Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, January 7, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 20

“DATO’ Aminuddin melamar I” suara Firdayu sebaik saja Kid melabuh punggung dihadapannya.
            “Baguslah.” balas Kid pendek. Lepas ini sah-sah Firdayu akan kena serang dengan teman wanita bujang telajak itu. Kena buat kawalan dua puluh empat jam lah nanti.
            “Ah! Sayangnya dia masih belum layak menangani kekayaan Ruzair. Kalau tidak terus saja I terima lamaran dia tadi.” Firdayu mengeluh kecil sambil menongkat dagunya. Wajah kacak Ruzair terbayang di ruang matanya. Bersilih ganti dengan wajah lelaki yang hampir-hampir dia kecapi kekayaannya dulu.
            “Cik Firdayu ini bukannya mencari cinta tapi bermain dengan cinta.” Kid yang lebih mengeluh panjang. Susah betul nak bagi perempuan seorang ini sedar diri sikit. Asyik nak bermain-main saja. Hari dah kian berlalu. Dia masih tidak sedar-sedar ke?
            “Apa salahnya bermain dengan cinta. Lagipun pada I mencari cinta adalah satu perkara yang membosankan. Bad feeling! Tak seronok langsung!” Apa tidaknya calon-calon yang Kid senaraikan tak cukup hebat. Bosan gila! Rasa dah malas nak pergi bertemu janji.
            “Itu masalah Cik Firdayu. Apa pun Cik Firdayu kena patuhi perjanjian yang Cik Firdayu tandatangani sendiri. Ingat Cik Firdayu. Apa jua milik Cik Firdayu terletak dalam perjanjian tersebut.” Kid memang jenis tidak kenal erti jemu untuk mengingati Firdayu. Sampai adakalanya Firdayu naik fed-up.
            “I tahulah. Apa you ingat I bodoh sangat nak kehilangan harta pada perempuan tua tu! Tapi just kali ini I tak mahu lagi adakan temujanji dengan calon-calon yang you senaraikan tu. I nak ubah selera I.”
            “Ubah selera. Cik Firdayu tak pernah ubah selera pun saya tengok. Selera Cik Firdayu tetap pada barang yang berjenama bukan barangan tempatan.” Kid pandang tepat pada wajah Firdayu.
            “You perli I.”
            “Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya Cik Firdayu.”
            Firdayu menggigit bibir.
            “I rasa nak cekik-cekik leher you Kid. You inikan suka sangat nak menaikkan darah I. Mujurlah you pembantu terbaik I. If tidak dah lama I humban you keluar!”
            “Ouch! Saya tidak kisah Cik Firdayu. Saya seorang pekerja. Dan Cik Firdayu adalah boss. So Cik Firdayu boleh pecat saya bila-bila masa yang cik suka.”
            “No…no…no…I tak akan pecat pekerja terbaik I. Kalau I pecat you pasti you akan bekerja dengan Datin gempal tu nanti.” Firdayu menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Dia campak sebuah majalah di atas mejanya. Jelas muka Kid terpapar di muka depan majalah itu. Kacak! Baru dia tahu mamat skema depan matanya itu seorang lelaki yang kacak.
            “Oh! Cik Firdayu dah tengok rupanya.” Kid tidak teragak-agak mencapai majalah tersebut. Tiada apa-apa yang menarik pun pada majalah tersebut. Kid meletakkan kembali di atas meja kaca Firdayu.
            “Selama ini you sembunyi wajah kacak dari I ya Kid. Apa kata lepas ini you jadi model untuk pakaian I? I sekarang sedang kekurangnan model lelaki.” Firdayu memandang Kid tajam. Beranilah Kid kata tidak bersetuju dengan dia. Tengah kelam-kabut begini tak sempat dah nak cari muka model baru.
            “Saya menolak Cik Firdayu.” Dah agak dah jawapan yang Kid berikan. Kid kalau bab-bab gini memang susah nak pujuk dia. Tak kiralah dia setuju atau tidak Firdayu tetap akan paksa Kid naik atas pentas peragakan rekaan terbarunya. Takkan nak suruh model-model perempuan peragakan pakaian lelaki pulak.
            “I’m your boss so you kena ikut cakap I.”
            “Dalam offer letter tak suruh saya jadi model kat sini Cik Firdayu. Begitu juga dengan job yang buat sekarang ini. Jadi bodyguard, tukang masak dan driver tidak termaktub dalam kerja saya.”
            Ini ada ciri-ciri nak menunjukkan protes. Ada sesiapa ke yang menghasut PA kesayangan dia ini. Tak boleh jadi! Orang paling disyaki adalah Datin gempal itu. Apa nama dia…Ala Datin Sam untuk singkatan nama Shamsiah. Dia taruh ubat guna-guna pada Kid ke? Datin sekarang mana boleh percaya sangat. Banyak bela anak ikan. Orang yang cakap itu pun dua kali lima. Tak sedar diri yang awak itu pun jahat berhantu jugak.
            “Siapa dah hasut you ni? You dah berani nak membantah arahan dari I.”
            Firdayu rasa tidak puas hati.
            “Baru nak membantah sikit dah melenting. Tiada sesiapa nak hasut saya, Cik Firdayu. Saya memang tidak berminat naik atas pentas tayang body.”
            “Oooo…tayang muka depan majalah takper pulak.”
            “Siapa yang suruh saya jadi model iklan komersial tu, Cik Firdayu jugakan. Dalam hal itu bukan salah saya.” Kid betulkan kaca mata yang terletak atas batang hidungnya yang mancung itu.
            Firdayu merengus kecil. Kalau Kid dah kata tak nak maka bukan mudah untuk memaksa mamat skema tu. Firdayu kena cari alternatif lain. Dia mula memerah otak yang sekian lama tidak perah itu.
            “I rasa I tahu siapa yang boleh tolong I.” Bibir Firdayu mengukir senyuman.
            “Mesti plan yang tak baik punya.”
            “Tak kisahlah janji show I berjaya. Siapa suruh you tak mahu bantu I.”
            “Siapa lelaki malang yang cik nak pergunakan tu?”
            “Hamizi.”
            “Ooooo…penyanyi popular itu.” Kid anggukkan kepala aja.
Rasanya tiada masalah langsung Firdayu nak pujuk mamat tu jadi model dia. Hamizi pun salah seorang lelaki yang boleh tahan gatalnya. Siapa tak cair dengan godaan terlampau Firdayu. Ayat godaan Firdayu mengalahkan mat romeo. Firdayu bila buat lagak manja meremangkan bulu roma.

