Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Friday, January 7, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 11

Sehari selepas itu…

CERITA di Shanghai meninggalkan satu kenangan buat Firdayu. Apakah dia akan bertemu dengan ‘Mr. Romantis’ itu lagi? Lelaki itu masih bercuti di sana. Dia juga masih tidak puas menikmati keindahan Kota Shanghai. Kesibukkan kerja yang masih terbengkalai memaksa Firdayu mematikan niat untuk bercuti di Shanghai. Firdayu merenung ke arah jendela di bilik pejabatnya itu. 

Kid masuk setelah berulang-kali pintu bilik Firdayu diketuk. Firdayu merengus kecil. Dia bingkas kembali duduk di atas kerusinya. Kid membuka buku catatannya. Selain temujanji untuk klien Firdayu dia juga menguruskan temujanji Firdayu dengan lelaki-lelaki yang bakal menjadi ‘kambing hitam’ wanita itu.

“So macam mana dengan pula temujanji cik dengan Encik Harry Iskandar? Dia sudah bersetuju untuk dinner dengan cik hujung minggu ini.” Kid membuka bicara. Diletakkan fail maklumat lelaki tersebut di atas meja Firdayu.

Firdayu mengambil dan menelitinya. Wow! Kacak sekali lelaki ini. Puji Firdayu di dalam hati. Kerjayanya juga bagus. Seorang model popular. Dia tidak akan menolak untuk bertemujanji dengan lelaki seperti ini. 

“I’m agree!” Firdayu menyatakan persetujuan. 

“Bagaimana dengan Helmi?”

“Reject!” 

Nama Helmi ditandakan pangkah oleh Kid. 

“Ada apa-apa lagi?” soal Firdayu.

“Sila balas panggilan dari Datuk Wasef. Dia berulang-kali call bertanyakan cik.”
Firdayu menepuk dahi. Orang tua seorang ini masih tidak berputus asa lagi. Apa patut dia lakukkan untuk menghindarkan diri dari Datuk Wasef. Dia sudah jumpa lelaki yang sesuai untuk menggantikan tempat Datuk Wasef. 

“Boleh tak Cik Firdayu bermain cinta dengan seorang lelaki? Saya agak pening kepala mahu melayan kesemua teman lelaki cik.” 

“You merungut pada I, Kid.”

“Saya tidak bermaksud sedemikian. Just saya tidak mampu untuk jadi pembohong semata-mata mahu menutup kegiatan tidak bermoral cik ini.”

“Kegiatan tidak bermoral!” Bulat anak mata Firdayu. Kid cukup berterus-terang. Kid bingkas bangun sambil membetulkan kaca matanya.

“Cik bukannya jahat sangat.” suara Kid sebelum dia melangkah keluar. Terpegun Firdayu mendengar kata-kata Kid itu. Apa maksud Kid? 

Firdayu mecebirkan bibir. Kadang-kala dia tidak faham dengan sifat Kid. Kid mengatakan dia perempuan plastik yang suka berpura-pura. Tpi kini Kid mengatakan dia sedemikian pula. Pelik betul dengan pembantunya itu. Firdayu melirik senyuman. Dalam diam dia ada mengupah orang untuk mengintip Kid. Dia tidak dapat menahan gelodak di hati untuk mengetahui keperibadian Kid yang misteri itu.

Matanya merenung pada gambar yang terletak di atas meja itu. Bibirnya melirik senyuman melihat gadis yang tersenyum riang di sisinya itu. Kemudian dia beralih pada gambar yang satu lagi. Wajah yang terenyum itu mula tampak suram. Dia mencapai gambar tersebut. Diusapnya perlahan.

“Gia…” bisiknya halus.

Firdayu meraup wajahnya. Dia kembali memandang kertas-kertas rekaan di atas mejanya itu. Ada beberapa rekaan yang perlu disiapkan hari ini. Walaupun masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya di luar, Firdayu tetap seorang boss yang bertanggungjawab pada komitmen kerjanya. Dia menjanjikan hasil kerja yang bermutu dan bencikan sebarang kesilapan kecil. 

Rekaan-rekaan itu dibelek satu persatu. Firdayu mengerutkan dahi melihat beberapa kertas rekaan yang agak kacau bilau itu. Tiada nampak kualiti di situ. Dia mengetap bibir. Siapa punya rekaan yang cincai begini? Dia mula merengus.

“Rosimah!” jeritnya lantang.

Terlepas pensil di tangan Rosimah. Terkejut mendengar jeritan Firdayu di dalam pejabatnya itu. Dia memengang kepala. Habislah! Perempuan ular itu sudah menngamuk. Dia tidak sempat mahu menyiapkan rekaan seperti yang diinginkan. Dia kejar masa. Andy ketawa kecil melihat Rosimah yang sudah gelabah di mejanya.

