Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, January 6, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 7


“I kenalkan pada you anak lelaki I, Ahmad Alfi Bin Datuk Wasef.” Bulat anak mata Fidayu apabila anak muda itu memalingkan wajahnya. Alfi jua memberikan reaksi yang sama. Mereka saling menunding jari. Datuk Wasef dan Helmi mengerutkan dahi.
            “Kau!!!” Afli separuh menjerit.
            Ouch! Firdayu memuncungkan bibirnya. Budak ini rupanya anak Datuk Wasef si buaya tua itu. Ah! Peduli apa dia. Siapa pun budak itu dia tidak takut. Ini Firdayulah. Lelaki yang akan melutut di kaki ku bukan aku yang melutut pada lelaki!
            “You dan anak I sudah saling-mengenalikah Cik Firdayu?” soal Datuk Wasef agak kehairanan. Firdayu gelengkan kepala.
            “Hari ini baru kami berkenalan.” Firdayu sengaja  berdalih. Alfi mengetap bibir. Bengang sungguh dia dengan Firdayu. Kejadian di Hotel Hilton masih segar dalam ingatan Alfi. Dia tidak akan melupakan keangkuhan Firdayu lama itus.
            “I Firdayu Fahrin. Nice too meet you.” Firdayu menghulurkan tangan. Senyuman terukir di bibirnya. Lambat-lambat Alfi menyambut huluran tangan Firdayu.
            “Ahmad Alfi.” balas Afli agak gugup sedikit. Siapa tak gugup kalau bersalaman dengan wanita jelita macam Firdayu. Makin dekat makin bergentar hati ni. Dup Dap! Dup Dap! Berdengup kencang jantung Alfi. Lebih-lebih dengan haruman semerbak di tubuh Firdayu.            
“Anak I kacak macam I jugakkan.” Datuk Wasef menangkat keningnya. Firdayu
sekadar memaniskan muka.
            Uwekkk! Nak muntah aku dengar kata-kata orang tua ni. Anak dia memanglah kiut-miut tapi ayahnya sudah berkedut seribu. Itupun masih ada hati nak suntik botox kasi tegang. Datuk Wasef….aku akan biarkan kau terus bermimpi di siang hari. Bila tiba masanya aku akan say good bye pada kau. Lainlah anak kau ini. Nampak boleh tahan. Firdayu kerling Afli dengan pandangan manjanya. Terkedu Alfi. Segera dia mengalihkan mukanya. Firdayu sedar yang Alfi tidak sukakan dia. Tentu saja pasal kejadian di Hotel Hilton tempohari.
“Anak you sambut ulang tahun yang ke berapa Datuk?”
“Hahahaha! Alfi bukan birthday boy untuk malam ini. Birthday girl untuk anak
bongsu I.” Datuk Wasef memuncungkan mulut pada gadis ayu di sisi isterinya, Datin Naemah. Tak kelihatan pula isteri kedua Datuk buaya itu.
 Firdayu memberikan isyarat matanya pada Datin Naemah. Wanita sekadar memalit senyuman tawar. Datin Naemah memang tidak menduga yang suaminya akan menjemput Firdayu ke dalam majlis hari lahir anak gadis mereka. Berita yang tersebar tentang Firdayu di dalam akhbar tidak pernah ada yang baiknya. Semua pasal skandal dia dnegan lelaki-lelaki korporat atau artis. Wanita yang mampu mengugat wanita-wanita sepertinya. Datin Naemah tahu dia tewas dengan serba serbi dengan wanita itu.
“Ermmm…I fikirkan si cute ini birthday boy untuk malam ini. Rupanya I silap.” Firdayu ketawa kecil. Ketawa yang dihamburkan sekadar dibuat-buat. Makin erat dia memaut lengan Helmi dan makin jua Datuk Wasef menahan rasa cemburu di hati.
