Assalamualaikum...

Saya hanya tukang tulis...
Anda tukang baca...
Anda tukang bagi komen....
Anda tukang kriktik...

Terima kasih kerana mengunjungi blog PENAKU MENARI ...

Followers

Thursday, January 6, 2011

566 Hari Mencari Cinta_Bab 8

Kid di mata poison ivy….

DIA punya rupa yang boleh tahan di mata Firdayu. Tapi gaya rambut tersusun rapi belah kanan dan cermin mata berbingkai tebal itu buat Kid seperti terlalu berskema. Macam budak nerd pun ada. Semua itu makin hancur bila mulutnya yang kekadang tak reti membebel itu buat Firdayu tidak tahan dengan mamat seorang ini. Pot pet pot pet nya mengalahkan nenek dia lagi. Mahu saja Firdayu plaster mulut Kid itu. Dalam pada cool dan muka tak ada perasaan itu siapa kata Kid tidak kuat membebel. Sakit telinga tahu bila dia dah mula buka mulut keretapi dia. Rasa nak angkat kaki saja dari situ. Benci betul Firdayu nak tadah telinga dengar bebelan Kid yang makin berterusan. Kid boleh menguruskan model-model tersebut untuknya. 

Firdayu memandang ke arah cahaya mentari yang terik atas kepala itu. Hanya seketika cahaya itu memanas kulit putih kemera-merahan itu. Bibir Firdayu mengulum senyuman bila melihat Kid sudah memayungkan dirinya. Dia umpama persis seorang puteri raja dan Kid adalah khadam setia di sisi sang puteri. Bagus punya khayalan Firdayu Fahrin. Dasar perempuan tidak sedar diri! Memang Firdayu jenis perempuan tak sedar diri pun. Berlagak nak mampus. Mencari lawan dari kawan. Itu yang dia suka bila orang sekeliling memandangnya.

Sedang asyik melihat model-model pakaiannya berposing sana berposing sini, telefon bimbit Firdayu berbunyi atas meja bulat di tepi kolam renang itu. Bergema lagu Bad Romance nyanyian penyanyi seksi Lady Gaga itu. Memang lagu kegemaran Firdayu yang amat sesuai dengan jiwanya. Dan lagu yang tidak digemari oleh Kid. Kid hanya pekakkan telinga dengar lagu yang sering berkumandang dalam corong telinganya. Firdayu merengus kecil. Siapalah yang kacau dia tengah bersenang-bersenang di tepi kolam renang ini. 

“Kid! You tolong angkatkan phone I.” arah Firdayu. Kid letakkan payung ke bawah. Dia capai telefon bimbit yang masih memekak itu.

“Asslamualaikum…helo…”

“Waalaikumsalam. Kenapa suara Yue dah bertukar jadi suara jantan ni sayang.” 

“Maaf Puan. Saya bukan Cik Firdayu. Saya pembantu dia, Kid.” 

“Oh! Pembantu dia. Firdayu ada?”

“Siapa yang bercakap di sana?”

“Nenek Cik Firdayu yang bercakap. Panggilkan dia!” 

“Baik nenek.” 

Kid menghulurkan telefon bimbit kepada tuannya semula.

“Who?”

“Nenek cik.”

Firdayu mencengkam ubun-ubun kepala. Adalah sedikit macam gaya orang gila. Dia jadi begitu bila time Nenek menelefon saja. Gaya yang tak professional langsung pada seorang wanita yang kononnya berkaliber itu.

“Nenek…Boleh tak call bukan time orang tengah busy!” gerutu Firdayu.

“Kau hari-harinya busy, Yue. Bagi nenek tarikh dan masa yang kau tak busy. Nenek nak catit dalam diari nenek.” balas Nenek. Direct sound punyalah. Nak harap Firdayu yang call sampai berjanggutlah menunggunya.

Firdayu mengetap bibir. Nenek memerli dialah tu. Apa Nenek fikir dia tidak mampu menunaikan perjanjian itu. Huh! Nenek…ini Firdayulah. Cucu nenek yang paling bijak dan berkaliber dari cucu-cucu Nenek yang lain itu. Hampeh! Harta Nenek akan berada dalam genggaman akulah!
“Okaylah. Apa hal Nenek mengganggu ketenteraman Yue ni?”

“Amboi! Bahasa bukan main baik lagi bahasa kau pada nenek. Nenek ingat orang yang belajar tinggi-tinggi ni molek bahasanya.” Bahasa Firdayu tak ada halus tulusnya bila bercakap dengan dia. Main terjah saja. Tapi Nenek sukakan dengan ketidakpura-puraan Firdayu.

“Nenek…please jangan buang masa saya. Nenek tahu tak masa itu amat berharga pada saya. Masa adalah keuntungan saya. Sedikit masa saya tercarik, itu satu kerugian pada saya. Saya bagi nenek setengah jam untuk bercakap.” kata-kata Firdayu buat Nenek ketawa besar. Firdayu tidak senang dengar tawa Nenek. Benci!

