Dia keliru dengan kekasihnya yang suka berubah pendirian. Dia luahkan segalanya kepada Firdayu. Mungkin wanita seperti Firdayu bukan pendengar yang baik tetapi dia rasa lega bila berbicara dengan wanita itu.

“I tidak berani mengeluarkan pendapat kerana I bukanlah pencinta setia.” Firdayu menghirup kopinya perlahan.

“Apakah you tidak ingin merasai kemanisan sebuah cinta? You pernah baca kisah cinta Romeo dan Juliet atau kisah Qais dan Laila?”

Firdayu gelengkan kepala. “You tahu cinta ini seumpama sebiji bawang. Ketika bercinta you mencari cinta yang mendalam….jika you ingin tahu erti cinta you harus mengupas lapisan-lapisan topeng misteri itu Tapi kesudahannya, you akan sedar tiada apa-apa di dalamnya kecuali… air mata.” Satu jawapan yang mengejutkan Dato Aminuddin.

“Apakah you pernah dilukai oleh cinta?” 

Firdayu melirik senyuman dengan pertanyaan Dato’ Aminuddin itu. Dia yang mempermainkan cinta dan bukan cinta yang mempermainkan dia. Jadi masakan dia pernah dilukai oleh cinta itu.

“Terus terang I katakan yang I tidak berminat dengan cinta. Kalau I adalah racun pada lelaki maka cinta itu juga adalah racun pada I. Seumur hidup I…I tidak merasai apa itu nikmat cinta.” Firdayu menongkat dagu sambil memengang cawan kopinya. 

“You anti pada cinta?” soal Dato’ Aminuddin lagi. Firdayu jongketkan bahu. Wanita ini kian menimbulkan persoalan pada dia. 

“Kalau you nak tahu siapa I…you kena masuk dalam dunia I.” balas Firdayu. 

Dato’ Aminuddin membisu. Masuk ke dalam ‘dunia’ Firdayu? Apa maksud wanita ini? Dia mengusap-usap dagunya. Dia memakukan matanya pada Firdayu. Wanita kelihatan bersahaja tanpa sebarang reaksi. Hanya senyuman terukir pada bibirnya yang merah menyala itu.

Keesokkan harinya, Dato’ Aminuddin menghantar Firdayu dan yang lain di lapangan terbang Shanghai. Kata-kata Firdayu tempohari masih difikirkan. Dia makin tertarik dengan Firdayu. Bukan saja pada kejelitaan yang dimiliki oleh Firdayu tetapi juga karisma yang ada pada wanita itu.

“Terima kasih kerana menemani I di sini.” ucap Firdayu.

“I juga berterima kasih pada you. You telah membuka mata I.”

“Membuka mata you?”

“Ya. You wanita yang tidak akan tunduk pada cinta. Wanita yang pinta I masuk ke dunianya.”

Firdayu tersenyum. Dato’ Aminuddin berpaling sebaik saja kelibat Firdayu lenyap dari pandangan matanya.

No comments:

Post a Comment