Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, January 7, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 18

DATUK Wasef meleret senyuman melihat Aliyah yang duduk tidak jauh dari meja dia dan Firdayu. Boleh tahan juga cantiknya Aliyah itu. Nampak seperti gadis yang bersopan santun. Manis dengan tudung di kepalanya. Dia difahamkan Kid sedang bercuti untuk beberapa hari. Itu yang Firdayu beritahu padanya. Kid mana pernah ambil cuti. Hairan juga Datuk Wasef. Biarlah…Ada Kid pun menyesakkan nafas dia untuk berdua-duaan dengan Firdayu. Mata Kid tajam sangat macam mata burung hantu. Langsung tidak boleh bermanja-manja dengan buah hati pengarang jantungnya itu. Sudahlah Kid tidak mahu berganjak dari sisi Firdayu.
            Kesempatan ini membuka peluang untuk Datuk Wasef meraih jemari runcing Firdayu. Rindu benar pada wanita itu. Semenjak dua menjak ini Firdayu agak liat mahu bertemujanji dengan dia. Dia perasan Firdayu lebih menumpukan perhatian pada lelaki jutawan yang kacak itu. Siapa lagi kalau bukan Ruzair. Ruzair tampak memberikan respon yang baik juga. Cis! Ruzair kan sudah punya tunangan. Kenapa perlu mahu memotong jalan dia. Pantang betul kalau ada orang yang cuba merampas perempuan yang dia suka. Yang merimaskan pesaingnya itu seorang lelaki yang hebat dipandangan mata wanita. Ruzair dipuji melangit oleh Firdayu. Firdayu tidak pernah memuji dia sebegitu. Firdayu memandang rendah dengan keupayaannya. Datuk Wasef tidak boleh terima dengan penghinaan Firdayu. Dia akan buktikan dia lebih hebat dari lelaki-lelaki yang mendampingi Firdayu itu.
            “Apa yang you menungkan Datuk? You takut you tergugat ke?” Selepas bertemu pengedar dari China Firdayu melencong bertemu dengan Datuk Wasef. Tidak henti-henti orang tua itu menghubungi telefon bimbitnya kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi bila skandal Firdayu dengan Ruzair makin hebat diperkatakan dalam media.
            “I bosan untuk menunggu kata putus dari bibir you. I tak mampu nak menahan gelora di hati I melihat you bersama Ruzair. I tahu I tidak sekacak Ruzair dan lelaki-lelaki yang mendampingi you.” Datuk Wasef meramas-ramas jemari Firdayu.
            “I tidak perlukan lelaki pengecut! Kalau you takut you boleh tarik diri dari permainan ini.” desis Firdayu. Dia memang muak dengan pujuk rayu Datuk Wasef yang tak henti-henti mendesak itu. Tunggu masa saja untuk say good bye pada Datuk Wasef.
            Wajah Datuk Wasef berubah. Dia kerling pada Aliyah. Gadis itu sedang sibuk
menulis sesuatu dalam buku notanya. Apakah gadis itu memasang telinga untuk mendengar perbualan antara dia dengan Firdayu. Datuk jua memerhati keadaan sekeliling. Manalah tahu jika ada paparazzi yang memerhati mereka. Tidak dapat nampak kelibat yang mencurigakan hatinya.
            “Firdayu…fikirkan semula. I boleh membahagiakan you. I boleh turuti segala kemahuan you.”
            Firdayu meledak ketawa. Kata-kata Datuk Wasef menggelikan anak tekak dia. Nak bahagiakan dia konon. Kau tak mampu Datuk tua!
            “Datuk…Ikhlas I cakap yang you tak mampu berikan apa yang I inginkan. I mahukan semua harta milik you termasuklah harta yang ada pada kedua-dua isteri kesayangan you itu. Berapa kali I bilang pada you yang I perempuan jahat dan tamak!” Firdayu tidak berselindung tentang perihal dirinya.