“Bersiap sedialah you tadah telinga.” Andy buat mimik muka gedik depan Rosimah. Rosimah juihkan bibir pada mamat lembut itu. 

MEKAR senyuman di bibir Firdayu melihat kalung berlian yang disarungkan pada leher jinjangnya itu. Terima kasih pada Kid yang sudi menyarungkan rantai itu pada lehernya. Bukan sebarang berlian. Habib Jewels mari tahu. Siapa lagi yang hadiahkan kalau bukan Datuk Wasef Al Waliq. Firdayu tidak menolak malah mernerima dengan perasaan bangga teramat. Sudah dasar perempuan dahi licinkan. Pisau cukur! Penggoda! Ular beracun! Macam-macamlah gelaran lagi. Siapa yang tidak cemburu melihat dia. Firdayu ketawa megah seperti tawa seorang permaisuri di atas singahsarinya. Kid yang berdiri berdekatan diam seribu bahasa. Biasalah…Firdayu tidak akan keluar bersendirian tanpa ditemani Kid di sisinya. 

Datuk Wasef mengangkat gelas di tangannya begitu jua dengan Firdayu. Hidangan malam yang cukup romantis bagi Datuk Wasef namun tidak bagi Firdayu. Hidangan itu akan romantis jika wajah kacak Ruzair berada di depan matanya. Dengan datuk tua ini buat apa. Tiada maknanya romantis itu. Firdayu memotong steaknya menjadi kepingan-kepingan kecil sebelum masuk ke dalam mulutnya. Memang sedap! Firdayu mengerling Kid denga ekor matanya. Kid tegak berdiri tidak terkuik. Rasakan. Biarkan Kid kejang otot. Padan muka! 

Renungan mata Datuk Wasef tidak lari dari meratah segenap ruang wajah Firdayu. Dia memang boleh gila jika tidak dapat menatap wajah jelita itu walaupun sehari. Kenapalah sukar untuk dia mengekang hati Firdayu menjadi miliknya seorang. Apa yang perlu dia buat. Pelbagai khabar angin sudah meresap di telinganya. Datuk Wasef kian sakit hati dengan lelaki-lelaki yang merapati Firdayu. Mereka bukan calang-calang orangnya terutamanya Ruzair anak Tan Sri Hamzah itu. Lebih-lebih jika ada Fahmy bersamanya. Datuk Wasef tidak mampu menandingi lelaki yang satu ini.

“Apa yang you sedang fikirkan?” tegur Firdayu lembut. Orang tua itu seperti sedang termenung sendirian.

“Apa yang I fikirkan? Semestinya I sedang memikirkan you, sayang.” Datuk Wasef cuba mengusap wajah Firdayu. Firdayu pantas mengelak. Masakan dia akan membiarkan jemari kerepot itu menyentuh wajahnya. Tolonglah…Geli tahu. Lainlah kalau anak dia yang cute itu. Boleh juga dia pertimbangkan.

“Datuk…sini tempat awam. Tak manis di pandang orang.” 

“Hahahahaha…maafkan I. You sudah fikirkan lamaran I semula.”

Lagi-lagi soalan itu yang dia tanya. Naik rimas aku dibuatnya. Orang tua miang keladi. Agaknya bila kau dah jatuh muflis baru kau nak sedar ye. Tak mengapa. Aku ada plan bagus punyalah. Plan untuk mengenakan buaya tua ini.

“Datuk…datuk kena penuhi syarat-syarat I dulu.”

“Syarat you terlalu berat pada I. I berani jamin yang you akan dapat segala-galanya dari I. I akan berikan kebahagiaan pada you. I berjanji tidak akan mensia-siakan you.” Datuk Wasef mengharap benar kali ini. Firdayu ketawa kecil buat orang tua itu kerut dahi.

“Datuk…I’ m so sorry. I tidak mungkin menarik syarat-syarat I itu walau Datuk menawarkan I emas satu gunung. Berlian memenuhi segenap tubuh I. I sudah punya segala-galanya yang menjadi milik I sendiri.” Alasan yang biasa Firdayu kemukan pada Datuk Wasef.

“Apakah you sudah punya calon lain Cik Firdayu? I tahu wanita sejelita you pastinya punya banyak pilihan.”

“Well…you memang tahu yang you punya saingan datuk. Dan datuk bukan teratas dalam senarai I.” Firdayu tidak berselindung. Biar orang tua itu tahu yang bukan dia seorang di hati Firdayu. Jawapan yang Datuk Wasef sudah duga. Mencuka mukanya.

“You fikir I tak boleh mendapatkan you?”

“Ikut pada kemampuan datuk. Datuk…I akan pilih yang terhebat.” Firdayu mecuit hidung Datuk Wasef. Gelagat manjanya itu yang buat Datuk Wasef tidak tahan. Firdayu memang suka main tarik-tarik tali.