“Anak I lelaki ini degil sikit. Dah puas I suruh dia kerja dengan I tapi dia masih nak berdikari sendiri. Pening kepala I.” Datuk Wasef menepuk-nepuk bahu Alfi. Alfi mencebik. Dia jenis yang tidak suka dipaksa buat perkara yang dia tidak suka. Dia tidak berminat mahu mewarisi perniagaan ayahnya.
“Budak-budak Datuk.”  Helmi bersuara.
“Budak-budak cute macam anak Datuk ini memang nakal sedikit. Mereka tidak sukakan kongkongan.” Firdayu masih memakukan mata pada Alfi buat Afli merasa rimas. Wanita itu sengaja mahu menggodanya.
Alfi sudah mengingatkan dirinya yang Firdayu bukan taste yang sesuai menjadi seorang teman tapi mesra. Malang sungguh kalau ada lelaki yang memperisterikan poison ivy itu. Dia pun dah terikut-ikut seperti Dali gelarkan perempuan angkuh nak mati itu ‘poison ivy’. Penggoda dan penggikis! Mintak-mintak jauhkan hati aku dari terpesona dengan kejelitaan dan kemanjaan dia. Doa Alfi dalam hati
Ketika Helmi berbual-bual dengan Datuk Wasef, sempat Firdayu melirikkan mata ke arah Kid yang masih setia melayan mak-mak datin. Tak nak nampak Kid ketawa atau tersenyum. Muka Kid kaku macam orang pakai botox aja. Yang Firdayu nampak kepala Kid angguk-angguk lepas itu geleng-geleng. Kid betul-betul perbodohkan diri layan mak-mak datin tu. Tak mengapalah asalkan mak-mak datin tu tak apa-apakan Kid.
“I nak ambil makanan.” bisik Firdayu manja. Dia nak mengelak diri sekejap. Matanya sudah menangkap pada sekujur tubuh yang sedang enak menikmati minumannya berhampiran kolam renang itu. Siapa lagi kalau bukan Mr. Perfect, Ruzair Tan Sri Hamzah. Dia sudah memikirkan satu rancangan yang baik untuk lelaki itu. Firdayu mahu lihat kehebatan Ruziar. Mampukah Ruzair Menahan godaan dia nanti. Firdayu mahu menjahanamkan gelaran Mr. Perfect Ruzair Tan Sri Hamzah. Dia akan buat Mr. Perfect pujaan ramai itu tunduk di kakinya.
“Apa kata I ambilkan untuk you.” Helmi menawarkan diri. Laju Firdayu menggeleng.
“I boleh ambil sendiri.” Dia berlalu. Helmi jungkit bahu.
Ruzair cuba mengalih pandang. Tapi lirikkan matanya tidak mampu untuk beralih arah pada wajah jelita Firdayu. Hatinya seakan meronta-ronta mahu mendekati wanita
yang memilih sajian-sajian enak di hadapan matanya. Dia gagal membolosi ketahanan diri bila mana Firdayu mengangkat kepalanya. Mereka saling bertentangan mata. Firdayu mengukirkan senyuman. Ruzair memenjamkan mata dan menarik nafas panjang. Bila dia bukakan mata wajah jelita Firdayu sudah tiada.
            “You mengintip I.” suara lunak manja Firdayu mengejutkan Ruzair. Bila masa pulak Firdayu sudah berada di belakangnya.
            “I hanya memerhatikan keindahan makhluk Tuhan di depan mata I. Salahkah?” Ruzair menyusun kata menutup debaran di hati yang kian bergolak.
            Firdayu ketawa halus.
            “You tidak patut memandang wanita lain Ruzair. You sudah punya pencinta setia di sisi you. Jangan terjebak dengan wanita jelita seperti I. I racun yang sukar untuk you tawarkan.” Firdayu melekapkan jari telunjuknya pada bibir Ruzair.
            “Tiada racun yang tiada penawarnya, Cik Firdayu.” Ruzair menepis lembut jemari halus Firdayu.
            “I rasa you sudah banyak dengar cerita tentang I. Takutkah you pada I?”