“Cakap sajalah yang Yue tak suka nenek telefon Yue. Tak perlu Yue dah beralasan itu dan ini dengan nenek. Siapalah nenekkan. Nenek cuma menumpang kasih pada Yue dan babah Yue.” Nenek mula bermain dengan sandiwaranya. Firdayu bermuka cemberut. Muak dengan lakonan murahan Nenek.

“Stop it nenek! Nenek ingat saya budak kecil yang boleh diperbodohkan dengan lakonan nenek tu. Gelilah orang tua macam nenek ni mengedik.

Nenek ketawa lagi. Payah betul mahu mengenakan cucunya yang kerek seorang ini. Kalau cucu-cucu dia yang lain mesti sudah memujuk dengan ayat-ayat manis madu. Jaga hati nenek katakan. Kalau tidak satu sen pun tak dapatkan.

“Nampaknya bakat lakonan nenek ni tak berkesan pada Yue. Nenek kena ubah skrip yang lain. Tak mengapalah nanti nenek belajar dengan Nabil.”

“Nenek…one minute lagi. Straight to the point.”

“Memang ikut acuan nenek. Bagus-bagus. Nenek nak memohon diri. Sebelum itu sampaikan salam nenek pada si suara serak-serak basah itu. Katakan pada dia yang suaranya sungguh seksi.” 

“Nenek!” Firdayu separuh menjerit. Buang tabiat orang tua ni. Firdayu kerling Kid yang masih tegak bediri di sampingnya itu.

“Jangan fikir nenek yang tua ni tak mampu memikat lelaki muda. Nenek dulu ratu segala kebaya tahu. Nenek bukan sebarang nenek.” 

Nak muntah Firdayu mendengarnya.

“Masa dah tamat nenek.” Firdayu mahu segera menamatkan perbualan. Tidak sempat nak beri salam dia dah matikan talian telefonnya. Siap dia kasi off lagi. Sungguh kurang sopan punya cucu. Firdayu baling telefonnya masuk ke dalam tas tangan. Tak kuasa mahu melayan panggilan dari Nenek lagi.
Firdayu alih pandang pada Kid yang sekadar bert-shirt lengan pendek dan berseluar jeans lusuh itu. Dia yang suruh Kid berpakaian agak santai ini hari. Rimas tengok Kid berpakaian terlalu skema sangat. Tapi kan bila pandang dua tiga kali Kid ni handsome jugak. Rasa nak buang saja cermin mata berbingkai tebal kat batang hidung dia. Menyemak saja. Bila Kid kalih pandang cepat-cepat Firdayu hala mata ke arah lain. Fuh! nasib baik tak kantoi pada mamat muka stone tu!

“Cik Firdayu. Saya nak buat panggilan sekejap.”

“Panggilan apa?”

“Personal.”

“Girlfriends?” Firdayu memakukan matanya tajam. 

“No.”

“Hahahahaha. You tidak layak ada girlfriends selagi you bekerja dengan I. Ingat pesanan I itu baik-baik jika you sayangkan kerja you.”

“Baik Cik Firdayu.” Kid berlalu pergi.

Itu syarat mengarut Firdayu berikan pada Kid ketika anak muda itu menghadiri temuduga di syarikat rekaannya. Syarat mengarut itu dimasukkan dalam offer letter milik Kid. Kid….nama itu Firdayu yang letakkan. Ringkas dan mudah dia memanggilnya daripada nama sebenarnya Kid. Keyrill Bin Benjamin. Ada macam nama ala-ala orang putih sikit. Mungkin Kid ada darah campuran. Kulit Kid pun putih kemerah-merahan biarpun Kid tidak sekacak Ruzair mahupun Alfi. Iya ke tak kacak? Entahlah?

“Apa hal cik tersenyum seorang ni?” Kid tertonggok depan mata. Tersentak Firdayu.

“Suka hati I lah nak senyum pun. Sibuklah you!”

“Sebab orang yang suka senyum seorang ini sakit jiwa.”

“Kid!”

SEORANG gadis bikin kecoh ketika sesi fotografi masih berjalan. Siapa lagi yang diserang kalau bukan Boss mereka yang jelitawan itu. Perit muka cantik Firdayu ditampar oleh gadis terbabit. Tindakan gadis itu tidak sempat ditahan oleh Kid. Menyeringai Firdayu bila wajahnya yang menjadi sasaran di depan khalayak ramai. Firdayu naik hantu. Pantang betul kalau ada orang yang cuba merosakkan muka cantik dia. Rambut panjang gadis itu rentap kasar. Firdayu sudah bergomol dengan gadis tersebut. Kid terpaksa menjadi orang tengah menghentikan pertelingkahan dua perempuan terbabit. Siapa yang mampu menolak tubuh sasa Kid bila dia sudah berada di antara mereka.

Serabai rambut Firdayu yang dikerjakan oleh gadis tidak dikenali itu. Pekerja-pekerjanya hampir saja pecah ketawa melihat keadaan Boss mereka. Dahsyat tengok perempuan bergaduh ni. Dah ada rupa macam gusti dalam televisyen pulak. Ala-ala Lita lawan Trish lah. Salahnya tiada otot berketul-ketul pada dua perempuan itu.