“I tidak sesekali akan mengalah dengan you. I akan dapatkan you Cik Firdayu. I sanggup buat apa saja asalkan you menjadi milik I.” 

Firdayu ketawa lagi. Geli anak tekak dengan kata-kata Datuk Wasef itu. Tak padan dengan tua ada hati nak merebut jugak. Layakkah? Memang orang tua yang tak tahu nak cermin muka sendiri. Gelagat riak Firdayu diperhatikan saja oleh Kid. Kadang-kadang Kid tidak suka dengan sikap bongkak Firdayu. Sering memberikan harapan palsu pada lelaki yang menggilai dia. Sebenarnya Firdayu adalah calon wanita yang tak layak dibuat isteri. Lelaki saja yang bodoh dan buta tuli dengan kejelitaan wanita plastik ini. Apakah mereka tidak sedar mereka dipermainkan atau mereka memang rela diperlakukan sedemikian rupa hanya untuk menarik perhatian Firdayu.

“Datuk…datuk…you terlalu yakin. But I’m like it.” Firdayu menongkat dagunya.

“Cik Firdayu…hanya you wanita yang buat tidur malam I terganggu. You’re so special Cik Firdayu di mata I. I betul-betul cintakan you. I ingin mendalami hati you.” Datuk Wasef meluahkan isi hatinya.

“I’m special. Datuk…you terlalu memuji I. You tahu tak? Cinta ini umpama sebiji bawang. Semasa bercinta, you mencari cinta yang mendalam. You harus mengupas lapisan-lapisan topeng misteri itu. Tapi kesudahannya you akan akan sedar…tiada apa-apa di dalamnya kecuali air mata.” Satu kenyataan yang buat Datuk Wasef tersentak.

“Apa maksud kata-kata you itu?”

“You akan faham suatu hari nanti Datuk.” Firdayu bingkas bangun dari kerusinya.

“Excuse me. I mahu ke toilet sekejap.”

“HOW dare you!” Firdayu melenting bila blausnya dikotori dengan lasagna yang tertumpah mengenai dia. Dia kerling pelayan lelaki itu tajam. Blaus kesukaan dia telah dicemari. “Mata you letak atas kepala lututkah!” Mata jernih Firdayu membulat besar.
“I’m sorry miss. Saya bukan sengaja.” jawab anak muda itu gugup. Jika bukan kerana budak-budak remaja tadi terlanggar bahunya, lasagna itu tidak terkena ke pakaian wanita jelita terbabit. Habis kotor blaus cantik wanita itu.

“Macam mana you buat kerja ni. I yang duduk di sini pun you boleh tumpahkan makanan pada I. I want see your manager!” gerutu Firdayu. Firdayu bangun menghentakkan kedua belah tangannya atas meja. Kid hanya memandang. Kesian pula dia pada pelayan muda itu. Bukan besar sangat kesalahannya. Anak muda itu mengingatkan dia pada pemuda di Hilton Hotel beberapa minggu yang lalu.

“Maafkan saya cik.” Anak muda itu cuba meraih simpati. 

“Senangnya nak cakap maaf. You tahu tak berapa harga baju I ini? Baju I ini lebih mahal dari gaji you yang kecil itu! Ini baju yang paling I sayangi. You sudah kotorkannya. Tidak boleh dimaafkan.” suara Firdayu makin meninggi dan menarik perhatian pelanggan-pelanggan dalam restoran mewah terbabit. Rasa malu menerpa dalam diri anak muda itu. Firdayu langsung tidak bagi muka. Kecut perut dia.

“Maafkan saja dia. Bukan besar sangat kesalahan dia. Hantar saja baju awak ke kedai dobi.” celah seorang pemuda yang duduk di belakang meja Firdayu dan Datuk Wasef. Firdayu pantas berpaling. Pemuda yang sedang tunduk membaca akhbar itu mengangkat kepalanya. Mata mereka saling bertatapan. Firdayu tidak berkelip mata memandang pemuda itu. Firdayu mencebik bibir. Wadi si paparazzi.

“Hmmmmmm!” Firdayu mendengus. “You tidak layak masuk campur urusan I! you tidak kenal siapa I!” Firdayu menunding jari. Wadi ketawa kecil. Firdayu kerutkan dahi. Geram dengan kelakuan Wadi si paparazzi yang paling suka menjaga tepi kain orang itu.

“Of course I kenal you. Cik Firdayu Fahrin. Pemilik ‘Rosette Fashion Designer’. Permaisuri yang begitu megah dengan singahsananya. Wanita jelita yang bongkak dan angkuh itu. You sentiasa panas dengan gossip-gosip liar melibatkan lelaki-lekai ternama termasuklah lelaki di depan mata you itu. Apa khabar Datuk Wasef Al Waliq?” balas Wadi bersahaja. 