            Giliran Ruzair memecahkan tawa di bibir. Takut? Takut pada seorang wanita sejelita ini. Mengarut! Apa yang wanita jelita ini boleh buat pada dia. Menghancurkan empayar perniagaannya. Firdayu masih tidak layak. Jadi tiada apa-apa yang perlu dia takutkan pada wanita yang bergelar poison ivy ini!
            “You buat lawak dengan I kah Cik Firdayu?” Bau haruman wangian yang dipakai oleh Firdayu mula menyesakkan nafas Ruzair. Tidak keruan dia.
            “I nampak buat lawakkah? Jangan pandang rendah pada wanita lemah seperti I. I mampu menjadi ular yang membelit.” Firdayu  menghembuskan nafas halus pada cuping telinga Ruzair. Ruzair hanya mampu menelan air liur. Senyuman nakal Firdayu kian melebar.
            Fahmy melilau mencari Ruzair. Ruzair suka menghilang secara mengejut. Dia ingin memperkenalkan Ruzair pada beberapa orang ahli perniagaan. Fahmy sudah garu kepala hanya seketika. Terbeliak biji matanya bila dilihat Ruzair bersama Firdayu. Fahmy merengus kasar. Sudah diberikan amaran berkali-kali. Ruzair tidak mahu mendengar kata! Laju dia mengatur langkah. Tidak akan dibiarkan Ruzair jatuh ke dalam tangan poison ivy  itu!
“Ruzair!” panggil Fahmy dari jauh lagi. Fahmy berlari-lari anak.
Ruzair tersentak. Firdayu melambaikan tangan pada Fahmy. Bibirnya tidak akan lekang dengan senyuman.
“Puas I cari you. Di sini you bercengkarama ya.” Sekadar buat gurauan bodoh. Fahmy jeling Firdayu di sisi Ruzair. Ingat Firdayu akan takut dengan jelingan dia ke? Sorryla…perempuan itu bukan jenis makan saman. Itu yang susah dia nak menangani Firdayu.
“Mulut you cakap baik-baik sikit.” desis Ruzair. Ruzair memaut leher Fahmy. Ditenyeh-tenyeh kepala teman baiknya itu.
“Cik Firdayu…” Ini yang buat Firdayu menyampah ni. Suara serak-serak basah itu yang dia tak mahu dengar ketika ini. Firdayu mendengus kecil. KID! Penyibuk betullah. Tadikan Mr. Stone Cold itu sibuk melayan mak-mak datin. Sekejap betul boleh tertonggok mukanya di depan mata. Macam ahli magic.
Kid berdiri tegak di samping Firdayu. Kid memberikan senyumannya pada Ruzair dan Fahmy. Fahmy terkedu tapi tidak Ruzair. Macam bersusah payah saja pembantu Firdayu itu nak tersenyum gayanya. Nampak menakutkan. Apa pun Fahmy hulurkan tangan untuk berjabat dengan Kid. Kid menyambut huluran Fahmy.

“CIK Firdayu tak patut tinggalkan majlis Datuk Wasef  begitu saja.” suara Kid ketika sedang memandu kereta. Dia kerling Firdayu di belakang yang duduk macam tuan puteri.
            Firdayu sedang membelek wajah di hadapan cermin bedaknya. Dia tidak kisah kalau Datuk Wasef atau pun Helmi mengamuk kerana dia meninggalkan majlis separuh jalan. Siapa mereka yang mahu menyekat kebebasan dia atau mencampuri urusan peribadi dia. Bukan mereka yang mengawal dia tapi dia yang akan mengawal hidup mereka. Firdayu ketawa besar.
            “Please Cik Firdayu. Jangan cik mengilai macam pontianak malam-malam begini. Tegak bulu roma saya. Lagipun  malam ini malam jumaat cik.” tutur Kid selamba.
            Firdayu terus senyap. Benci betul dengan budak seorang ini. Mulut dia selalu tak tahu nak bertapis bila bercakap. Sudahlah main sembur selamba punya. Tak tahu nak jaga hati perempuan langsung budak Kid ini.