“Perempuan jahat!” jerit gadis itu sekuat-kuat hatinya. Dia meronta-ronta dalam pegangan dua pekerja wanita di pusat peranginan itu. Tidak puas hati selagi tidak dapat mencalarkan wajah jelita Firdayu yang menjadi igauan lelaki itu. 

“You yang bodoh! Bukan salah I kalau teman lelaki you melutut di kaki I. I tak paksa dia jatuh hati pada tahu!” Firdayu melenting.

“Kalau you tak goda dia masakan dia akan melutut pada you! Poison ivy!” Gadis masih-masih menjerit ketika diheret keluar.

Firdayu mendengus kecil. Huh! Teman wanita Fernand rupanya. Ingat aku tergila-gilakan sangat dengan Fernand yang berhidung besar itu. Teman lelaki dia yang terhegeh-hegeh mencari aku! Bukan aku yang mencari dia. Aku tidak berminat dengan lelaki macam Fernand. Kalau untuk enjoy-enjoy memang bolehlah dipakai gunakan lelaki itu. Macam korang tidak tahu yang aku bukan jenis perempuan yang serius dalam perhubungan.

“Cik Firdayu….Mengapa perlu usik orang punya. Bukankah Cik Firdayu sudah ada senarai pendek untuk calon-calon suami cik. Sarang tebuan jangan dijolok.” Kid bersuara sebaik saja semua kelibat orang-orang sekeliling mereka tidak kelihatan lagi.

“Itu bukan salah I. Her boyfriends yang datang mencari I. I hanya melayan saja. Dia tak pandai menjaga hati boyfriends dia.” Muncung bibir seksi Firdayu. 

“Iyalah tu. Macam saya tidak kenal dengan Cik Firdayu.”

Firdayu menjeling Kid atas bawah. Dia halakan jari telunjuknya pada batang hidung Kid yang agak mancung itu. Mereka saling bertentangan mata. Terketap-ketap bibir Firdayu merenung Kid. Dia tidak boleh kalah1 Tak boleh! Beberapa minit kemudian mata Firdayu berkelip.

“Awak dah kalah Cik Firdayu.”

“Okaylah…okaylah. You menang!” Benci betul! Asyik kalah saja bila berlawan mata dengan mamat stone ni!

“Bagus! Kalau boleh saya mahu cik putuskan hubungan cik dengan lelaki-lelaki sebelum ini. Tumpukan perhatian cik pada calon-calon yang telah saya senaraikan itu.”

“Kid…I sudah jemulah dengan senarai calon-calon you itu. Semuanya membosankan! Macam Mr. Helmi perasan bagus tu!”

“Cik Firdayu. I’m serious!” Kid menekan sedikit suaranya.

“I’m serious too.”

Kid mencapai telefon bimbitnya. Laju dia menekan nombor-nombor yang tertera pada telefon itu. Firdayu hanya merenung tajam. Firdayu tahu siapa yang akan Kid hubungi kalau bukan babahnya. Tension! Tension! Kid mahu bocorkan rahsia pada babah yang buat dia rasa lemah ni.

“Okaylah!”

“Good! Saya jugak tak larat dengar babah cik membebel dengan saya pasal cik. Lagipun saya setuju dengan babah cik. Umur cik semakin meningkat memang wajar cik fikirkan soal berkeluarga ini dari berpoya-poya. Jangan bila muka jelita cik dah berkedut nanti baru cik menyesal.” Kalau orang lain pastinya tidak berani keluarkan kenyataan seperti Kid. Serta-merta kena pecat. 

“Ceh! Apa you ingat I tidak mampu kekalkan kejelitaan bila usia I meningkat nanti. Sekarang zaman moden Kid. Ada pelbagai cara untuk kaum wanita seperti I akan kekal cantik. Lihat saja kejelitaan Demi Moore, walaupun sudah mencecah usia yg begitu lewat dia masih jelita.” bidas Firdayu. 

“Saya lebih suka kejelitaan yang semulajadi dan bukan dari buatan ubat-ubatan atau pembedahan plastik. Dan paling utama kecantikkan yang datang dari dalam. Kalau muka saja cantik tapi hati buruk pun tak guna cik. Plastik semata-mata.” Kid membuka kaca matanya yang berbinngkai tebal itu. Dia renung Firdayu tajam. Segera Firdayu mengalihkan kepalanya. Kata-kata Kid menikam hatinya. Tajam tau!

“Saya rasa baik cik bedakkan sikit muka cik yang berbekas kena tampar tadi. Cacat dah tu. And saya suka tengok aksi cik bergaduh tadi. Nice! Dah lama tak tonton WWE.” Kid tersenyum sinis. Firdayu mencebik. Kena perli lagi! Menyampah! Menyampah! Firdayu bingkas atur langkah dengan muka kelat.

“Cik Firdayu! Jangan lewat. Esok Cik Firdayu perlu berangkat ke Shanghai!” laung Kid.

1 comment: