Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, January 7, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 9


SHANGHAI adalah kota terbesar Republik Rakyat Cina dan terletak di tepi delta Changjiang. Perkembangan kota ini dalam beberapa dekad terakhir telah membentuknya menjadi pusat ekonomi, perdagangan, finansial dan komunikasi terpenting Cina. Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan tersibuk di dunia, beserta dengan Singapura dan Rotterdam.
Dan kini, Firdayu berada di Shanghai setelah mendapat tempat tuntuk pertunjukan fesyen di sana. Firdayu berjalan-jalan sendirian untuk menikmati suasana di Shanghai. Kid tidak beradsa di sisinya. Lelaki itu perlu menjaga syarikat rekaannya ‘Rosette Fashion Designer’ ketika ketiadaan dia. Ini bukan kali pertama dia luar negara membuat pertunjukan fesyen tanpa Kid.
            Di kota Shanghai ini masih kelihatan orang berbasikal di jalan raya. Kalau di Malaysia kelibat orang berbasikal atas jalan raya tidak akan kelihatan melainkan kawasan pendalaman. Orang kita lebih menghidu asap-asap kenderaan dengan kesesakkan lalu lintas. Arah tujuannya kini ke pusat membeli belah di Nanjing street dan Xiang Yang Market. Firdayu melihat deretan kedai-kedai yang terletak di tepi jalan itu.
Matanya tertacap pada seorang gadis yang menjual barangan perhiasan perak. Seutas gelang berbentuk bintang menarik perhatian Firdayu. Dia capai gelang perak tersebut dan membelek-belek untuk seketika. Dia tidak pernah punya gelang tangan sebelum ini. Dia hanya ada seutas rantai dan sepasang subang di telinganya. Bukannya dia tidak mampu membeli barang-barang kemas ini. Dia kurang berminat.
            “How much?” soalnya pada gadis itu.
            “80 dollar.” balas gadis tersebut.
            Firdayu mengeluarkan wang dari kocek seluar jeans. Dia hulurkan kepada gadis itu. “Keep the change.”
            Gadis itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Firdayu. Firdayu beredar. Gelang tersebut terus disarungkan pada pergelangan tangannya. Dia tersenyum. Cantik!
Dia masuk ke dalam sebuah pusat membeli belah. Dia memijak tangga lif untuk naik ke atas. Firdayu meraba-raba pergelangan tangannya. Gelang yang dipakainya itu telah tiada. Pastinya gelangnya itu tercicir. Firdayu cuba berpatah balik. Sayangnya dia tersilap langkah dan jatuh dari tangga lif tersebut.
            Firdayu mengerang kesakitan. Kakinya telah terseliuh dan dia tidak mampu untuk bangkit. Firdayu diikerumuni oleh orang ramai. Bahasa yang mereka ungkap tidak difahami sepatah haram pun.
            “Are you okay.” Kedengaran suara yang matang dari seorang lelaki berusia pertengahan 30-an yang memiliki sepasang mata dan senyuman menawan. Dari raut wajahnya dia bukan warga tempatan di sini. Wajahnya seperti wajah orang melayu. Mungkin dia adalah pelancong dari MALAYSIA.
            “My legs.” balas Firdayu. Dahinya berkerut. Lelaki itu membantu Firdayu untuk bangun.
           