            “Kid! Firdayu meninggikan suaranya. Muka jelita itu sudah berkerut-kerut macam perempuan sihir. Sebijik sangat dah.
            “Ya Cik Firdayu.”
            “Tolong buat research pasal anak lelaki sulung Datuk Wasef.”
            “Budak hotel yang Cik Firdayu suruh dipecatkan itu ke? Nak masuk dalam list pilihan jugak? Budak kecik pun Cik Firdayu nak jadikan santapan.” Kid gelengkan kepala. Tengok muka cute Alfi dia sudah boleh agak anak muda itu masih dalam awal 20an. Makin besar selera perempuan seorang ini. Kid gelengkan kepala.
            “Jangan banyak songeh Kid. Buat apa saja yang I suruh. Understand!”
            “Baik Cik Firdayu.”
            Mereka diam seketika.
            “You ada tengok filem Jennifer Body?”
            “Saya pernah tengok cik.”
            “You tak takut I makan you?”
            “Tak Cik Firdayu. Saya tahu Cik Firdayu takkan makan lelaki seperti saya. Santapan Cik Firdayu hanya lelaki-lelaki kaya sebab Cik Firdayu perempuan materialistic!”
            “You memang jujur Kid.” Firdayu mengibaskan rambutnya ke belakang. “But I’m really hungry.” sambung Firdayu.
            “Okay. Cik mahu saya behenti di restoran eklusif mana?” tanya Kid.
            “I mahu you yang sediakan dinner I? You mesti tak boleh bantah arahan dari I.”
            “Baik Cik Firdayu.” Kid menurut arahan. Kereta BMW berwarna hitam bekilat itu melencong masuk pengarangan banglo yang megah umpama mahligai itu.
            Encik Fahrin tidak terkejut melihat kelibat Kid keluar dari kereta anak perempuannya itu. Dia sudah biasa menerima kehadiran Kid di rumahnya. Dia nak menegah Firdayu pun tiada guna. Hanya membuang air liur. Firdayu terlalu mempergunakan Kid untuk kepentingan diri. Bukan takat kerja di pejabat Kid diarah malah kerja-kerja di rumah pun Kid diarah. Sakit kepala Encik Fahrin dengan anak yang seorang ini. Karenahnya menyakitkan mata. Sudah tidak boleh dibilang berapa teman lelaki orang dan rumahtangga wanita lain yang Firdayu huru-harakan.
            “Babah!” Firdayu tersenyum seraya memeluk erat tubuh si ayah. Kid hanya memandang saja gelagat manja cik muda yang tergedik-gedik.
            “Apa khabar Kid?”
            “Baik-baik saja Encik Fahrin.” balas Kid bersahaja.  
Tidak lagi perlu dijemput masuk. Kid terus saja mengaturkan langkah kakinya. Arah tujuan Kid pastinya menuju masuk ke dapur yang sebesar ruang tamu rumah sewanya itu. Orang kaya katakan. Tukang gaji ada tujuh orang. Masing-masing ada khidmat sendiri dalam banglo besar itu. Tak puas hati dia buang. Kemudian dia ambil yang baru. Macam dia salin lelaki jugaklah. Main tukar-tukar ganti. Kid sudah bersedia mengambil alih pengurusan di dapur. Kid menyarungkan apron pada tubuhnya. Lagaknya mengalahkan chef di hotel. kecekapan Kid di dapur sudah nak dipertikaikan. Lagi hebat dari tukang masak Firdayu yang sedia ada.
            Kelincahan Kid melakukan kerja memasak diperhatikan oleh Firdayu. Ada setengah masa dia punya sedikit keraguan dengan Kid. Latar belakang Kid terlalu misteri. Sungguh diselubungi misteri. Kid tidak pernah bercerita tentang perihal keluarganya. Adakah Kid seorang anak yatim yang tiada ibu bapa? Firdayu hanya membuat andaian sendiri.

No comments:

Post a Comment