“Hati-hati dengan mulut you, Wadi.” celah Datuk Wasef. Tidak senang dengan kehadiran Wadi di situ.

Cemberut wajah jelita Firdayu. Kid hanya tersenyum-senyum. Bukan semua lelaki tunduk dengan wanita angkuh ini. Biarlah Firdayu diberikan pengajaran sikit. Dia akan jadi pemerhati.

“Baju mahal tapi tak boleh dicuci menyusahkan betul. Membazir duit saja.” desis Wadi lagi. Kata-kata sinis yang ditujukan kepada Firdayu. Dia bingkas bangun merapati meja Firdayu dan Datuk Wasef. Dilihat kekotoran yang melekat pada blaus Firdayu. Dia pandang pelayan lelaki yang masih pucat mukanya itu.

“Hmmmmm. Tidaklah teruk sangat seperti I kotorkan dengan mee kari setahun yang lepas.” Pemuda itu mengusap-usap dagunya yang ada seciput janggut nipis. Membara api kepanasan di hati Firdayu. Pemuda itu tesengih. 

“I tetap akan buat dia dipecat.” tegas Firdayu. 

“Pleaselah….. you orang berpendidikan tinggi takkan kerana baju awak kotor sikit you ambil tindakan drastic yang tidak munasabah begini. Nonsenses.” Wadi menyilangkan tangannya. Blaus itu boleh dicuci bersih. 

“Peduli apa I! Ini baju kesayangan I tahu. Bukan selalu I memakainya.” Firdayu membentak. Kid sudah jungkit bahu di belakang. Faham benar dia dengan perangai Firdayu. Pantang beralah!

“Sebelum ini blaus you dikotori oleh I tapi boleh pula you bersihkan hingga tiada lagi kesan degil.” tukas Wadi. Firdayu mengetap bibir.

Wadi pandang Firdayu atas bawah. Dia menjuihkan bibirnya. Blaus yang dipakai Firdayu kelihatan biasa di matanya. Tapi blaus itu memang cantik, secantik dengan wanita yang memakainya.

“Hmmmm…Perempuan yang sombong. If you banyak duit buat apa nak berkira sangatkan. Belilah yang baru.” getusnya lagi. Mereka merenung antara satu sama lain. Datuk Wasef gelengkan kepala. Mungkin ada baiknya dia meleraikan Firdayu dan Wadi sebelum keadaan menjadi keruh. 

“Cik Firdayu.’ suara Kid bergema sebelum Datuk Wasef sempat mambuka mulutnya. Firdayu dan Wadi berpaling ke arah Kid.

Wadi mengenali lelaki berkaca mata berbingkai tebal itu. Lelaki yang sering ke hulur ke hilir bersama Firdayu. Pembantu peribadi Firdayu. Dalam English nya Personal Assistant (PA). Dengan Kid, Wadi tidak berani cari pasal. Dia pernah lebam sebelah mata dengan penangan Kid. Nampak saja macam mat skema tapi bukan calang-calang orangnya.
“How are you Mr. stone cold? Long time no see you. I tidak menduga yang you masih mengikut punggung perempuan ini.” Wadi menghulurkan tangannya. Kid menyambut dengan senyuman.

“I’m fine Mr. paparazzi. I love your story about my boss. Nice story. Don’t play-play anymore.” 

Terasa makin kuat genggaman tangan Kid. Tanda amaran tu. Firdayu dilihat sudah memalit senyuman di bibir. Geram pulak tengok senyuman poison ivy itu. Kenapalah Kid setia sangat pada perempuan ini? Peduli apa? Dia akan siarkan berita panas ini di majalah nanti. Firdayu dan Datuk Wasef punya skandal istimewa. Biar satu Malaysia tahu. Barulah pulang modal mengintip datuk buaya ini saban waktu.

Firdayu merapati Kid. Dia berbisik pelahan. Kid anggukkan kepalanya. Kemudian dilihat Kid pula berbisik pada Firdayu. Firdayu kerut dahi seribu lantas merenung pelayan tadi. Lambat-lambat dia anggukkan kepala. 

“I maafkan you. You boleh pergi.” ujar Firdayu perlahan. 

“Terima kasih cik. Terima kasih.” Bergegas pelayan itu berlalu pergi. Lega kerana wanita itu tidak mengambil tindakan ke atas dirinya.

“I mahu pulang. Selera I sudah hilang.” 

“Bagaimana pula dengan si paparazzi ni? I tak mahu muka you keluar mazagine atau paper esok.” 

“Don’t worry. Kid akan uruskan dia.” Firdayu mencapai tas tangannya.

“Kalau you dah kata begitu tak perlulah I arahkan orang-orang I uruskan dia.” Datuk Wasef mengorak senyuman. Dia mengikut langkah Firdayu.

No comments:

Post a Comment