BERSERI-seri muka Aliyah bila melihat Alfi muncul di balik pintu ‘Rosette Fashion Designer’. Mulanya memang Alfi keberatan mahu jejakkan kaki di ‘Rosette Fashion Designer’ poison ivy tu. Bukan apa perempuan itu memberbahaya. Kena selalu berjaga-jaga. Tidak menduga pula yang Aliyah bekerja di ‘Rosette Fashion Designer’ syarikat pereka milik Firdayu. Dia tidak mahu Firdayu tahu yang dia punya hubungan dengan Aliyah. Dia takut Aliyah diapa-apakan oleh wanita jahat itu. Payah nak menangani wanita licik seperti Firdayu.
            Terpinga-pinga Aliyah bila Alfi bergegas menarik dia keluar dari ruang utama syarikat itu. Tercengang-cengang teman sekerja yang lain. Mulalah mereka saling berbisik sesama sendiri. Dan kebetulan ketika itu Firdayu baru keluar dari pintu lif. Tajam matanya melihat kelibat Alfi dan Aliyah yang baru masuk ke dalam lif berdekatan. Firdayu mengorak senyuman kecil. Langkah kakinya dihayunkan masuk ke dalam ‘Rosette Fashion Designer’ itu.
            “Awak macam takut-takut saja bila nampak Cik Firdayu tadi?” ujar Aliyah sebaik saja mereka keluar dari bangunan setinggi sepuluh tingkat itu. Merka menuju ke sebuah gerai yang berdekatan untuk menjamu selera..
            “Ermmm…Saya tidak sukakan dialah, awak.”
            “Kenapa?” Aliyah kehairanan.
            “Awak takkan tak pernah dengar khabar angin tentang dia. Dia bukannya wanita yang baik. Saya cukup benci dengan dia.”
            Aliyah tersentak. Jadi Alfi mengenali Firdayu. Patutlah! Dan betullah Alfi yang menajdi isu perbualan Firdyau dan Datuk Wasef tempohari. Memang dia ada banyak dengar desas-desus cerita pasal Firdayu di pejabat. Ada juga rasa tidak senang hati dengan sikap Firdayu tapi cepat-cepat dia buang. Dia tak patut timbulkan perasaan tidak enak pada Firdayu. Sedangkan wanita itu tidak pernah pula complain pasal kerja dia.
            “Saya tidak nampak yang cacat cela pada Cik Firdayu. Mungkin orang cemburukan dia sebab dia cantik dan cerdik. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan dalam usaha sebegini muda.”
            “Apa pun saya mahu awak berhati-hati. Wanita itu seorang yang licik.” Alfi memberikan peringatan kepada Aliyah. Dia risaukan keselamatan Aliyah. Aliyah adalah orang dia sayang selain mama dan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan Aliyah ditimpa kecelakaan.
            “Baiklah.”
            Aliyah anggukkan kepala. Kalau bukan dia ingin mencari abangnya di kota, dia tidak akan jejakkan kakinya di sini. Dia juga diburu keresahan. Biar pun atuk mengatakan abang seorang yang baik dia tetap rasa takut kehadirannya ditolak. Abang memang tidak tahu akan kewujudan dia. Arwah ibu dan arwah ayahnya berkahwin setelah arwah ibu berpisah dengan suami pertamanya. Sekalipun sudah berpisah, arwah ibunya Tidak melupakan tannggungjawab sebagai ibu kepada abangnya.
            Aliyah terperanjat bila terasa bahunya ditepuk perlahan. Bukan Alfi yang menepuknya tapi lelaki berkaca mata yang berbingkai tebal itu. Pembantu peribadi Firdayu. Lelaki yang cukup gerun bila terpandang wajah tidak berperasaan dia itu. Aliyah menelan air liur. Alfi kelihatan berlagak selamba. Tidak diduga kehadiran Kid di situ. Kid menanggalkan kaca matanya sambil merenung pasangan kekasih itu.
            “Kebetulan…” suara Kid. Kid merenung Alfi atas bawah. Budak cute yang selalu diusik oleh Firdayu. Tak sangka pulak Aliyah berpacaran dengan Alfi.
            “Encik Kid. Tak sangka kita berjumpa di sini. Saya masih belum ucapkan terima kasih pada Encik Kid lagi.” Alfi tidak mungkin melupakan lelaki yang menolongnya itu. Dia nyaris kehilangan pekerjaan kerana Firdayu.
            “Tidak perlu berencik-encik dengan saya. Panggil saya Abang Kid sudah cukup.”
Kid jenis yang agak merendah diri. Terkebil-kebil mata Aliyah melihat wajah Kid yang tanpa berkaca mata putih itu. Macam seseorang pernah dia lihat. Alfi juga berperasaan seperti Aliyah.
            “Ehemmm…ehemmmm…” Kid terbatuk-batuk kecil bila menyedari Alfi dan Aliyah merenung dia tidak berkelip.
            Tersentak Alfi dan Aliyah. Aliyah dan Alfi saling berpandangan. Merona merah muka mereka. Apa tidaknya baru mereka perasan. Kid ni bila dua kali pandang macam rupa perempuan pun ada. Cantik! Mata  kid yang cantik. Di tabah pula dengan bulu keningnya yang panjang.
            Telefon bimbit bergegar di dalam poket seluar Kid. Seketika Kid bercakap di talian. Mesti Kid sedang bercakap dengan Firdayu. Alfi dan Aliyah hanya mengagak. Kid memohon diri untuk beredar. Dia terlupa pada kot yang tersangkut di kerusi. Aliyah memanggil namun kelibatnya sudah hilang dari pandangan mata mereka. Aliyah mengeluh kecil. Diraba-raba poket kot tersebut. Mata Aliyah terjegil besar. Kid tertinggal dompet duitnya!

3 comments:

  1. wahh~~asal tah nina rse cm bley agak spe abg aliyah tu....

    ReplyDelete
  2. nak kid dengan bos dia la..baru cun..hahaha

    ReplyDelete