            Diam membisu Datuk Wasef. Dia memang tidak dapat memenuhi permintaan Firdayu itu. Permintaan itu amat berat bagi Datuk Wasef. Sukar mahu melepaskan Datin Naemah dan isteri keduanya itu. Dia takutkan amarah anak yang dua orang itu. Mereka lebih membela mama mereka dari papa mereka ini. Ketika dia berkahwin lain pun ditentang hebat oleh anak lelakinya Alfi. Alfi yang paling membenci dia. Tidak tahu bagaimana mahu memujuk anak lelaki tunggalnya itu. Dia tidak akan membiarkan Alfi terus berada di luar sana dengan kesempitan hidup. Datuk Wasef mengupah orang untuk mengawasi Alfi sepanjang masa. Dan dia tidak senang hati bila Firdayu merapati anak lelakinya itu.
            “Apakah you mahu bermusuh dengan I, Cik Firdayu?” soalnya. Sungguhpun dia seorang yang tida bertanggungjawab pada keular dia masih ambil tentang anak-anaknya.
            “You ingat I takutkan you. Datuk berhati-hati bila bermain dengan I. I lebih memerbahaya daripada api.” Firdayu merapatkan wajah ke arah Datuk Wasef. Tertelan air liur Datuk Wasef. Firdayu tersenyum meleret.
            “Jangan melibatkan anak I dalam permainan kita, Cik Firdayu. I tahu you mahu pergunakan dia untuk menjatuhkan I.”
            “I tahu orang-orang Datuk mengawasi anak Datuk itu. Tapi I tak berani nak jamin Datuk yang I akan lepaskan dia. Sewajarnya Datuk yang patut memberi peringatan pada dia agar tidak mendekat I.” Jangan haraplah dia akan melepaskan Alfi masuk ke dalam jerat percintaan yang direncanakan.
            “Damn you Firdayu!” Datuk Wasef naik angin. Firdayu tidak mungkin akan bagi muka pada dia lagi. Apa yang patut Datuk Wasef buat kali ini. Menghapuskan Firdayu. Itu satu kerja yang mudah dilakukan. Firdayu lebih licik. Silap haribulan dia yang jatuh bankrap.
            “Hey Datuk Wasef! Setiap permainan ada bayarannya. You tak boleh behenti separuh jalan jika you mahu lihat anak you yang cute tidak jatuh dalam pelukkan I.” Sedikit pun Firdayu tidak takut dengan Datuk Wasef. Pengaruh dia lebih besar dari lelaki tua itu.
            “Firdayu…you…you…” Datuk Wasef tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Dia tunduk merenung lantai. Otaknya kosong. Lelaki tunduk dengan seorang wanita. Haruskah dia melutut demi Alfi.
            Bodoh punya orang tua. Gertak sikit sudah kecut. Dia hanya bermain-main tarik tali dengan Alfi. Sedikit pun tidak serius mana. Afli hanya budak kecil yang tidak matang. Terjejas sudah gelaran buaya tua yang disandang oleh Datuk Wasef.
            “Datuk…jangan ambil serius sangat dengan kata-kata I tadi. I tak mahulah jahat sangat pada Datuk. Datuk dah banyak habiskan masa dengan I. I amat hargainya Datuk.” Firdayu menarik kot baju Datuk Wasef. “Kita masih berkawan seperti biasa Datuk Wasef.” sambungnya lagi.
            Aliyah bukan sengaja mahu memasang telinga dengar perbualan Firdayu dan Datuk Wasef. Kalau setakat jarak satu meja mestilah dengar sedikit. Bila dengar nama Alfi, Aliyah rasa tidak sedap hati.Adakah Alfi teman lelaki dia itu? Kalau boleh dia tidak mahu ada sesuatu yang buruk berlaku pada Alfi. Betulkah Firdayu sedahsyat ini? Amaran yang tidak endahkan itu mula diambil berat oleh Aliyah

DI sudut lain ada sepasang mata sedang memerhati. Ruzair mengetap bibir melihat kemesraan Firdayu dengan Datuk Wasef. Kebetulan mereka terserempak ketika Fatin merengek-renggek mahu makan di restoran ala Jepun itu. Rasa cemburu menyelubungi hati Ruzair. Tidak tahu kenapa? Makin dekat dilihat makin marak api cemburu di hati Ruzair sedangkan mereka bukanlah kenal rapat sangat.
Dia pandang Fatin yang sedang berselera menjamu makanannya. Betul kata Fahmy. Fatin tiada kurang cantiknya dengan Firdayu. Cuma Firdayu lebih up to date dalam berpakaian.
Di situ menyerlahnya kejelitaan Firdayu.
            Sedikit pun sushi di pinggan Ruzair tidak terusik. Fatin memandang tunangnya itu dengan kerutan di dahi. Sejak kebelakangan ini Ruzair memang nampak berlainan sedikit. Agak lebih dingin. Fatin tahu apa punca. Pastinya ini kerja Firdayu yang tidak pernah duduk diam mahu memusnahkan keharmonian hubungan dia dengan Ruzair. Firdayu dengki! Nak balas dendam pada dialah tu. Memang padan dengan muka kena malukan dulu. Kalau dia tidak dapat maka Firdayu boleh takkan dapat jugak. Fatin pelik macam mana budak baik macam Rusky boleh jatuh hati dengan perempuan jahat seperti Firdayu itu. Nasib baik dia dapat pikat abang Rusky yang jauh sepuluh kali ganda hensemnya dari Rusky. Pengarah besar dalam Teraju Utama Corporation lagi. Mana Firdayu tidak cemburu. Sebab itu Fatin tidak menoleh ke belakang bila Ruzair melamarnya.
            “Kenapa tak usik langsung makanan you, sayang. You sakit ke?” soal Fatin lembut. Ruzair gelengkan kepala perlahan.
            “ I tidak apa-apa. You jangan risaulah sayang.”
            “You ada masalah dengan syarikat? Please jangan bawa mood you itu ketika keluar bersama I. You dah berjanji dengan I kan.” rengus Fatin. Dia tidak sukalah mood romantik mereka terganggu disebabkan hal yang remeh temeh.
            “I’m sorry sayang.” Ruzair meramas-ramas jemari Fatin. Dia angkat dan dikucupnya lembut. Cara itu boleh meredakan kemarahan Fatin.
            “Apa kena dengan you, Ruz. Kebelakangan ini you banyak sangat berangan bila bersama I. I tunang you. Jika you ada masalah you boleh berkongsi dengan I.” Fatin merendah suaranya. Dia amat berharap Ruzair meluahkan kegusaran di hati.
            “I tidak apa-apa.’
            “Really.”
            “Yes.
            Ruzair tidak mahu Fatin tahu gelora yang sedang meangganggu fikirannya ini. Tidak wajar menyakiti gadis sebaik Fatin Nadira. Fatin tidak pernah sekali mengkhianati perasaannya. Argh! Perempuan itu! Perempuan itu punca dia resah begini. Dia tidak sepatutnya rapat dengan Firdayu Fahrin. Dia yang mengendahkan nasihat Fahmy. Mampukah dia melontarkan wajah jelita dari kotak fikirannya? Ruzair telah terperangkap dengan perasaan sendiri.
            “Tak sangka jumpa you all di sini.” suara gemersik Firdayu memecah ke dalam gendang telinganya. Berubah sama sekali wajah kacak Ruzair. Firdayu sekadar meleret senyuman sambil memaut erat lengan Datuk Wasef. Aliyah sudah sedia menanti di luar.
            “Cik Firdayu.” Agak gugup tutur kata Ruzair. Ruzair tidak berani untuk menatap wajah Firdayu.
            “Sorry…ingat nak join tadi tapi I ada hal sedikit di luar dengan Datuk Wasef. Lain kali saja kita makan bersama Encik Ruzair.”
            “Elok pun kalau you tak join bersama I dengan Ruz. Apa lagi pergilah cepat dengan teman lelaki you yang tua kerepot itu.” desus Fatin. Getiklah nak tengok muka Firdayu yang sengaja buat mengada-ngada itu.
            “Si tua ini teman lelaki I. Sorrylah. Datuk Wasef just kawan baik I. Betulkan Datuk?” Firdayu mengerling Datuk Wasef. Datuk Wasef anggukkan kepala. Sakit jua hatinya bila Firdayu panggil dia si tua.
            “Ermmm…Cik Firdayu. Thanks for your helping tempohari.”
            “Small matters. Lagipun kebetulan kereta kita sama jenis. So tiada masalah I pinjam spare part tayar I pada you. I akan tuntut hutang you nanti. Bye-bye.” Firdayu menarik Datuk Wasef. Mereka beriringan keluar dari restoran tersebut.
            Turun naik nafas Fatin. Api kemarahannya bernyala-nyala. Nampak gaya terkaan dia memang tepat. Ruzair ada affair dengan Firdayu.
            “I akan explain pada you nanti.” ujar Ruzair tenang. Dia menyuapkan sushi yang tidak berusik itu ke dalam mulutnya.

TELEFON bimbit Firdayu bergentar di dalam beg tanya. Nama Philip tertera di situ. Firdayu melirik senyuman. Agak lama dia tidak bertanya khabar dengan lelaki itu. Orang bisnes. Sibuk dengan dunia perniagaannya.
            “Helo…”
            “HellohoneyHow are you? I miss u so much!” terus-terang Philip mengatakan rindukan padanya.
            “I’m fine. Miss you too.” balas Firdayu. Jika Philip sudah menefon pastinya lelaki itu berada di sini. Ini membuatkan Firdayu tida sabar ingin bertemu dengan lelaki itu. Phillip…lelaki itu sepertinya. Antara mereka tidak hubungan yang istimewa. Mereka rapat tetapi tidak lebih dari teman untuk melepaskan kesunyian di hati.
            Firdayu berbual-bual mesra dengan Philip sambil diperhatikan oleh Aliyah. Aliyah pasti itu panggilan dari salah seorang teman Firdayu. Dia hanya membisukan diri. Hatinya gundah bila mendengar perbualan Firdayu dengan Datuk Wasef. Perlukah dia mengadukan hal ini pada Alfi? Aliyah mengetap bibir.
            Mereka sampai di ‘Rosette Fashion Designer’ agak lewat petang. Firdayu keluar sebaik sahaja menyelesaikan apa yang perlu di pejabatnya. Dia telah membuat temujanji dengan Philip. Aliyah dududk kembali di atas mejanya. Dia menongkat dagu.
            “Hah! Cik Firdayu buli you ke?” Linda menegur.
            Pantas Aliyah menggelengkan kepalanya. Luqman muncul membawa beberapa kertas rekaan di tangannya. Lelaki segak itu mengukir senyuman. Diletakkan kertas rekaan itu atas meja Aliyah.
            “Ini untuk panduan you. You kena siapkan beberapa rekaan pakaian untuk show kita next week.” ujarnya.
            “Next week!
            “Ya. Next week. Tema kita pakaian untuk muslimah. I rasa tiada masalah untuk you.”
            Aliyah anggukkan kepala. Dia tiada masalah untuk menghasilkan rekaan pakaian muslimah. Dicapai salah satu rekaan yang diberikan oleh Luqman. Sungguh menakjubkan hasil rekaan tersebut.
            “Ini…”
            “Itu rekaan cincai dari Cik Firdayu.” Luqman memotong.

No comments:

Post a Comment