KUALA LUMPUR. Di apartmen kos rendah tempat kediaman Kid. Kid mengerakkan jemarinya pada papan kekunci komputernya itu. Pada malam minggu begini pun dia masih mengadap kerjanya di rumah. Kid agak jarang meluangkan masa bersosial di luar. Namun itu bukan bermaksud dia tidak suka bersosial dengan teman-temannya. Dia lebih suka memerap di rumah melakukkan kerja-kerja berfaedah dari menjadi kupu-kupu malam.
            Kid behenti menaip. Dia bersandar di kerusinya sambil menarik nafas panjang. Fikirannya melayang. Apalah yang sedang dilakukan oleh Firdayu di sana? Ada bertemu dengan teman lelaki barukah? Firdayu sudah berada dua hari di Shanghai. Dalam masa dua hari ini tiada pula gangguan telefon dari wanita itu. Firdayu tentu saja dapat mengawal keadaan di sana bersendirian. Wanita itu seorang yang professional. Soal peribadi tidak akan bercampuk aduk dengan soal kerjanya. Telefon bimbit di atas mejanya bergetar. Nombor yang tidak dikenali muncul di atas skrin telefonnya.
            “Helo…”
            “Kid. You tidak tidak rindukan boss you yang cantik ini.” suara Firdayu kedengaran. Panjang umurnya.
            “Cik Firdayu…Ada apa halnya cik call saya? Pasal kerjakah?”
            “I mahu you berangkat ke Shanghai hari ini juga.” arah Firdayu. Tiada orang yang berada di dalam kepala otaknya kecuali Kid.
            Kid tersentak. Dia melihat jam di dinding. Jarum pendek dan jarum panjang sudah sekata pada angka dua belas. Maka jam sudah menunjukkan pukul dua belas malam. Gila agaknya boss dia mahu dia berangkat ke Shanghai malam-malam buta begini.
            “Esok saja saya akan berangkat ke sana Cik Firdayu.” Kid terus mematikan talian telefonnya.
            Firdayu merengus. Dia belum habis cakap lagi Kid sudah putuskan talian. Memang nak kena budak seorang ini. Dia sedang terlantar di atas katil dengan kaki yang berbalut. Ketika ini dia amat memerlukan Kid untuk menguruskan pertunjukkan fesyen esok. Dia mengalih pandang pada lelaki yang masih  duduk berdekatan katilnya itu. Lelaki yang menolong dia di pusat membeli belah tadi.
            “Teman I akan datang esok.” suara Firdayu lembut.
            “I lupa nak introduce I pada you. I Dato’ Aminuddin.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Manis sekali senyuman yang diberikan. Mana-mana gadis yang melihatnya pasti tergoda tidak terkecuali Firdayu.
            “I Firdayu…I tidak sangka jumpa orang Malaysia di sini.” Firdayu membalas senyuman lelaki yang bernama Dato’ Aminduddin itu.
            Lelaki pertengahan 30-an itu sudah bergelar ‘Dato’? Menarik! Kaya dengan senyuman. Tidaklah dia berasa sunyi berada di Shanghai ini. Dia ada menghubungi Philip untuk menemaninya di Shanghai namun lelaki itu sibuk dengan urusan perniagaan. Firdayu sendiri tidak tahu perniagaan yang dijalankan oleh Philip. Lelaki itu memang mewah segala-galanya.
            “I datang ke sini untuk bercuti merehat-rehatkan minda I. You pula?”
            “I ada fashion show di sini. Apa kata lepas fashion show I you bawa I berjalan-jalan di sini.”
            “Kalau you berminat.”
            Mereka saling bertentangan mata. Firdayu anggukkan kepala dengan senyuman mekar di bibir.
            “I terpaksa minta diri dulu.” Hari pun semakin lewat. Dato’ Aminuddin perlu pulang ke hotel penginapannya.
            “Thanks kerana membantu I.” ucap Firdayu. “Boleh I pinjam sekejap telefon bimbit you?” sambungnya lagi.
            Dato’ Aminudddin tidak banyak soal. Dia berikan telefon bimbitnya kepada Firdayu. Firdayu seakan menaip sesuatu di situ. Kemudian dia serahkan semula telefon bimbit itu kepada Dato’ Aminuddin.
            “I sudah letakkan nombor phone I di dalam.”
            “I pasti akan contact you.” Dato’ Aminuddin berpaling dan melangkah pergi.
            Kini Firdayu bersendirian di dalam hospital yang asing itu. Dia baring dan menarik semula selimut ke paras dada. Dato’ Aminuddin…lelaki itu menarik perhatian Firdayu selain Ruzair dan Philip. Dato’ Aminuddin lebih tampan dan segak dari Datuk Wasef si buaya tua itu. Nampak kewibawaan seorang lelaki yang professional di wajahnya. Masakan Firdayu akan melepaskan peluang ini untuk mendekati lelaki ini. Tentu saja tidak bukan.
            Terbayang wajah Kid di ruang matanya. Apalah yang lelaki skema itu buat agaknya di malam minggu ini. Berhibur di luar? Tidak mungkin. Keluar bersama teman wanitanya? Kid mana ada teman wanita. Dia pun tidak benarkan Kid memiliki teman wanita. Kadang-kala permintaanya agak melampau juga pada Kid. Hairannya lelaki itu mengikut saja apa yang dipinta. Kalau ada bantahan pun pada waktu tertentu saja.
            Argh! Firdayu menjerit dalam hati. Dia tidak melupakann perjanjian 566 hari dengan orang tua itu. Dia baru menghadiri temujanji pertama dengan calon-calon yang disenaraikan oleh Kid. Kambing hitamnya masih belum ditemui. Helmi…lelaki tidak cukup memenuh kriteria lelaki untuk diperalatkan. Lelaki itu membosankan.

No comments:

Post a Comment